Semalam saya sempat membaca luahan hati seorang yang menggelar dirinya "sang patriotik muda". Dia marahkan orang asing yang bekerja di ngara ini yang kononnya buat tak peduli ketika lagu Negaraku diperdengarkan dalam sebuah majelis.Katanya lagi, orang asing tu tak reti nak hormat negara yang sudah memberinya rezeki.
Alahai adik, atau lebih elok kalau saya panggil, ananda, dunia ni tak sekecil tapak tangan baby. Macam mana kita nak paksa orang asing nak hormatkan lagu kenegaraan kita kalau depa pun tak tahu yang lagu tu adalah lagu kenegaraan kita. Silap hari bulan, dengar pun depa rasa pelik. Macam lagu biasa je di telinga depa. Itu satu. Yang kedua, cuba tanya diri sendiri, kalau anda dok negara orang, lepas tu anda terdengar lagu kebangsaan negara orang tu, agak-agak anda nak buat apa? Nak berhenti dari menjalankan aktiviti semata-mata nak tunjuk hormat ke negara orang? Silap hari bulan, kalau tak kena tempat, orang pula kata anda buang tabiat, berperangai pelik. Kalau lagu kenegaraan orang tu dalam bahasa Inggris atau bahasa yang anda boleh faham, mungkin masih boleh diambil kira lagi kalau nak tunjuk hormat kat negara orang, tapi cuba kalau lagu tu dalam bahasa China, Thailand, Korea ,Afrika atau bahasa lain yang sepatah kata pun anda tak reti, macam mana nak buat? Pada masa tu, tak seorang pun akan kata anda biadap.
Ketiga, janganlah jadi orang yang sombong sangat, terlalu angkuh sehingga mengecilkan makna keberadaan orang asing di nagara ini. Memanglah Malaysia sumber rezeki depa. Tapi ingat, bumi bertuah ini hanya amanah dari Tuhan pencipta alam. Siapa anda atau saya atau orang lain di luar sana nak menyombong kononnya kitalah sang pemberi rezeki. Ingat kita hanya perantara bukan pemberi rezeki. Hanya Tuhan sang pemberi rezeki. Silap hari bulan sikap angkuh inilah yang akan membuat Tuhan murka lalu menarik balik semua nikmat yang kita ada dalam sekelip mata.
Nasionalism biarlah bertempat. Jangan ego yang menjadi panduan. Kalau kita nak orang lain hormatkan kita, kita kenalah tahu dulu macam mana nak hormatkan orang lain. Tak payah nak tunggu anda melancong ke luar negara. Anda tunjuk sikap berbudi dengan orang asing di negara ini pun dah kira cukup manis. Wanginya akan sampai ke negara lain. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment