Condemn Israel!!!!!

Tuesday, July 20, 2010

BIla saman menyaman jadi budaya

Kebelakangan ini makin kerap berlaku kes saman menyaman yang melibatkan institusi keluarga.Entah dimana silapnya.Yang pasti, ianya bukan merupakan budaya yang sihat, bukan pula budaya yang membanggakan.

Saman menyaman seperti ini seolah menjadi aras penanda betapa institusi kekeluargaan menjadi semakin rapuh. Tiada lagi rasa hormat dan saling memahami antara orang-orang yang bernaung didalamnya.

Derasnya ombak kemajuan dan mutakhirnya teknologi di zaman ini seolah telah pula menjadikan ibu bapa dan anak-anak ibarat robot, tanpa hati dan perasaan. Segala sesuatu ditimbang tara dengan materi. Seakan tiada lagi nilai-nilai moral dan agama yang mampu menjadi neraca.

Salah siapakah ini? Apakah kita hendak mempersalah pihak sekolah kerana kurangnya pendidikan moral dan agama yang diberi? Apakah kita hendak pula mempersalahkan kerajaan kerana kurang pro-aktif dalam menangani gejala sosial khususnya di kalangan generasi muda kita?

Ataukah kita mau berlapang dada...mengakui salah kita sendiri kerana telah salah mendidik...salah memberikan asuhan ketika anak-anak kita masih kecil lagi?????

Pikir-pikirkanlah? Jangan asyik menuding jari pada orang/pihak lain. Mungkin silap dan salah itu berpunca dari diri kita sendiri.....Wallahu'alam....

No comments: