Terlepas dari perdebatan sama ada seorang selebriti boleh dijadikan ikon atau tidak, saya mempunyai pandangan sendiri.
Alangkah baiknya jika nilai ikon itu kita "sempitkan", dalam pengertian ...seumpama, seorang artis itu dikenal akan kehebatannya dalam industi muzik, maka bolehlah kita katakan beliau sebagai ikon dunia muzik.... hanya dunia muzik...perkara selebihnya seperti kehidupan pribadi beliau tidak boleh dijadikan ikutan secara membuta tuli.Kerana sebagai insan, siapapun tidak akan terlepas dari perbuatan silap dan salah.
Seorang selebriti pun pada hakikatnya "tidak boleh hidup" tanpa digelar ikon. Kerana gelaran ikon secara tidak langsung menunjukkan bahwa beliau mempunyai peminatnya sendiri. Tanpa peminat, siapalah seorang selebriti.
Prinsipnya dalam hidup ini mesti berpada-pada. Menyanjungi atau meminati seorang selebriti tidaklah salah, selagi dalam batasan-batasan positif. Selebriti pula hendaklah pandai-pandai menjaga diri kerana gerak geri mereka sentiasa diawasi oleh banyak "mata". Bimbanglah pula jika perkara buruk yang dilakukan justru menjadi ikutan generasi muda kita. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment