Condemn Israel!!!!!

Monday, May 31, 2010

Media: Serampang dua mata

Dari dulu hingga sekarang, berkerjaya dalam dunia "media" tak kiralah media cetak maupun media elektronik, pasti ada cabarannya tersendiri.Cabaran itu berubah-ubah seiring perkembangan teknologi dan juga "budaya" masyarakat yang menjadi object sekaligus subject dalam media.

Apa yang pasti, masyarakat atau secara spesifiknya adalah pembaca/penonton,terbagi dalam beberapa kelompok. Ada kelompok pembaca/penonton yang sukakan berita-berita aktual dan terkini mengenai perkembangan dunia dan segala sesuatu yang berhubung kaitnya. Ada pula yang lebih sukakan berita-berita panas penuh sensasi sekedar "penghilang stress" katanya. Ada pula yang lebih minat dengan perkembangan politik tanah air semasa...dan banyak lagi.

Apa yang pasti apabila bekerjaya dalam dunia media, seseorang itu dituntut untuk memiliki tanggung jawab moral tersendiri yaitu bahawa apa yang ditulis/ditayangkan adalah sesuatu yang bukan perkara mengada-ada,sebab lambat laun masyarakat akan mengetahui kebenarannya kelak.

Apa yang ditulis/ditayangkan juga hendaklah bersifat objektif, berpada-pada. Tak perlulah media memuji seseorang atau pihak tertentu setinggi langit kemudian di lain hari menjatuhkan air mukanya sedalam dasar lautan.

Akan tetapi, patut juga digaris bawahi bahwasanya, media tidak boleh dipersalahkan secara mutlak. Masyarakat pembaca/penonton juga mempunyai kewajiban moral untuk menilai sesuatu itu juga secara objektif. Apabila ada sesuatu berita yang diragui keshahihannya, hendaklah jangan cepat melatah.

Dengan teknologi yang serba mutakhir pada abad ini, rasanya tidaklah sukar untuk tabayyun(check and recheck) mengenai sesuatu berita. Yang perlu sekarang adalah kesedaran tiap individu baik sebagai pihak media mahupun pihak pembaca/penonton untuk melakukan cross-check sebagai satu tanggungjawab moral bersama. Wallahu'alam.

No comments: