Condemn Israel!!!!!

Sunday, February 1, 2009

Malu Alah

Menghabiskan hujung minggu dengan my parent in law kali ini agak berbeza. Kami mendapat jemputan khas dari seorang jiran Katanya ada nak promo produk sikit. Mungkin kerana segan silu sebab jiran ni datang terus ke rumah menyampaikan jemputan, akhirnya kami pergi juga ke rumah beliau. Sedikit tentang beliau dan keluarganya, kalau lah manusia di dunia ini boleh dikelompokkan ke dalam species-species tertentu, agaknya mereka inilah species yang agak jarang dijumpai. Maaf, bukan nak menghina. Sebaliknya nak memuji. Depa ni bukan setakat reti agama, tapi juga berbudi bahasa, very friendly and helpful, tak suka kacau orang dan hanya reti cakap yang baik-baik sahaja mengenai orang lain. Subhanallah.

Singkat cerita, ternyata yang mendapat jemputan ramai. Semua yang datang disambut dengan penuh ramah mesra. Sambil mendengar syarahan mengenai produk "head to toe", plus tayangan slides, semua yang hadir dijamu dengan hidangan yang berbagai. Ternyata dalam "kekhusyukan" itu, ramai yang mula berfikir, sekejap lagi nak beli produk apa ya? Yang berpenyakit mula mengira berapa "cost" perlu dikeluarkan hari itu untuk membeli produk berkenaan. Yang tak berpenyakit pula, asyik fikir benda apa nak beli sebab.....tak ada penyakit. Semuanya kerana satu sebab, malu alah.

Malu alah dalam perspektif masing-masing tentunya. Mungkin malu alah kerana sang tuan rumah datang terus ke rumah menyampaikan jemputan atau sebab malu orang lain beli tapi diri tak beli atau malu kerana layanan mesra sang tuan rumah atau mungkin juga malu kerana terlalu banyak penyakit atau malu nanti orang kata diri tak ada duit.

Malu alah yang berbagai. Pada saya dalam batasan tertentu ianya dikira sah-sah saja. Sebab ianya terpulang kepada perspektif masing-masing individu terhadap satu-satu perkara. Bersikap malu mungkin akan menjadikan seseorang itu lebih toleran terhadap orang lain. Bersikap malu juga mungkin menjadikan seseorang lebih matang dalam bertindak sebab tak kira malu macam mana pun kalau produk yang ditawarkan tak bersesuaian dengan empunya badan, tentu tak patut dibeli apabila dipakai. Macam mana nak "reject" tanpa "malu alah" pun dah dikira satu skill yang perlu dilalui. Terpulang kepada seberapa banyak pengalaman "terkena" telah ditimba.

Adakah selepas ini, kalau ada lagi jemputan serupa, diri akan lebih suka melarikan diri.......itu terpulang pada masing-masing individu sebab mungkin kita pun akan malu alah juga pada akhirnya. Malu nak berdepan dengan orang yang pernah memberi jemputan. So pikir-pikir kan sendiri. You know what is the best for yourself.

No comments: