Condemn Israel!!!!!

Thursday, November 25, 2010

Talam ********Muka

Dalam rakaman Interview With Hillary Clinton di NTV7 semalam,Setiausaha USA itu berkata,"Israel needs to exist....and Palestine needs a State...."

Hahahahaha....izinkan saya tergelak...dah jadi macam film Interview With Vampire...je. Manakan tidak, tak kiralah dalam keadaan "berterus terang" ataupun "diplomasi" sekalipun, negara Uncle Sam ini tetap sahaja menunjukkan sokongannya terhadap kewujudan Israel. Kona kanan, kona kiri hasilnya tetap saja sama.

Yang paling tragik di akhir temu bual, bekas first Lady USA itu tanpa rasa bersalah justru mengatakan bahwa Palestine yang "mempersulit keadaan" dalam tiap rundingan dengan Israel kerana tidak mahu tunduk dengan syarat-syarat yang dikemukakan Israel,salah satunya Israel harus mendapat "perlindungan" dari serangan roket Palestine.

Hahahaha....Nyatalah sudah betapa pengecutnya Israel,betapa licik dan kotornya cara mereka untuk "exist" di dunia ini. Sebetulnya siapa yang paling banyak menjadi korban dan mangsa....????siapa yang paling banyak menanggung derita dan kesusahan selama ini....????...kalau bukan rakyat palestine. Israel pula,tak jauh beza dengan mentornya,USA...ada suatu ketika begitu bongkak dan angkuh,namun di lain kesempatan pula menunjuk-nunjuk pada dunia seolah merekalah "innocent side".

Tengok sahaja hasil keputusan mahkamah Israel baru-baru ini terhadap dua askar Israel yang didapati bersalah kerana menjadikan kanak-kanak sebagai perisai untuk memastikan sebuah bag berisi bom atau tidak. Mengikut UU,mereka sepatutnya dihukum 2-3 tahun tetapi ternyata hanya dihukum 3 bulan penjara dan diturunkan pangkat sahaja.Alahai, sungguh hukuman yang tidak setimpal.

USA mungkin rakan niaga yang baik,namun dalam isu Palestine, negara manapun mestilah tetap berpegang bahawa hanya Palestine yang berhak "survive dan exist",di dunia ini. Membuka hubungan diplomatik dengan Israel, tak kiralah dengan cara apa sekali pun, hanya akan memakan diri.Wallahu'alam.

No comments: