Condemn Israel!!!!!

Monday, September 1, 2008

Death Note

"Terkesan" dengan image hantu yang comel, Jumat lepas saya beranikan diri menonton film Jepun di 8tv. Ternyata ianya tak lah menakutkan seperti yang saya sangkakan. Malah ada makna dan pengajaran tersirat yang cukup penting di dalamnya.

Dalam film itu dikisahkan seorang remaja Jepun bernama Light Yagami anak seorang ketua police, bertemu dan "bersahabat" dengan dewa maut bernama Ryuk. Singkat cerita, sang dewa maut memberinya death note/nota kematian yang dengan note itu Light atau nama samarannya Kira boleh membunuh siapa sahaja dengan mudah,bahkan tanpa menyentuhnya secara fizikal. Awalnya ramai yang menganggap Kira sebagai hero kerana "mencabut nyawa" para penjenayah. Tapi lama-kelamaan nafsu tamak dalam dirinya membuatkan ia sanggup membunuh siapa sahaja yang menghalang langkahnya. Bahkan pada akhir cerita ia tergamak mencabut nyawa kekasihnya sendiri, Shiori, semata-mata nak menutup identity sebenarnya dan dengan itu pula ia diterima menyertai unit khas police.

Kalau anda melihat senario dunia sekarang, begitulah lebih kurang gambarannya. Tak payah guna "dewa maut" pun, ramai yang terkorban. Mula dari pembunuhan para peminpin dunia hinggalah berbagai bentuk perang yang semua berpunca dari nafsu serakah dan keinginan untuk berkuasa dan menguasai pihak lain.

Kita mungkin tak tahu siapa yang "menulis" death note secara individu, tetapi kita boleh mengagak siapa yang menjadi dalang kekacauan di dunia ini. Terlalu ramai innocent soul yang menjadi mangsa. Tak tahulah bila semua akan berhenti. Selagi hayat dikandung badan, mungkin selagi itu pulalah kita selalu berperang dengan "evil" yang bukan saja ada di luar sana, tapi juga ada dalam sendiri. Moga-moga puasa kita di bulan Ramadhan ini mampu mendidik jiwa-jiwa yang kering kerontang menjadi jiwa-jiwa yang penuh iman, bersih dari segala bentuk penghambaan selain kepada Allah dan jauh dari sifat serakah yang mengheretnya ke arah kekufuran. Amin.

No comments: