Condemn Israel!!!!!

Thursday, October 15, 2009

"Kiblat Politik" Media Kita

Perhimpunan Agung UMNO untuk kesekian kalinya sedang berlangsung. Beritanya memenuhi media cetak dan media elektronik. Nampak gah betul. Tiap minit tertentu ada saja yang menjadi topik hangat. Begitu banyak maklumat yang boleh didapat oleh pembaca mahupun penonton.

Tapi kan ada satu benda yang saya perhatikan agak ganjil. Mengapa kalau parti pembangkang yang buat perhimpunan besar seumpama itu seolah tak berapa menjadi sorotan. Eh, tunggu dulu....saya bukan nak menyokong mana-mana parti. Hanya sahaja terasa macam media kita bertindak kurang adil lah pula dengan pembangkang. Saya pikir, kalau mereka di beri ruang yang cukup dan sama luasnya dengan yang diberikan kepada BN, rasanya tak akan ada siapa yang rugi. Justru rakyat akan jadi lebih mengetahui secara terbuka siapa yang cakap tak serupa bikin. Dan tentu sahaja rakyat akan terlatih untuk menjadi lebih matang dalam dunia politik. Tahu siapa yang mereka pilih untuk mentadbir negara dan tahu apa yang sebenarnya dimahu dari para pentadbir negara.

Jika media tak mahu mengubah "kiblat politik"nya secara lebih adil dan demokratik, maka jangan salahkan siapa-siapa jika pembangkang cari pasal dan menuduh media hanyalah tali barut BN. Rasanya tak ada siapa yang mahu digelar begitu kan?

Tapi kan ada juga muncul soalan.....mungkinkah sebenarnya pembangkang yang asyik menutup diri dari media? Mengapa begitu? Rasanya untuk menjawab soalan ini mungkin perlu diadakan satu forum terbuka antara pembangkang dan pihak media sendiri. Mungkin pembangkang beranggapan pihak media kurang dapat dipercayai atau diragui competency-nya atau boleh jadi, mungkin kerana pihak media beranggapan pembangkang tak berapa "profitable" dari berbagai sudut. Wallahu'alam.

No comments: