Condemn Israel!!!!!

Tuesday, November 22, 2011

Iran dan Sekatan

Berita terbaru: UN akan menambah sekatan atas Iran kononnya tak bekerjasama dalam bab penghapusan tenaga nuklear dan "sedang" membuat senjata nuklear sendiri. Hm...iya lah tu...1001 alasan boleh dibuat,kalau nak menceroboh kedaulatan satu-satu negara yang tak mahu tunduk dengan pakatan UN atau dalam bahasa lebih jelasnya adalah USA, apapun boleh jadi "halal" dilakukan. Lawful...lah istilah mat saleh nya.

Sekatan...hm, apa nak hairan. Apa negara-negara Barat ingat Iran akan "mati' macam Iraq atau hancur macam Afganistan? Saya yakin tidak. Sejarah sudah pun membuktikan bagaimana kebangkitan rakyat dalam Revolusi Iran telah menghantar Iran ke gerbang kejayaan hingga ke saat ini. Apa nak hairan dengan sekatan? Kata seorang sahabat di sana "It's nothing".We can survive with our own strength. Besides, we still and always have Allah,Rasulullah SAW and ahlul bait a.s. with us. There's nothing to be afraid of. For generations we have suffered from such things but nothing can defeat us.Not even them...(USA).

Tengok, itu cuma luahan seorang, apatah lagi kalu jutaan rakyatnya yang meluahkan. Lagi naik pening USA dan sekutunya. Yakinlah ianya bukan setakat kata-kata atau cabaran semata-mata-mata tetapi sudah pun terbukti dan selamanya akan terbukti. Tahukah anda apa yang menjadi kunci kekuatan dan keteguhan mereka? Ianya adalah iman di dada dan ketaatan kepada Allah, Rasul SAW dan keluarganya yang tak berbelah bagi.

Sekiranya anda mengaku anda juga adalah muslim sejati, maka "at least' buktikan betapa anda tidak menyokong apapun tindakan "jahat' UN,USA atau apapun namanya ke atas negara-negara Islam. Apakah kerana keislaman kita, lantas negara Barat berhak memijak-mijak kita? Tentu tidak kan? Jangan sampai negara kita pula yang "kena bancuh" barat pula selepas ini kerana kita terlalu seronok dengan kesusahan negara lain dek kerana perbezaan mazhab meski hakikatnya kita satu agama, satu Ad Din, yaitu...Islam. Jadi pikir-pikirkanlah...samada negara kita mampu "setabah" dan sekuat" Iran dalam menghadapi badai "dunia barat" khasnya dunia yang bencikan Islam dan Muslim. Wallahu'alam.

No comments: