Condemn Israel!!!!!

Tuesday, November 22, 2011

"Open- Minded " kah kita?

Open-minded,berpikiran terbuka dalam makna yang lebih luas bererti mahu dan mampu melihat sesuatu dari sudut yang berlainan. Jika anda adalah seorang peniaga, maka adakalanya anda juga perlu mempatkan diri anda sebagai pembeli. Sebagai peniaga, anda mahukan keuntungan yang banyak, tapi sebagai pembeli tentu anda mahukan barang atau produk yang berkualiti dengan harga terjangkau. Sekali tertipu, serik nak beli lagi. Dengan cara ini sebagai peniaga anda boleh mencari jalan keluar atau alternatif yang boleh menguntungkan kedua belah pihak. Sebagai peniaga, anda boleh mendapatkan keuntungan dan pelanggan setia. Pelanggan anda pula merasa seronok membeli barang/produk dari anda dan tak kan lari kepada peniaga lain.

Open-minded juga bererti melihat sesuatu secara objektif,bukan subjektif. Sebagai contoh, mungkin kita sudah menghabiskan banyak masa dan wang ringgit untuk menghantar anak kita ke tempat belajar terbaik. Tapi prestasi si anak tak juga meningkat. Dalam hal ini jangan salahkan anak semata-mata. Lihatlah juga faktor persekitaran. Mungkin si anak merasa terlalu "dipaksa" untuk berjaya sehingga dia merasakan bahwa belajar bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Atau mungkin faktor teman-teman yang lebih cenderung mengajaknya bermain dan melepak. Atau mungkin juga faktor ibu bapa yang tak punya banyak masa berkualiti bersama anak sehingga si anak merasa "alone and lonely". Faktor-faktor inilah yang perlu diambil kira lalu dipikirkan penyelesaiannya dan bukan semata-mata menjatuhkan hukuman pada si anak.

Open-minded sudah semestinya juga bererti berpikir dan bertindak secara kritis, bukan sinis:berfikir dan bertindak secara positif,bukan secara negatif.Ambil contoh, jika anda seorang penjawat awam atau kaki tangan kerajaan....adakalanya anda juga perlukan pandangan dan bantuan dari pihak oposisi/pembangkang.Ssamada anda suka atau tidak dengan apa yang mereka sampaikan, adalah sangat bijak dan tabik buat anda jika anda mampu "mengolah" semuanya sehingga menghasilkan solusi terbaik untuk rakyat. Apatah lagi rakyat sudah pun memilih anda sebagai wakilnya dalam kerajaan bererti rakyat mengharapkan sepenuh perhatian dan bantuan dari anda untuk menyelesaikan masalah sedia ada.Tak kiralah dari mana datangnya "idea",rakyat tak lah kisah sangat, janji....rakyat sejahtera dan benar-benar diutamakan.

Tak lah susah sangat nak open-minded. Ianya perlukan pembiasaan dan pembelajaran dari masa ke semasa. Saling mengingatkan untuk open-minded dengan orang-orang terdekat boleh menjadi "pembuka". Jika anda seorang yang aktif dengan laman sosial semisal facebook atau twitter, itu pun boleh dijadikan sarana untuk saling mengingatkan agar selalu berpikiran terbuka/open-minded.Disamping itu, jadikan juga membaca sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan untuk menambah rencah minda, membuka visi dan misi kita pada dunia luar. Harapan saya, membaca blog ini pun boleh menjadi pemangkin minda anda. Wallahu'alam.

No comments: