Condemn Israel!!!!!

Friday, October 30, 2009

Bulan Bahasa: Masihkah ia sebuah retorika?

Bulan Oktober yang dinobat sebagai Bulan Bahasa sudah pun hampir ke penghujungnya. Seperti tahun-tahun sebelumnya, semaraknya seakan "suam-suam kuku". Antara ada dan tiada. Tanyalah orang-orang di luar sana. Berapa ramai yang terkejut,"Ha, bulan bahasa?" dengan kening terangkat entah terkejut kerana lupa bulan ni bulan bahasa atau terkejut pasal memang tak tahu bila pulak bulan bahasa tu. Samada promosi yang tak berapa gah oleh pihak penganjur atau sememangnya orang kita ni dah tak reti nak "berbahasa", rasanya perlu dijadikan satu soalan untuk kita cari solusinya.

Tengoklah pula berapa ramai di antara kita yang apabila berada dalam satu temu duga, lebih "selesa" bertutur dalam bahasa Inggris daripada bahasa Melayu, walaupun sebetulnya soalan ditanya dalam bahasa Melayu yang sempurna. Lebih menyakitkan lagi suasana persekitaran kita seringkali "memaksa" kita bertutur dalam bahasa Inggris apabila berdepan dengan orang-orang "high class" dalam suatu pertemuan formal. Rasa macam jadi kambing bodoh pula kita dibuatnya apabila bahasa Melayu kita di"lagakan" dengan bahasa Inggris mereka, seolah-olah kita pula yang tak reti bahasa Inggris.

Ada pula diantara kita yang "seronok" sangat berbahasa "gado-gado". I, you, you, I diguna. Kekadang terbit pula soalan dalam minda, dia orang ni memang mahir sangat berbahasa Inggris tapi "tawadhu", tak nak tunjuk sangat kebolehan atau I, you tu sekedar nak tunjuk belagak kononnya mahir walhal tidak. Minta maaf lah, wahai kawan-kawan yang terasa hati, saya memang tak suka dengan orang yang suka membahasakan diri dengan I, you....lebih baik guna saya, kami, awak, kamu. Kalau memang dah kenal lama dengan orang tu tak pa juga, tahulah kita "asam, pedas, busuk, masamnya" tapi bagi yang baru kenal pula, rasa macam diaorang "under estimate" lawan bicara.

Bahasa menunjukkan bangsa. Rasanya kalau nak ikutkan pengalaman chatting dalam dunia cyber ni, ada betulnya istilah tu. Orang Afrika dan sekawasan dengannya, tak pasal-pasal suka sangat menyebut: helo dear, honey dan sejenisnya walhal dia tak kenal kita, kita pun langsung tak tahu siapa dia....plus cheers pada akhir tiap percakapan. Orang UK, britain maksud saya bukan Ulu Kelang, dan yang sama waktu dengannya......suka memulakan dengan hello, how are u doing atau yang seangkatan dengannya...plus bye atau ok pada akhir percakapan.

Yang paling menyakitkan apabila ada saja email spam yang masuk dari sesama Asia. Dah lah tak reti bahasa Inggris, tulis My name is .....pun tunggang terbalik, tapi yang diminta .....be my lover.... atau yang sederajat dengannya. Entah apa-apa yang ada dalam otak si pengirim ni. Bahasa sepatutnya menjadi jambatan kominikasi yang positif untuk kebaikan bukan untuk menghancurkan apalagi memusnahkan tamadun bangsa itu sendiri.

Jadi akhir cerita, kita ucapkan tahniah kepada berbagai pihak yang sudah pun sedaya upaya memeriahkan bulan bahasa ini walaupun seperti sudah menjadi tradisi, sambutannya kurang menggalakkan. Mungkin ini adalah cabaran yang boleh membuat kita bergerak lebih pantas ke hadapan untuk menjadikan Bahasa Malaysia sebagai identiti Negara malaysia. Wallahu'alam.

No comments: