Condemn Israel!!!!!

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Yang Lain

Tiap orang mempunyai pengalaman Ramadhannya sendiri. Pertama kali berpuasa di bulan Ramadhan adalah antara pengalaman Ramadhan yang paling indah. Adakalanya penuh jenaka ala upin dan ipin.Teringat saya dengan seorang sepupu. Al kisah berkahwinlah ia dengan seorang muallaf USA. Mungkin kerana bertubuh sasa, setakat menahan lapar dan dahaga bukanlah susah mana. Tapi satu benda yang membuatnya lemah tak bermaya selama sebulan itu....rokok.....hehehe....

Pengalaman Ramadahan dari tahun ke tahun sudah semestinya memiliki nuansa tersendiri. Ada Ramadhan yang penuh kedukaan kerana berjauhan dari orang-orang tersayang, ada pula yang penuh keriangan kerana berkumpul bersama keluarga tercinta dan mungkin...ada pula yang terasa hambar, ibarat lauk tanpa garam kerana kesibukan kerja yang luar biasa.

Apapun, marilah kita sambut Ramadhan yang akan tiba sedikit hari lagi ini, dengan rasa gembira penuh kesyukuran, kerana Allah masih panjangkan usia sehingga kita masih berkesempatan beribadah sebanyak mungkin di dalamnya. Marilah kita juga berdoa semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna, lebih khusyuk kita dalam beribadah, dimudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita hingga tibanya bulan Syawal, bulan penuh kemenangan. Amin Ya Rabbal 'Alamin......

No comments: