Pernahkah anda menjadi aktivis? Berbahagialah anda yang pernah merasai pengalaman sebegitu. Yang saya maksudkan aktivis adalah secara global, seseorang yang berjuang,bergiat aktif dalam satu-satu bidang tertentu yang diyakini benar dan membawa manfaat bagi masyarakat amnya.
Menjadi aktivis akan mengasah ketrampilan bermasyarakat,sensitiviti terhadap bidang tertentu disamping mengasah kemampuan bergerak dalam sebuah organisasi atau kumpulan sehingga mampu mengetepikan ego dan kepentingan pribadi demi kepentingan masyarakat dan tujuan perjuangan yang diyakini.
Ada aktivis kemanusiaan,aktivis politik, aktivis pencinta alam atau apapun nama dan labelnya memerlukan daya juang yang tinggi.Selagi jalan perjuangan yang dipilih diyakini kebenarannya maka tak salah untuk terus maju tanpa rasa serik ataupun kesal.
Hanya sahaja......perlu diingat bahwa cara yang dipilih untuk mengapresiasikan perjuangan itu hendaklah dipilih secara bijak, jauh dari unsur-unsur vandalism dan taktik kotor yang justru akan mencemari nilai perjuangan itu sendir.
Sekalung tahniah saya pada misi kemanusian GAZA, tak kiralah mewakili negara manapun anda kerana telah berjuang dan semoga akan terus berjuang dengan taktik jitu yang bijak, sehingga boleh meminima resiko yang mungkin akan dihadapi demi mencapai hasil sesuai harapan.
Tabik juga kepada Greenpeace,sebuah kumpulan aktivitis yang dengan segala kedegilannya berusaha menyedarkan dunia mengenai betapa pentingnya menjaga alam ciptaan Tuhan ini, tak kira lah agama apa yang anda anuti.
Aktivis politik pula......hm, saya tak berani bercakap banyak mengenai yang satu ini. Sebab tabiat politik adalah berubah-ubah sejalan dengan keadaan semasa.
Aktivis apapun anda, tetaplah berjalan pada rel yang betul. Mulakan langkah dengan niat yang betul agar ianya berkah. Jalani perjuangan dengan azzam yang kuat dengan bergerak sebagai satu kumpulan yang solid, tidak berpecah belah. Apa yang pasti sudah semestinya ia diniatkan untuk kepentingan masyarakat dan bukan untuk memuaskan ego pihak tertentu semata-mata dan bukan juga untuk mengaut keuntungan pribadi atau kumpulan semata-mata. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment