Kalau anda mau memberikan lebih perhatian, terutama mengenai berita di Iraq, tentu anda akan menyedari ada yang tidak kena di sana. Rasanya tiap hari ada saja kes letupan bom di kawasan sunni Iraq dan juga di kawasan syiah Iraq. Yang paling menyedihkan ianya kerap mengorbankan anak-anak dan kaum wanita. Saya tak pasti apa punca pergaduhan kedua puak ini. Adakah kerana motif balas dendam yang berpanjangan atau sememangnya ada motif "penghapusan" puak tertentu. Tapi saya yakin, pergaduhan sesama umat Islam inilah yang menjadi punca kelemahan umat Islam bila berdepan dengan musuh-musuh Islam seperti Zionis Israel dan US (walaupun kononnya Obama janji nak memberi lebih ruang untuk berdialog secara damai dengan dunia Islam).
Kalau dalam satu negara pun umat Islam tak boleh hidup dengan rukun damai, apatah lagi antara negara-negara Islam lainnya. Saya yakin, sudah tiba masanya umat Islam mengetepikan segala perbezaan antara mazhab-mazhab yang dianut, selagi ianya tidak terkeluar dari hukum syahadat. Ertinya, selagi seseorang itu masih memegang syahadat sebagai imannya, maka tidak halal darahnya untuk ditumpahkan. Janganlah kerana mengaku mazhab sendiri yang paling betul lalu menjatuhkan label "kafir" kepada muslim lain lalu menghukumnya dengan tindakan anarki.
Toleransi, itulah nilai hidup yang sepatutnya kita kembangkan sesama umat Islam. Jangan kita mampu bertoleransi dengan umat agama lain, sampai pecah kepala kita mereka pijak, tapi tak mau berdamai dengan saudara se agama Islam. wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment