Condemn Israel!!!!!

Sunday, September 19, 2010

Komunikasi itu penting

Dalam keseronokan beraya, sempat juga saya menonton "Curse of The Golden Flower" yang dibintangi Gong Li dan Chow Yun Fatt. Sebuah film yang mengkagumkan dari segi sinematografi.Hanya sahaja kalau boleh sedikit protes, saya tak bersetuju dengan busana para wanitanya yang terlalu mendedahkan bahagian dada. Malu sungguh saya tengok, apatah lagi anak-anak pun menonton bersama.

Pada saya dari awal hingga akhir cerita, film itu benar-benar tragik. Entah apa sebetulnya yang hendak disampaikan oleh si pembuat film. Tapi kalaulah boleh saya mengambil hikmah tersendiri. Ianya tentang betapa pentingnya berkomunikasi. Apatah lagi dalam sesebuah institusi bernama keluarga.

Tiap kepala punya pendapat sendiri. Berdialog,meluahkan isi hati dan perasaan antara sesama ahli keluarga mempunyai peran yang sangat penting dalam keharmonian sesebuah keluarga. Anak-anak yang terbiasa meluahkan isi hati dan pendapatnya secra betul dan beradab kepada ibu bapa akan menjadi anak-anak yang berjiwa besar dalam masyarakat kelak. Mereka akan tahu apa yang patut dan tidak patut diluahkan, tahu kepada siapa mesti mengadu jika menghadapi sebarang masalah sehingga tidak akan berlaku gejala-gejala sosial seperti yang berlaku pada masa ini.

Bagi ibu bapa pula, tidak salah meluahkan apa yang mereka rasa, pikir dan tahu kepada anak-anaknya. Membudayakan demokrasi dalam keluarga akan memberikan nilai yang positif. Anak-anak akan belajar menghargai pendapat orang lain dan ibu bapa pun akan lebih memahami kehendak dan kemahuan anak-anak dan kemudian membimbingnya ke jalan yang betul.

Secara ringkas, komunikasi ibarat jambatan yang menghubungkan dua dunia...dunia suami istri, dunia ibu bapa dan anak-anak. Wallahu'alam.

No comments: