Condemn Israel!!!!!

Monday, February 22, 2010

Happy Birthday Ya Rasulullah.....

Terkenang saya dengan masa kanak-kanak dulu. Ibunda tercinta selalu meraikan hari jadi kami adik beradik dengan membuat hidangan istimewa. Kek hari jadi, nasi kuning plus lauk pauk yang sedap belaka akan beliau buat sendiri. Selalunya sebelum meniup lilin pada kek hari jadi, kami sekeluarga akan sama-sama menyanyikan lagu Happy Birthday dan menadah tangan membaca seuntai doa dipimpin oleh ayahanda tercinta. Lepas tu, tunggu apalagi, makanlah kami sepuasnya.

Semakin bertambah usia kami, semakin banyak pengalaman yang kami dapat. Mula dari sekedar turut menghadiri majelis hari jadi jiran tetangga, teman sekolah, hinggalah standing party ala "orang berduit".

Seiring masa berlalu, makin banyak pula feed back yang kami perolehi.
Ada yang kata...party hari lahir itu haram, sebab Rasul pun tak pernah meraikan dan tak pernah mengajak umatnya buat perkara tu.
Ada yang kata....daripada buat party, perhabis duit, elok berpuasa sunat....
Ada yang kata.....tiup lilin dan menyanyikan lagu happy birhtday (tak kiralah dlm bahasa apapun) sama dengan perangai yahudi dan nasrani.
Ada yang kata....daripada potong kek ala mat saleh, elok buat nasi atau hidangan tempatan.
Ada yang kata.....standing party itu haram, pasal makan berdiri macam kambing.
Ada yang kata...haram buat party, sebab menggalakkan maksiat.
Dan...macam-macam lagi.

Ketika orang kita dok bahas boleh tak boleh buat party hari lahir,boleh tak boleh buat majelis maulidurrasul....kita seakan "bersetuju" dengan peringatan kelahiran atau kematian tokoh-tokoh terkenal dunia seperti lady Diana, Elvis Presley,terbaru...Michael Jackson. Dipuja kelahiran dan kematiannya oleh hampir sebahagian besar manusia di dunia ini, hatta kematian tokoh Hamas baru-baru ini pun turut dikenang, sebagai simbol kekejaman Israel.

Pada saya, tak kiralah kelahiran ataupun kematian, adalah wajar jika ianya kita jadikan sebagai satu ingatan. Untuk diri kita sendiri, untuk generasi anak-anak kita. Dalam setiap kelahiran dan kematian, mesti ada satu dua point yang patut menjadi iktibar bagi semua orang.

Mengikut pandangan sesetengah ulama' meraikan kelahiran Rasulullah SAW adalah satu bid'ah, tapi bid'ah hasanah. Pada saya secara pribadi, meski tak ada fatwa khas pun bab ini, kita sebagai muslim, pengikut Rasulullah SAW, sepatutnya lebih "beradab dan beretika".Kalau bukan kita, muslim, yang menghormati dan mengingat Beliau, pribadi teragung dan paling sempurna.....siapa lagi?

Bagaimana meraikan hari lahir Beliau, itu isu kedua. Dan rasanya semua muslim pun tahu bahwa apapun aktiviti yang hendak kita buat adalah wajib mengikut garis panduan Islam, aktiviti yang mengajak kita untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan Rasul, bukan aktiviti yang menggalakkan maksiat.

Jadi tunggu apalagi.....Sholawat.......Allahumma sholli 'ala Muhammad wa ali Muhammad.....

1 comment:

GM said...

Salam.
Umat Islam seharusnya meraikan hari kelahiran Rasul saw sebagai lambang cinta kita pada beliau. SOLAWAT