Pendedahan maklumat rahsia oleh Wikileaks yang diasaskan oleh Julian Assagne benar-benar telah menarik perhatian dunia. Terlepas dari sama ada maklumat tersebut benar atau tidak dan terlepas pula dari sama ada kita berada pada pihak yang pro dan kontra dengan tindakan beliau, ada baiknya kita melihatnya dari 2 sudut positif dan negatif.
Dalam sudut pandang positif, Wikileaks mendedahkan banyak maklumat yang bukan sahaja telah pun menjadi jawaban atas tanda tanya besar bagi ramai pihak tapi juga mendedahkan bagaimana pandangan sesetengah pihak/negara terhadap pihak/negara lain. Dengan itu paling tidak negara berkenaan mengetahui pandangan pihak "luar" yang "lebih jujur" terhadapnya dan bagaimana ianya boleh menjadi platform yang baik untuk memperbaiki hubungan diplomatik dengan negara-negara berkenaan.
Akan tetapi dalam sudut pandang negatif, pendedahan maklumat rahsia sedemikian mungkin akan mempengaruhi proses peradilan terhadap jenayah tertentu, membantutkan proses penyiasatan perkara tertentu sehingga mungkin akan mempengaruhi hasil akhirnya.Akan banyak pihak yang mungkin mahukan campur tangan terhadap kes-kes tertentu dan boleh jadi pula akan menimbulkan pandangan negatif atau rasa "tidak percaya" ataupun membangkitkan rasa "permusuhan" antara sesetengah negara/pihak berkenaan.
Terlepas dari semua itu, satu perkara yang boleh difahami adalah..."Inilah Dunia"......ada banyak perkara yang perlu difikirkan, banyak agenda yang perlu dilaksanakan dan semua itu pada akhirnya akan terpulang pada tiap negara/pihak terbabit bagaimana untuk menyikapinya. Sama ada Wikileaks telah menumbuhkan kesedaran betapa lemahnya "sistem dalaman" sesebuah negara/pihak tertentu sehingga begitu mudah dicerobohi ataupun kesedaran bahwa percaturan politik dan diplomatik didunia ini begitu rumit,sila anda tentukan sendiri. Wallahu'alam.
1 comment:
Thank you very much for the extensive explanation.
Post a Comment