Beberapa hari lepas saya sempat membaca dalam Metro kisah perceraian seorang artis. Kalau nak diikutkan saya sememangnya tak mau tahu sangat bab-bab personal orang lain, tak kiralah artis atau bukan. Tapi dah nama paper depan mata, mau tak mau tertariklah juga nak baca.
Pada saya, benda tu simple sangat kalau nak dijadikan alasan untuk bercerai. Hanya kerana sepotong dua potong ayat dalam SMS. Tapi ya lah, kita tak tahu apa yang sebenarnya berlaku dan tak perlu menyelongkar rahsia hidup orang lain. Biarlah ianya menjadi sesuatu privasi yang perlu dihormati.
Yang hendak saya soroti bukanlah masalah artis itu tetapi lebih kepada soalan mengapa teknologi sedia ada diguna untuk perkara yang tak bertanggung jawab. Entah sudah berapa kali, saya sendiri kerap mendapat sms yang kononnya tersilap number lalu tanya nama apa dan meleret ke benda-benda lain pula. Kekadang teringin saja saya balas sms nakal tu dengan ayat: Ala budak kecik oi, makcik ni dah tua, dah tak larat nak layan benda lagu ni. Dah nak masuk kubur dah........ Tapi kalau dipikir balik, buat apa nak layan, biar pi lah kad prepaid diaorang habis. Yang kita nak membazir sama pun buat apa. Buat tak nampak sudahlah. Betul tak?
Tapi, itu kata orang-orang seperti saya, orang yang tak berapa sibuk dalam dunia ini. Bagi orang lain di luar sana, apalagi yang sedang sibuk atau sedang menanti maklumat penting, perkara sebegini tentulah merimaskan. Rasa nak belasah si pengirim pula.
Apapun dalam hal ini bukan teknologi yang dipersalahkan, tapi orang yang menggunakan teknologi untuk buat benda tak bertanggung jawablah yang sepatutnya mendapat hukuman. Kalau setakat sms nak bagi maklumat akaun atau sales promotion atau IT exhibition, itu masih boleh dikira okey, tapi kalau dah yang melampau-lampau hingga menjurus kepada jenayah atau benda-benda tak bermanfaat, itu patut diwaspadai. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment