Alhamdulillah syukur kami panjatkan ke hadirat Allah SWT yang telah memberikan kemudahan kepada kami sekeluarga untuk menunaikan umrah (27 mei-7 jun) beserta rombongan syarikat. Terlalu banyak cerita di dalamnya, walaupun bukan semua perkara boleh saya kongsikan dengan anda, para pembaca. Sesetengah benda biarlah ianya menjadi rahsia hati saya dengan Allah Azza wajalla.
Sedih dan gembira bercampur baur bermula dari pertama kali saya mendapat kabar mengenai rancangan umrah hinggalah akhirnya melangkah pergi meninggalkan Baitullah. Seronok betul beribadah di sana walaupun panasnya cuaca rasa macam duduk dalam oven, habis kering air dalam badan dibuatnya. Berkenalan dan mengenal beragam jenis manusia dari belahan dunia lain, "masam, manis, pahit dan pedasnya" perangai mereka.
Hati tersentuh ketika tawaf, bagaimana tidak, ingatkan kami sahaja yang tawaf sambil dukung 2 budak, ternyata........ramai lagi yang tawaf sambil dukung baby yang baru"lepas pantang". Makin tersentuh ketika sa'i, dalam hati terbayang, duhai kesiannya Siti Hajar ketika berulang alik dari safa ke marwa dan seterusnya. Sekarang senang, langit tak nampak lagi kerana ada bumbung, kaki tak sakit lagi kerana lantai marmar yang sejuk, plus aircond dan kipas pulak di sana-sini, bila letih boleh terus ke tepi minum air zam-zam. Memanglah kalau nak dibandingkan yang dulu dan sekarang, terlalu banyak bezanya, tapi sayangnya jarang diantara kita mampu mengambil iktibar di sebalik kesusahan pendahulu kita di masa lampau. Tengok sahaja, dalam keramaian orang yang bersa'i, ramai pula pasangan muda yang tergelak, haha hihi ketika sa'i, seolah tengah berjogging kat taman. Yang paling sedih lagi.................Melayu kita. Astaghfirullah. Tak boleh nak buat apa, masa tu yang terpikir.....jaga tepi kain sendiri lah, istilahnya, dah dok depan Tuhan, sendiri tahulah macam mana nak beradab dengan Tuhan. Bukan begitu?
Tentu anda ingat salah satu lirik dalam nasyid Raihan: Pergi haji bukan untuk membeli belah.........
Rasanya tak payah nak tunggu musim haji, dalam umrah pun boleh tengok budaya shopping masyarakat dunia. Orang Melayu kita (Malaysia, Indonesia dan Singapore) lebih suka shopping kat kedai-kedai kecil tepi jalan, lorong-lorong kecil kota Mekah dan tepi jalan di sekitar Masjidil Haram. kalau nak di kata murah meriah pun tak juga. Harganya sepadan dengan kualiti. Tapi Tok arab and the gang, lebih suka shopping kat shopping mall, hypermarket yang harganya berkali-kali ganda lebih mahal walhal kalau nak tengok kualiti, sebetulnya tak jauh beza sangat dengan kualiti barang kat kedai-kedai kecil,malah kadang-kadang produk tu sebetulnya bukan produk tempatan tapi import dari Cina,contohnya. Hanya sahaja, yang mereka cari adalah nilai prestige-nya. Gah betul mereka kalau jalan sambil bawa barang yang dibungkus dengan plastik bertuliskan jenama produk yang dibeli. Menunjuk-nunjuk sikapnya, yang paling ketara kalau lepas shopping terus masuk masjid. Bukan nak ibadah, tapi kongsi cerita bab barang yang baru mereka beli. Beza dengan orang kita yang boleh buat tak kisah walaupun hanya diberi plastik hitam atau putih tanpa sedikit pun tulisan jenama atau sejenisnya. Janji ada buah tangan yang berbaloi buat keluarga, rakan handai di tanah air, dah kira Alhamdulillah.
Bab ibadah pula, kalau nak pandang kiri pandang kanan, rasa malu betul, ibadah tuan punya badan ni belum boleh dibandingkan dengan mana-mana ibadah Hamba Allah yang lain. Why? Sebab masih terlalu sedikit. Masih banyak lagi yang perlu dibaiki, perlu dimuhasabah.
Apapun inilah yang dinamakan asam garam kehidupan. Ertinya, kalau kita tak mampu menjadi "matang" ketika berada di negara sendiri( mungkin kerana terlalu selesa hidup di bumi bertuah) kita akan menjadi lebih "matang" ketika berada di negara orang. Pertembungan bahasa, budaya dan berbagai faktor lain, boleh membuat kita melihat dunia ini bukan hanya dari "mata" sendiri tetapi juga dari "mata orang lain". Wallahu'alam.
1 comment:
rk,
nti kita p Mekah lagi..
Post a Comment