Condemn Israel!!!!!

Wednesday, April 27, 2011

Penyakit "Perasan"

Jujur saya katakan, saya bukanlah seorang yang mahir berbahasa Arab. Jadi saya sangat berbesar hati jika ada di antara para pembaca di luar sana boleh menterjemahkan istilah penyakit "perasan" ini ke dalam bahasa Arab....hehehe....

Tentu ada di antara kita pernah berdepan dengan situasi sebegini:
sang suami yang big boss, sang istri pula yang tunjuk belagak di depan pekerja atau sang suami yang berduit, sang istri pula yang perasan kaya dengan jiran tetangga atau mentang-mentang berstatus sosial tinggi, perasan hebatlah pula si fulan/fulanah atau sang ayah yang punya syarikat,sang anak pula perasan big boss dan macam-macam bentuk perasan lain.

Kalau nak ambil jalan mudah, mungkin senang-senang kita kata..."biaq pi, dah memang dia kaya" atau "apa nak hairan,dah memang depa punya syarikat". Tapi sebagai seorang muslim, hendaklah kita membuka mata hati kita bahawa sikap "tak endah" macam ini lah yang akan membuat penyakit "perasan" ini bermutasi menjadi penyakit "wahn/cinta dunia" dan akan menimbulkan kerosakan lebih besar dalam dunia ini.

Berapa ramai orang yang menjadi dengki hatinya dek kerana hari-hari layan orang yang perasan hebat. Berapa ramai orang yang terpancing merasuah dan menerima rasuah kerana tak mahu kalah dengan orang yang perasan kaya. Berapa ramai orang yang jenis perasan ini pula menjadi mangsa sikap perasannya sendiri...perasan cantik, akhirnya dibenci orang kerana rupa elok tapi hati busuk...atau perasan kaya, tapi kedekut.....atau perasan hebat, tapi hari-hari tunggang langgang demi mencukupi keperluan hidup keluarga.

Saling mengingatkan dan saling menasihati adalah kuncinya. Jangan segan silu menegur seseorang jika bersalah atau tersalah.Tetapi tentunya tegurlah dengan cara yang baik dan gunakan saluran yang betul. Jika diri sendiri yang ditegur orang kerana ini dan itu, janganlah pula lekas melenting.Jadikan ia satu iktibar untuk muhasabah diri.

Manusia adalah makhluk sosial,saling memerlukan, saling bergantung satu sama lain. Kita tak mungkin menjadi orang baik sendirian di tengah hingar bingar dunia ini. Dan dunia juga tidak akan menjadi tempat yang menyelesakan jika bukan kita sendiri yang menatanya. Jadi, sila pikir-pikirkan samada diri sendiri telah dijangkiti penyakit "perasan" atau tidak.Jika ya,mudah-mudahan belum terlambat untuk diubati. Wallahu'alam.

No comments: