Saya kerap menerima email yang mengajak untuk memboikot negara tertentu atau produk-produk tertentu terutamanya apabila berlaku satu-satu kes yang berhubung kait dengan pencemaran kesucian Islam, Rasulullah dan muslim secara amnya.
Sudah lali...mungkin itu ungkapan yang tepat apabila saya menerima email sedemikian. Bukan lali kerana jemu dengan email-email terbabit, tetapi mungkin itulah keadaan psikologi umat muslim kita. Sebut saja produk ini dan itu...perkara pertama yang mungkin orang buat adalah menunjukkan mimik muka menyampah atau mungkin juga buat tak tahu atau tak peduli dengan apa yang berlaku.
Saya Bersyukur kerana dari sekian banyak muslim di dunia ini, saya adalah antara orang yang tak berapa minat dengan produk-produk luar negara. Alasannya mungkin kerana harganya terlalu mahal, mungkin juga kerana tak mau dipandang elite atau mungkin juga kerana memang tak pernah menjumpai produk berkenaan di pasaran tempat saya tinggal. Tapi bagaimana pula dengan orang-orang di luar sana, terutama yang tinggal di kawasan bandar dan metropolitan, mereka lebih terdedah dengan produk-produk sedemikian, bahkan kalau lah mereka mahu sedikit jujur mungkin malah ada yang tak mampu hidup tanpa produk-produk luar negara, khasnya buatan non muslim, yang menindas Islam, dek kerana mahu dipandang high class dalam carta status sosialnya.
Saya sungguh memahami ada segelintir produk yang tidak mampu atau dalam bahasa yang lebih halus, belum mampu dihasilkan sendiri oleh negara kita, utamanya oleh umat Islam sendiri dek kerana modal yang terlalu besar, teknologi yang tertinggal jauh atau mungkin juga kerana permintaanya tidak terlalu menggalakkan. Tapi itu bukanlah alasan untuk suka-suka mengguna produk non muslim, apatah lagi jika dengan jelasnya kita boleh nampak betapa angkuhnya mereka terhadap Islam dan umat Islam.
Rasanya sudah masanya kita tanamkan dalam hati dan minda bahwa gerakan boikoit produk atau barangan non muslim, khasnya para pembenci islam, bukanlah satu perkara bermusim, yang sekejap ada dan sekejap tiada. Jadikan ianya satu platform untuk menyedarkan mereka itu bahwa Islam dan Muslim tidaklah selemah yang mereka sangkakan.Mari kita mencintai produk negara sendiri dan berpegang pada prinsip produk yang halalan toyyiban. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment