Seringkali kita mendengar "Artis A menjadi fenomena" atau Drama B menjadi fenomena". Entah betul kah tidak penggunaan kata "fenomena" di atas, fenomena pun fenomena lah. Yang saya maksudkan, adakalanya seseorang artis atau drama/film tertentu mungkin menjadi trend atau ikutan publik kerana "nilai lebih' tertentu.
Ambil contoh seorang artis yang memulai karirnya dari "sifar" sehingga membuat ramai orang ingin mencontohi kejayaannya. Atau sebuah film atau drama TV yang kisahnya sungguh haru biru sehingga mencapai rating tontonan tertinggi pada ketika itu.
Pada saya, menjadi anak seni, penggiat seni atau seniman atau ambil istilah modernnya artis/selebriti, bukanlah perkara mudah. Yang masyarakat inginkan bukan setakat lagu/lakonan/karya seninya yang menjadi buah bibir atau ikutan, tapi juga bagaimana sang artis itu sendiri ketika berada di luar dunia seni,dalam hidup kesehariannnya.
Bagi anda para artis, mungkin terkesan seolah publik menuntut terlalu banyak dari anda, tapi ingatlah bahwa apa yang publik/masyarakat mahukan dari anda adalah seseorang yang boleh menjadi contoh yang baik bagi masyarakat.
Siapa yang tak pernah tengok drama "Nur Kasih"? Dah ditayang ulang pun, masih ramai yang mengikuti jalan ceritanya. Tapi alangkah kecewanya saya (dan saya yakin ramai juga orang lain yang turut kecewa) kerana ada pelakon utamanya yang tampil sungguh berbeza ketika di luar scene. Dalam penggambaran drama, kita nampak dia sebagai figur yang begitu sopan menutup aurat, namun dalam majalah,tv .....mendedahkan aurat. Beginikah figur yang hendak masyarakat contohi? Double personality,kalau ditanya kat artis macam ni...selalunya jawaban tipikal yang masyarakat dapat...."Saya hanya mengikut skrip". Bukan seorang dua tiga artis macam ni, sebelum ni pun artis yang begitu comel berlagak macam budak remaja dalam drama yang disponsori sebuah jenama pembalut wanita pun,macam tu juga.
Bukan masyarakat inginkan artis menjadi sosok individu yang sempurna, tapi kalau boleh, mesej baik dalam sebuah karya seni hendaklah sebati dengan artis itu sendiri.
Tapi bagaimana pula dengan tren film/drama "hantu" sekarang? Hm, dari dulu sampai sekarang saya tak berapa suka dengan genre film sebegini, entah apa mesej yang ingin disampaikan. Setakat nak khabak benda-benda yang mana satu ditegah agama dan merupakan perbuatan syirik, pada saya, lebih elok tanya terus kat ustad,ustadzah yang bertauliyah.Apapun, kalau masih ada yang nak tonton juga genre drama/film seram sebegini, terpulanglah, itu pilihan anda.
Yang pasti dan hendaknya menjadi satu kemestian adalah bahawa dunia seni merupakan platform yang baik untuk menyampaikan mesej yang baik dan berfaedah kepada masyarakat. Lebih baik lagi, kalau mesej yang disampaikan mampu menjadi pemangkin nilai sosial dan keagamaan yang lebih tinggi. Ambil contoh, Upin dan Ipin, meski hanya sebuah kartun tapi nilai-nilai positif di dalamnya mampu membuat anak-anak kita berfikir dan sedar mengenai norma-norma kemasyarakatan.
Apakah sedemikan teruknya dunia hiburan/seni kita sehingga ketandusan idea untuk menyampaikan nilai-nilai yang mungkin mampu menjadi agen pencetus perubahan positif? Ataukah kita lebih suka menjadi negara yang stereotaip, asyik mengikut arus dari negara lain. Kita punya identiti sendiri jadi sudah semestinya kita bukan setakat bangga dengan identiti kita sebagai sebuah negara maju dari dunia timur tapi juga turut serta menyebarkan norma dan nilai positif yang kita punya untuk mencapai taraf masyarakat bertamadun yang lebih baik lagi.Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment