Condemn Israel!!!!!

Sunday, July 19, 2009

Ketika Matlamat Menghalalkan Cara

Saya amat berduka atas berlakunya pengeboman 2 hotel 5 bintang di Jakarta,Indonesia. Manakan tidak, walaupun sudah 6 tahun berlalu selepas letupan bom di hotel sama (JW Marriot), kesan perihnya masih boleh dirasai hingga detik ini dan tiba-tiba ...kembali dirasai saat ini. Seakan menoreh luka di atas luka. Perih sekali.

Kesusahan demi kesusahan yang dirasai rakyat Indonesia demi mambangunkan kembali negara yang "ternoda" dek tangan-tangan jahat bertopengkan Islam, belum lagi hilang. Dan kini tiba-tiba seakan kesusahan itu kembali berulang dengan lebih dahsyatnya.

Alangkah sedihnya saya, di sini saya asyik meyakinkan beberapa rakan non muslim betapa indahnya hidup dalam Islam, tapi dengan berlakunya keganasan ala Islam kononnya, terpalit arang di muka ini. Malu, mereka memandang dengan pandangan seakan bertanya, you ni cakap betul ke tidak selama ni? Inikah Islam yang you bangga-bangga kan? Allah.......

Alangkah gundahnya saya, di sini saya asyik promo betapa indahnya 2 negara serantau untuk dijadikan destinasi percutian, tiba-tiba.....berlaku terror bom demi Islam kononnya, habislah saya diruntuni soalan demi soalan sama ada Malaysia dan Indonesia masih selamat untuk dikunjungi.

Selama ini, non muslim begitu takut dengan Islam. Macam-macam label negatif yang diberikan kepada Islam. Saya bimbang, kalau beginilah cara umat Islam nak menyuarakan rasa tak puas hati, sikit-sikit bom, sikit-sikit teror, rasanya umat Islam yang di luar sana pun akan rasa tak selamat lagi dalam Islam. Na'udzubillah.

No comments: