Condemn Israel!!!!!

Tuesday, May 3, 2011

Mengada-ada

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna. Dilengkapi dengan jasad,ruh dan akal, menjadikan manusia memiliki maqam yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan golongan malaikat,jin ataupun haiwan. Hatta seumpama tiada agama di dunia ini sekali pun, manusia masih boleh "survive' dan "exist" dengan segala kelebihan yang dimiliki. Namun agama diturunkan sebagai satu panduan yang sempurna agar manusia tak tersilap langkah dalam kehidupan ini dan sekiranya tersilap langkah pun, tahu macam mana nak berpatah balik ke jalan yang diredhai-Nya.

Akan tetapi, adalah sangat disayangkan bahawa seringkali akal manusia digunakan untuk mencabar hukum Tuhan. Ambil contoh kaum Yahudi, dari dulu hingga sekarang, dari zaman berzaman asyik pertikai ini dan itu bab hukum Allah. Bahkan kaum Nasrani naik pening sendiri kerana ada banyak perjanjian dan kitab injil yang perlu diikuti.

"Mengapa takut bersumpah laknat?"...........alahai ini pula satu solan yang menandakan betapa rendahnya imu agama seseorang.

Kalau anda seorang muslim, cubalah teliti balik sejarah Rasulullah SAW, samada pernah membuat atau menjadi saksi sumpah laknat atau tidak. Jika ya, apa latar belakangnya?

Apakah dengan bersumpah laknat, "dan-dan" alias serta merta laknat Allah pada orang/kumpulan tertentu akan berlaku? Bukanlah kita nak pertikai kuasa Allah, dengan sekali Kun Fayakun, tiada yang mustahil bagi Allah, tapi, sekali lagi sebagai muslim dan insan yang tak pernah sunyi dari dosa, apakah sehebat itukah kita, sehingga boleh membuat Allah dengan serta merta menurunkan laknat-Nya pada pihak yang bersalah?

Pernahkah Rasulullah mengajari dan memberi contoh kepada kita untuk serta merta menghukum seseorang kerana ia bersalah,tanpa memberi peluang kedua kepada orang yang berkenaan? Lihat kembali sejarah ketika Rasulullah hendak meluaskan dakwahnya ke Thaif, bagaimana gigi dan muka suci beliau berdarah kerana terkena balingan batu dari penduduk kampung, sehingga Jibril AS pun "menawarkan" untuk menurunkan adzab kepada mereka, tapi sungguh rasulullah menegahnya kerana rasa kasih dan sayangnya dengan harapan mereka masih mau bertaubat. Tidakkah kita ingin mencontohi kemuliaan dan ketulusan hati Rasulullah SAW?

Sesuatu perkara, jika terkena kat orang, mungkin kita masih boleh buat tak peduli. Bagaiamana kalau terkena depan hidung sendiri? Bersederhanalah dalam bertindak. Apapun perkara yang berlaku, biasakanlah tabayyun/check and recheck. Lalu sekiranya benar berita yang datang, carilah bukti dan saksi yang kukuh. Lalu adililah dengan cara dan tuntunan kitabullah dan Rasulullah SAW.

Beringat-ingatlah,jangan mengada-adakan hukum Allah. Kalau tidak, mungkin kelak Allah pula yang akan murka kepada kita seperti murka-Nya kepada Yahudi dan Nasrani. Na'udzubillahhi min dzalik.

No comments: