"Macam mana boleh masuk World Cup...tengok badan je boleh tau...."Itu antara ungkapan kesal guru sukan saya dulu. Bukan bermaksud menyakiti mana-mana pihak, tapi apa yang beliau katakan ada benarnya. Belum pun satu-satu acara sukan bermula, apabila nak dibanding-bandingkan postur badan peserta,hm....malu alah dibuatnya....meski tak selalu orang yang berbadan besar akan menjadi johan, tapi itu antara kelebihan fizikal yang dimiliki pihak lawan.Ambil contoh, basketball. Boleh anda bayangkan jika wakil dari NBA turun padang melawan orang kita yang tinggi badan pun ....maaf-maaf....bahu depa pun tak sampai. Itu belum kira lagi dengan panjang tangan depa. Tak payah melompat pun, senang-senang boleh masukkan bola dalam kerajang.
Satu ketika dulu,diakui atau tidak, kita kerap merendahkan orang Jepun dengan ungkapan..."ala, Jepun, tinggi semampai (=semeter pun tak sampai)....atau Jepun pendek...macam ayam katek... dan lain-lain ungkapan untuk menunjukkan betapa ketinggian badan mereka secara am nya pada masa itu, boleh dikatakan tak padan dengan perangai kejamnya ketika Perang Dunia Kedua. Tapi tengoklah sekarang, generasi mudanya boleh dikatakan paling rendah pun 170 cm, satu standard ketinggian badan yang agak jarang untuk masyarakat Indonesia dan Malaysia.Bagi para pesukannya pula, bahkan ada yang lebih dari 180 cm.
Pernah dengar istilah ini: "orang kita makan ikut rasa, orang putih makan ikut khasiat". Maksudnya, orang kita suka makan yang sedap-sedap, tak kisah lah samada berkhasiat atau tidak, berbahaya atau tidak jika dikonsumsi secara berlebihan, janji sedap di lidah, kenyang di perut...itu yang dimakan. Tapi orang putih, apa yang mereka makan pula, kebanyakannya tak sedap di lidah, nak dikata mengenyangkan pun tidak, tapi khasiatnya untuk kesihatan luar biasa. Tapi ingat, yang saya maksudkan di sini bukanlah makanan orang putih yang mengandungi ham, pork, wine atau bahan haram lainnya. Yang nak saya jadikan contoh di sini adalah salad buah-buahan atau sayur-sayuran yang selalunya dihidangkan dengan sos mayonis atau sos thousand island atau minyak zaitun.
"Orang kita besak ke tepi, orang putih besak ke atas". Istilah ini membawa maksud: orang kita gemuk, orang putih tinggi belaka. Janganlah terasa hati pula ...saya meminjam istilah ini sekedar untuk memberi gambaran bahwa apa yang kita makan, pada akhirnya nampak pada keadaan luaran kita, keadaan fizikal kita. Meski tak semua orang putih itu tinggi belaka dan tak ramai orang kita yang mengalami kegemukan, point nya adalah bahawa apapun yang kita makan sedikit sebanyak akan mempengaruhi kualitas kehidupan kita. Boleh anda bayangkan seseorang yang terlalu banyak mengkonsumsi gula, tentu pada akhirnya akan menghidapi diabetes atau sejenisnya. Orang yang terlalu banyak mengkonsumsi makanan berlemak pula, adalah sangat mungkin terkena darah tinggi, sakit jantung, obesiti dan lain-lain penyakit sejenis.
Itu jika pemakanan dipandang dari sudut kesannya secara luaran. Bagi perkembangan minda dan otak pula, terutama anak-anak kita, adalah sangat mustahak untuk memastikan mereka mengkonsumsi makanan yang bukan sahaja halalan toyyiban, tapi juga boleh merangsang dan meningkatkan semangat dan daya saing minda dan tubuh badannya dalam aktiviti seharian terutamanya dalam aktiviti pembelajaran. Adalah sangat dikesali, ketika sesi sekolah pada waktu pagi baru nak bermula, ramai para siswa yang sudah menunjukkan tanda-tanda letih dan mengantuk serta kurang bersemangat dek kerana kekenyangan atau mengkonsumsi makanan yang terlalu berat.
Jika kita inginkan generasi muda kita, generasi pelapis kita adalah generasi yang cemerlang, maka adalah patut kita mengubah budaya pemakanan kita ke arah budaya pemakanan yang bukan sahaja halalan toyyiban, tapi juga menyehatkan dan mencergaskan tubuh badan dan minda. Saya memahami bahwa ianya bukan perkara mudah, kerana itu, tunggu apalagi, mari kita mulakan dari sekarang.Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment