Condemn Israel!!!!!

Saturday, September 27, 2008

Maaf: Antara Fitrah dan Tradisi

Scene 1:
Ahad malam sebelum tidur.........
Istri: sayang, dinda minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki ya........ (manja)
suami: (terlalu mengantuk) he-eh...............

Isnin pagi selepas sholat subuh berjamaah............
istri: sayang, dinda minta maaf sekiranya selama ini dinda selalu buat silap dan salah ya......(sambil mencium tangan sang suami)
suami: (hairan, tapi buat tak kisah) he-eh, he-eh..........

Isnin malam sebelum tidur...........
istri: sayang, salah dan silap dinda mohon diampunkan ya............(manja)
suami: (terlalu suspense sehingga bangkit duduk di tepi katil) Yang dinda selalu minta maaf ni pasal apa? Ada buat hal besar kah?
istri:tak da lah, dinda cuma ikut kata ustadzah kat surau. Dia kata, istri kena selalu minta maaf pada suami. Minima dua kali sehari..........(jujur)
suami: isy, betul kah? (tak terjangkau akalnya) Betul dinda tak da buat hal di belakang na? (curiga)
istri: isy, kanda ni, betul lah...................
(niat hati ikhlas sebenarnya, tapi jadi timbul fitnah pulak)

Scene 2
Sepasang suami istri baru melepasi 6 bulan pertama fasa pernikahan mereka.

Isnin pagi, sang suami tengah menikmati sebungkus nasi lemak.........
suami: tan, mana kopi abang ni. Lekas lah, nanti abang terlambat pulak.
istri: (tergopoh-gopoh membawa secawan kopi) maaf abang, tadi Intan lupa masak air panas.
suami:(hendak minum kopi) ya Allah, intan, awat tak campur air sejuk sikit. Ini panas sangat ni, macam mana nak minum? (mula bengang)
istri: maaf abang, tadi intan lupa...........

Selasa malam,selepas makan malam.............
suami: Intan, tolong ambil specs abang dalam beg tu (sambil mengambil surat kabar)

trang........... bunyi sesuatu jatuh.
Suami: ya Allah, Intan, macam mana specs tu boleh jatuh. Tengok , habis pecah (geram)
istri: maaf abang, intan tak sengaja, tadi tangan intan basah......
suami: (naik angin) sikit-sikit minta maaf, sikit-sikit minta maaf. Itu yang hang tahu. Kalau buat kerja betul tak pa jugak. Hang ni tak reti buat kerja kah?
istri:..............(terkedu)

(Kerap sangat minta maaf pun tak boleh juga. Bukan semua orang suka.)

Scene 3
Di pagi raya yang indah. Keluarga Amin berkunjung ke rumah keluarga Faiz. Semua bermaaf-maaafan dan bersalam-salaman dengan riang gembira.

Faiz: Amin, mai sat.........(berbisik, sambil mengajak Amin berbincang di satu sudut rumah)
Amin: awat.....(mulutnya penuh dengan biskut raya)
Faiz: bila hang nak settle hutang tu. Aku dah pokai ni! (desperate)
Amin: Isy, hang ni, tak boleh tengok aku senang kah? Baru tadi kita bermaaf-maafan, ni hang dah nak kutip hutang pulak dah.
Faiz: maaf, maaf jugak. hutang hang bila nak bayar? Bussiness is bussiness, man. (geram)
Amin: relax, bro. Lepas raya aku settle lah. (sambil menyuap satu lagi biskut ke mulutnya)
Faiz: tak boleh, tak boleh. Aku nak esok juga hang settle kesemua. Kalau tak..........(mengugut)
Amin: ok........ok.........(sambil cabut lari)

(Ada sesetengah perkara yang tak boleh selesai hanya dengan minta maaf.)

No comments: