Meski agak "terlambat", setelah membaca sebuah artikel agama bertajuk "Melahirkan Film Ma'ruf" di Utusan Malaysia Online, saya sempatkan juga melihat U tube. Taip sahaja,Gambit Saifullah, terus keluar berbagai cadangan video, terutama yang "terhangat' dan menjadi bualan ramai orang dengan segala pro dan kontranya,"Marilah Menari".
Bagi golongan yang sudah berkeluarga (pernah berkeluarga) atau dalam bahasa yang sedikit "tajam"....sudah mengetahui apa erti seks sebenar, tayangan sedemikian memanglah tak lucah mana. Tapi sebagai orang yang beriman, sebetulnya bukanlah kadar lucah tak lucah yang patut menjadi perhatian. Tetapi, samada tayangan sedemikian menepati budaya Timur kita, samada selaras dengan hukum hakam agama Islam atau tidak,dan samada kita mahukan generasi muda kita "rosak binasa" macam para pelakon film tu kah tidak?
Yang paling melucukan, ada pula komen yang "memarahi" para ustadz,kononnya tak payah masuk campur bab video ni, nak suruh para ustadz kaji je ilmu agama, bab video tu tak da kena mengena dengan agama. Masya Allah, hebat sungguh...kalau para ustadz, alim ulama' pun sudah diperlakukan sedemikian "hina"nya, apa nak jadi dengan dunia ini? Siapa lagi yang nak "meluruskan" orang-orang yang dah "terpesong' dari jalan agama? Apakah yang dimaksudkan dengan agama itu hanya sebatas bab sholat, zakat, puasa haji sahaja? Sedangkan bab muamalah dan lain-lain tiada kena mengena dengan ilmu agama?
Setiap manusia, insan memerlukan hiburan.....itu adalah fitrah,naluri semula jadi. Tapi yang patut dijadikan timbangan sekarang adalah....samada hiburan yang hendak kita nikmati menepati tuntunan syariat Islam atau tidak. Sebagai Muslim, kita tentu tak mahu dalam keseronokan berhibur tanpa disedari kita telah membangkitkan kemurkaan Allah Ta'ala.
Apa nak jadi dengan generasi muda kita yang tengok video sedemikia? Tak boleh dinafikan tentu ianya akan menjadi bukan setakat bualan tapi melahirkan dorongan untuk "mengikuti"nya. Kalau sudah begitu, kemana lagi hala tuju generasi muda kita....tenggelam dalam nafsu dan kehidupan berfoya-foya?
Berkecimpung dalam dunia seni dan hiburan tidaklah salah. Tetapi hendaklah keterlibatan dalam dunia itu disertai dengan rasa tanggung jawab terhadap ummat. Anda...wahai para pengarah, para pelakon, bertanggung jawab untuk menjadi "pendidik positif" bukan penghancur moral dan akhlaq generasi muda.Janganlah sedap mulut berkomen "kalau orang putih yang buat, orang kita tak bising, tapi kalau orang kita buat, semua dianggap salah". Tengok dulu di bumi mana anda berpijak? Tidakkah anda bangga menjadi orang Timur yang kaya dengan peradaban dan adat budaya yang luhur? Sudikah anda terikut-ikut "rosak" macam orang putih? Tak bolehkah anda menentukan "kiblat" seni sendiri ketika berkarya dengan menjadi iman sebagai pegangan dan adat ketimuran sebagai panduan?
Tak salah kalau nak menghasilkan karya seni yang "tampil beza".... tapi kenalah beringat samada sesuatu yang akan dihasilkan itu akan membawa kehancuran ummat atau tidak, mempunyai sisi positif dan membangun kah tidak? Apa sebetulnya mesej positif yang hendak disampaikan? Mungkin sedap mulut para pengarah dan pelakon film-film sebegini akan berkata "ada "demand', kami buat".....Alahai, hanya wang dan kepuasan materi sahaja kah yang jadi kayu pengukur?
Tinggi Bambu tak berdahan
Jangan digapai sebarang tangan
Bila Taboo jadi "tak hairan"
Jangan pertikai adzab Tuhan
Wallahu'alam........
No comments:
Post a Comment