Condemn Israel!!!!!

Wednesday, June 2, 2010

La'natullah 'ala Israel

Akhir Mei, awal Jun 2010...ah, seperti biasa Israel buat pasal lagi. Kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk Palestine diserang sesuka hati, walhal ianya berada di perairan antarabangsa. Bersyukurnya saya, kerana bukan terlahir dari bangsa Israel yang terlaknat hingga hari kiamat.Ya, memang Tuhan jadikan mereka bangsa "terpilih" kerana banyak nabi yang berasal dari bangsa mereka. Tapi itu bukan alasan untuk merasa superior sehingga menafikan keujudan bangsa lain di muka bumi ini.

Bersyukurnya saya, kerana masih ada yang peduli dengan nasib rakyat palestine yang tak habis-habis didera oleh kekejaman Israel. Bukan calang-calang orang yang sanggup menyertai misi kemanusiaan di sana. Perlu lebih dari sekedar guts (=keberanian/nyali), tapi juga iman di dada.

Sudah ramai negara yang menyuarakan kecaman dan kutukan terhadap Israel. Sayangnya, sekali lagi ianya ibarat air di daun keladi. Sedikit pun tidak menggoyahkan niat jahat Israel. Mungkin Israel berharap dengan sekatan yang dilakukan terhadap setiap misi kemanusiaan ke Palestine, rakyat Palestine akan lebih cepat mati lalu dikuasai seperti yang mereka impikan. Tapi saya yakin pada janji Allah, yang haq akan mengatasi yang bathil.

Kecaman dan kutukan sahaja tidak akan memadai. Kita memerlukan langkah proaktif, sekatan/embargo misalnya. Yang paling malang, Presiden USA Barrack Obama hanya sekedar menyatakan "kekesalan" terhadap apa yang berlaku. Tiada kutukan, kecaman...jangan pula berharap ia akan menyeru sesama negara pemegang Veto PBB untuk melakukan sekatan/embargo terhadap Negara Haram Israel. Alahai, nampak sungguh betapa double standardnya negara Uncle Sam ini. Sungguh berbeza dengan keangkuhannya ketika berdepan dengan Iran atau Korea Utara. Hanya dengan sedikit isu nuclear, boleh pula Negara yahudi Kecil ini, berlagak ala polis dunia, tapi berdepan sahaja dengan Israel, nampak sungguh kelemahannya.

Bukan semua diantara kita, mendapat peluang untuk turut serta secara aktif ataupun pergi terus ke Palestine untuk misi-misi kemanusiaan. Jangan bersedih. Tuhan maha Mengetahui apa yang tersimpan dalam dada kita. Niat dan Doa yang tulus ikhlas untuk sesama Muslim di Palestine sudah memadai buat setakat ini. Kalau boleh ditambah lagi dengan sumbangan riil dan materiil, tentu ia akan lebih baik lagi.Palestine bukan hanya memerlukan bantuan materil tapi juga sokongan moral dan doa.

Di tengah maraknya isu Palestine-Israel ini, kita janganlah pula lalai dengan isu Islam dan muslim di negara sendiri. Ada banyak ruang dan peluang untuk berbakti kepada agama. Kalau anda seorang guru, didiklah murid-murid anda dengan sabar, tanamkan jihad dalam dada mereka, agar mereka menjadi muslim yang tangguh kelak. Kalau anda seorang peniaga/ahli perniagaan, maka lakukanlah perniagaan itu berkonsepkan syariat Islam, mudah-mudahan bertambah kukahlah ekonomi ummah.

Hakikatnya, apa yang berlaku sedikit sebanyak menunjukkan bahawa solidarity dan ukhuwah Islamiyyah masih utuh terjaga. Mudah-mudahan kelak akan tercapai hajat kita semua yakni memerdekakan bumi Palestine dari rezim penjajah, Israel la'natullah. Wallahu'alam......

No comments: