Condemn Israel!!!!!

Thursday, July 9, 2009

Dari seorang sahabat

Saya mempunyai seorang sahabat dari Korea Selatan. Sudah setahun ini dia bertugas di China sebagai assistant manager di sebuah shipping company. Ada 2 perkara yang baru-baru ini dia kongsikan akibat "keceluparan " saya.

Pertama, ternyata orang korea tak suka dibanding-bandingkan dengan orang Jepun. Demikian juga sebaliknya. Mungkin kerana faktor sejarah dan juga "luka lama " yang ditinggalkannya.

Kedua, baik korean maupun japanese mereka adalah heavy drinkers dan workholic.

Mengenai heavy drinkers, saya pikir, tak kira anda muslim atau non muslim, tak payahlah mencontohi tradisi mereka ini. Lebih banyak mudaratnya.

Mengenai bab kerja pula, rasanya setakat ini hanya sedikit orang kita yang mampu mencontohinya. Menurut sahabat saya ini pula, di China orang biasa kerja sampai lewat pukul 8 atau 9 malam. Di korea pula, lebih dari itu. Bukan kerana dipaksa-paksa, tapi sememangnya ia adalah habit, yang diwarisi dari generasi ke generasi. Saya sendiri tak pasti adakah habit macam ni patut dicontohi secara mutlak atau tidak, tapi ambillah dari sudut positifnya.

Pertama, jangan suka menangguhkan kerja yang boleh dibuat dengan segera.
Kedua. bertanggung jawab dan bersungguh-sungguh dalam kerja tak kira pada hujung bulan, tengah bulan atau awal bulan. Bagi korean dan Japanese, wang bukanlah satu-satunya motivasi. Tapi kemampuan untuk menyelesaikan satu-satu tugasan yang diberi menunjukkan kredibility seseorang pekerja yang pada akhirnya membawa markah plus dalam dunia kariernya di masa hadapan.

No comments: