Condemn Israel!!!!!

Friday, July 13, 2012

"Raya" sebelum Raya

Dah lama tak keluar menyembang dek kerana sibuk dengan rutin suri rumah, sekali keluar.....banyak sungguh cerita didengari. Ada yang dah mula sibuk kemas rumah, supaya nanti dekat raya tak lah banyak sangat benda yang nak dikemaskan. Ada yang dah mula shopping ini dan itu. Beli baju siap-siap, khasnya untuk budak-budak kerana harga yang ditawarkan belum lagi melambung tinggi. Ada yang mula tempah baju raya,warna sedondon  untuk seisi keluarga, tak kisah samada kain yang dibeli style lama kah baru..... janji nanti raya pakai baju baru. Ada pula yang dah beli dulang dan balang kueh raya, tak kisah meski kena pi jauh sampai Padang Besar....harga murah, kualiti elok...katanya. Bagi yang berjiwa bisnes pula...dah mula offer macam-macam kueh raya.....rasa..jangan tak rasa....nanti puasa kena tunggu buka puasa pulak....rasa sekarang, nanti bulan puasa terus tempah...esok nak raya....gerenti semua kueh siap untuk dihidang.....hehehe...pandai sungguh....peniaga seorang ni.....

Sepertinya macam ini lah rutin yang berlaku setiap tahun. Kekadang rasa malu juga dengan rakan-rakan di negara Teluk. Mereka bersihkan rumah dengan niat supaya selesa nanti masa beribadah di bulan Ramadhan. Kita pula......yang kita fikirkan cuma Hari  Raya sahaja.

Benarlah kata orang tua-tua dahulu. Mana lebih penting: Kopi di dalam cawan atau cawan itu sendiri?
Orang yang lebih ambil kisah  mengenai cawan, tentu akan lebih tertarik samada cawan itu elok kah tak elok, besar kah kecil, bercorak kah warna kosong? tapi bagi yang lebih kisahkan kopi dalam cawan, dia akan ambil tahu samada kopi tu pekat kah tidak, pahit kah manis, baunya wangi kah tidak, terlalu panas kah sejuk?

Kita berada di posisi yang mana satu, sila tentukan sendiri. Tepuk dada, tanya Iman. Semoga Allah sentiasa membimbing kita di Jalan-Nya. Amin......Selamat menyambut Bulan Ramadhan.....Semoga amal ibadah kita diridhai Allah Ta'ala.....Amin....

No comments: