Kes 1
Minah:Abang, dah nak magrib ni. Awat Johan tak balik lagi? (bimbangkan anak laki-lakinya yang baru berumur 12 tahun)
Nasir: Ala, dia tu budak jantan. Tahulah dia macam mana nak balik. Tak payah bimbanglah. (buat tak kisah)
Ditunggu dari menit ke menit hingga menjelma dari tahun ke tahun, Johan tak juga balik. Bukan semua budak laki-laki reti "nak balik" atau reti jaga diri.
Kes 2
Anas: Ei, tadi hang bagi Isya seringgit je? Cukup kah nak beli apa-apa kat canteen sekolah?
Ijal: Ala, budak perempuan, buat apa nak bagi duit banyak-banyak? Depa ni kalau besak pun bukan boleh harap. Lepas SPM terus kahwin dah elok. Lainlah dengan budak jantan. Ha, depa ni lah boleh tolong kita esok.(diskriminasi)
Dari tahun ke tahun, akhirnya sampai jua ke masa yang dinanti. Anak jantan yang diharap, justeru jadi sampah masyarakat. Hidup Ijal dan bini terpaksa "menumpang kasih" dengan anak perempuan yang selama ini ia abaikan.
Kes 3
Irma: tahniah emi, diatas kelahiran baby yang ke.......(confused)
Emi: ke-13(tersenyum bangga)
Irma:isy, dahsyat betul kan hang ni. Boleh dapat anak banyak tu. Bersalin normal pulak tu. tabik, tabik.
Emi: mestilah, banyak anak kan banyak rezeki. Lagi satu, kalau anak banyak tak rugi tau. Kalau anak 2, mati seorang, tinggal seorang. Kalau anak banyak,.....mati.......ada lagi. Tak la rugi sangat.
Satu persatu Tuhan "ambil balik" amanah-Nya, dengan cara tersendiri. Kering sudah air mata Emi. Kini anak yang ada di sisinya hanya......seorang sahaja. Kira tak rugi kan? Itulah akibatnya kalau "berkira dengan Tuhan.
Kes 4
Refah: Hang ni, anak tak tahu diuntung......kurang ajar. Susah payah aku bela hang. Macam ni kah balasan hang? (marah besar pada si anak angkat) Esok aku mati, satu sen pun hang takkan dapat.............(ayat ini lah selalu sangat diulang-ulang disaat emosinya membuak)
Hingga akhirnya Refah terbaring sakit. Sendirian menahan seksa.
Refah: Malik, tolong ambilkan mak air, nak. Mak dahaga.
Malik:(buat tak kisah. hatinya sudah pun menjadi terlalu kejam dek kata-kata si mak angkat) Awat nak suruh malik pulak. Kan esok u mati satu sen pun aku takkan dapat. So, buat apa nak ber ihsan pulak? (geram sambil berlalu pergi)
Buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat. Buat baik biarlah dengan keikhlasan.
No comments:
Post a Comment