Condemn Israel!!!!!

Saturday, October 31, 2009

Ambisi

Ambisi bermakna cita-cita. Yang membezakan ambisi dengan harapan adalah, ambisi disertai dengan usaha. Rasanya di dunia ini tak da manusia yang tak punya ambisi. Yang membezakan hanyalah tinggi rendahnya ambisi yang nak digapai, besar kecilnya ambisi yang dikejar. Orang yang tak da ambisi maknanya dia belum keluar dari dunia mimpi, hanya setakat berharap tanpa melakukan sesuatu untuk menjadikannya realiti. Mungkin juga orang sebegini bererti sudah bosan hidup di dunia ni, menganggap semua sudah kesampaian tanpa perlu usaha untuk menjadikannya lebih baik lagi.

Orang yang berambisi tinggi atau besar adalah orang-orang yang paling mampu bertahan, berdepan dengan segala cabaran, mampu survive walau hampir ditelan gelombang kesusahan. Orang yang kecil atau rendah ambisinya pula ibarat nyawa-nyawa ikan. Sekejap ada sekejap tiada, mudah terbawa arus. Walau apapun 2 jenis orang ni lebih baik daripada orang tak punya ambisi sama sekali.

Ambisi yang hendak digapai adakalanya tak kesampaian. Masa itulah akal dan hati mencari-cari dimana silapnya. Ada banyak sebabnya.
1. Mungkin niat yang ditanam di hati tak berapa lurus. Mungkin lurus pada awalnya tapi bengkok di penghujung atau pertengahannya. Niat letaknya dalam hati. Ianya berubah mengikut persekitaran semasa. Ambil contoh, anda menolong seseorang, niatnya ikhlas. Tetapi selepas ditolong, orang itu menunjukkan sikap seolah tak peduli pada anda. Sebahagian sisi hati anda akan pertikai"orang ni tak reti terima kasih kah?". Itu adalah pertanda niat anda mula tercemar atau bengkok walau sedikit. Masa itu gunakan ketinggian iman anda untuk menyedarkan diri sendiri dan membetulkan kembali niat anda. Niat yang baik selalunya akan mendapat rahmat dari Allah SWT.

2. Mungkin ambisi yang nak dicapai tak setara atau bahkan kurang dari usaha yang dibuat. Tingkatkan usaha, bekerja keraslah sembari menharapkan keredhaan Allah ta'ala. Takkan berjaya orang yang mengharapkan hasil usaha sendiri dengan mengabaikan pertolongan Allah Ta'ala. Siapa kita yang begitu hebat sehingga tergamak menafikan kuasaNya. Usaha dan tawakkal mestilah setara dengan ambisi yang diimpikan, bahkan kalau boleh lebih, itu lebih baik lagi.

3. Mungkin Allah menghendaki sesuatu yang lebih baik atau terbaik untuk anda. Mungkin Allah menangguhkan masanya hingga tiba masa yang sesuai. Janji Allah itu pasti. Tapi dalam kepastian itu kita mesti sedar bahawa diri kita terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan si Pencipta. Siapa kita yang berlagak tahu mana yang lebih baik untuk kita. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik dan bila yang terbaik itu perlu diberikan kepada hambaNya. Banyakkan sabar adalah kuncinya. Dalam bersabar itu adakalanya kita mengeluh, berkeluh kesah. Itu adalah tabiat lumrah, semula jadi manusia. Tapi dalam keluh kesah itu cuba selitkan sedikit ingatan kepada Allah Ta'ala. Yakinlah Allah takkan lupa pada hambaNya selagi hambaNya tak lupa pada-Nya.

4. Mungkin ambisi tak tercapai kerana ia adalah kafarah, atas dosa-dosa terdahulu. Jangan tanya dosa yang mana satu. Yang penting tanamkan niat untuk bertaubat dan tidak mengulangi dosa-dosa itu lagi. Tuhan Maha Pengampun. Sebelum Ia menganugerahi kebaikan pada diri kita, sudah semestinya Ia menginginkan kita kembali fitrah, suci. Ibarat kita hendak makan, cuci tangan dulu, agar tiada kotoran yang masuk ke dalam badan bersama makanan yang kita makan, agar kebaikan yang berlipat ganda kita perolehi dari makan yang kita makan. Wallahu'alam.

No comments: