Bertemu kembali dalam blog ini. Semoga anda semua berada dalam lindungan Allah SWT. Masih dalam bulan syawal ini, saya dan keluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATHIN kepada anda semua.
Pejam celik, pejam celik, berlalu lah sudah bulan ramadhan, dan dalam masa yang tak berapa lama lagi akan berlalu lah pula bulan syawal yang mulia ini. Teringat saya akan gurauan beberapa rakan "duit raya pun habis dah........."
Sekadar mengimbau kembali "kenangan", ketika mula-mula berpuasa, ramai yang complain senak perut, cirit-birit dan "tak larat"kerana dah lama tak sahur atau dah lama tak berpuasa. Tapi ketika raya pula, complain pun sama tapi penyebabnya ialah terlalu banyak makan, dah terbiasa puasa atau dah biasa makan awal/sahur.
Ketika bulan ramadhan pula, ramai yang memulakan azzam ibadah yang luar biasa, mula dari buka puasa kat masjid, tarawih hinggalah takbir raya. Tapi melangkah saja ke hari raya, habislah pula azzam tu. Tak sholat alasannya "letih" beraya.
Apapun, manis tidaknya bulan ramadan tahun ini, anda sendiri yang boleh menilainya. Kemanisan itu boleh bermacam-macam bentuknya. Bagi sesetengah orang, kemanisan bulan puasa adalah apabila bersahur dan berbuka puasa bersama seiisi keluarga. Adapula yang menganggapnya manis apabila banyak jemputan ifthar.
Bagaimana mengekalkan kemanisan itu hingga ke ramadhan tahun hadapan, itu hanya anda sendiri yang tahu. Yang penting, hidup ini semestinya semakin bertambah baik dan berkualiti. Marilah kita jadikan bulan ramadhan dan syawal ini sebagai platform untuk berjaya di dunia dan di akhirat. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment