Beberapa hari lepas saya menerima email mengenai bab murtad ni. (Na'udzubillah, semoga Allah hindarkan kita dari perkara terkutuk ini). Sebetulnya sudah banyak kali saya menerima email serupa. Terima kasih kepada rakan-rakan yang tak jemu menghantar email bab ini kepada saya. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian semua Amin.
Bukanlah saya nak menyombong tapi dalam bab murtad ni rasanya terlalu banyak perkara yang saya tahu mengenainya. Sesetengah benda saya tahu dari pengalaman rakan-rakan yang terlibat untuk memulihkan aqidah orang Muslim yang terlanjur murtad. Sesetengah benda pula saya nampak dengan mata kepala sendiri.
Sebetulnya adalah amat menyedihkan sikap kerajaan yang terlalu bertoleransi dengan agama lain. Bukanlah kita tak nak mengakui keberadaan agama mereka di negara bertuah ini. Tapi sekali lagi saya katakan, bila meminta sesuatu, biarlah berpada-pada. Kerajaan pula kenapa bersikap seolah mengikut sangat kehendak orang-orang non muslim. Takkan tak tahu batasan hak antara muslim dan non muslim dalam Islam. Mengapa kerajaan seakan tak mampu bertegas sementara di luar sana dah terlalu ramai aqidah generasi muslim kita semakin terkikis dan akhirnya hilang begitu sahaja.
Bagi yang punya rancangan nak murtad pula, cubalah anda pikirkan seribu kali, pikir habis, mengapa nak murtad? Kalau kerana terlalu cintakan boyfriend/girlfriend, yakinlah si dia bukan jodoh anda. Murtad bukanlah bukti cinta sejati.Kalau anda murtad kerana kesempitan hidup, yakinlah bahwa murtad hanya memberi anda kesenangan yang sekejap sahaja. Takutlah dengan adzab Tuhan kelak di alam sana. Bumi Allah ini luas, kalau anda bersungguh-sungguh mencari rezeki dengan tetap beriman kepada Allah, yakinlah yang anda akan bahagia dunia dan akhirat. Bukan hidup namanya kalau tiada dugaan dan cabaran.Kalau anda murtad tidakkah sepatutnya anda carilah tempat lain yang bukan milik Allah. Yakinlah yang anda tidak akan pernah menemuinya.
Kalau anda murtad kerana tak nak terikat dengan hukum hakam Islam yang anda anggap "remeh temeh" dan "menyusahkan", tidakkah anda terpikir yang dalam agama lain pun ada juga aturannya sendiri. Mengapa nak menyusahkan diri dengan lari dari fitrah yang anda adalah hamba Allah yang semestinya dan sudah sepatutnya tunduk pada aturan-aturan Ilahi. Bab tidak semua perkara dalam Islam anda mampu buat, itu urusan Allah. Allah Maha Mengetahui batas kemampuan hamba-Nya. Mengapa nak peningkan kepala sendiri .Buat yang terdaya, kalau anda belum boleh buat yang terbaik. Tapi ingat, bukan menentang hukum Allah.
Bagi anda yang pernah murtad dan teringin kembali atau mungkin baru sahaja kembali ke pangkuan Islam,saya ucapkan tahniah, syabas, ahlan wa sahlan. Yakinlah sesungguhnya Allah Maha Pengampun, janji anda bertaubatan nasuha, bukan taubat sambal, setelah masuk Islam keluar balik pula dengan alasan lain. Jangan pedulikan pandangan sesetengah manusia yang menganggap anda hina dan menjijikkan. Tapi pedulilah dengan pandangan Allah yang sentiasa "memandang" hamba-hamba-Nya dengan Rahman dan Rahim. Berjanjilah yang anda hanya akan hidup dan mati bersama Islam, berusaha yang terbaik, sesuai fitrah anda sebagai hamba Allah untuk selalu taat dan tunduk patuh kepada Allah Rabbul Izzati.
Murtad, langsung tak menyeronokkan. Dianggap pengkhianat oleh sesama muslim, dianggap pembelot yang boleh dibeli oleh non muslim dan yang pasti, ianya hina dalam pandangan Allah.Na'udzubillahi min dzalik.
No comments:
Post a Comment