Condemn Israel!!!!!

Thursday, November 26, 2009

Aidil Adha: Sebuah Imbasan

Orang kata hidup ini adalah perjuangan....setiap perjuangan memerlukan pengorbanan. Entah betul, entah tidak pendapat itu, hakikatnya setiap manusia akan melalui fasa itu, suka atau tidak, bersedia ataupun tidak, pengorbanan adalah sesuatu yang hakiki, ibarat sebuah titi menuju sesuatu destinasi.

Besar atau kecil sesebuah pengorbanan hanya boleh diukur oleh orang yang melaluinya atau pernah melaluinya. Dalam pengorbanan itu mungkin ada linangan airmata, titisan peluh bahkan darah. Nilai sebuah pengorbanan pula hanya boleh dinilai oleh orang-orang yang arif menilai menurut timbangan ilmu dan pengalaman hidup masing-masing.

Aidil adha pula kalau nak kita nilai secara mendalam, bukan setakat bahagian dari ritual keagamaan kita. Ia ibarat reminder, ingatan Tuhan kepada hamba-Nya.Sejauh mana manusia sanggup berbuat demi destinasi yang hendak dicapai, akan menjadi tolok ukur nilai pengorbanan itu sendiri. Dalam scope yang kecil, kita banyak berkorban "diri sendiri". Makan hati akibat difitnah dan dipersendakan antara pengorbanan kecil yang kebanyakan kita sudah pun lalui.Tindak balas kita terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita merupakan cerminan keberkesanan erti pengorbanan itu sendiri. Seorang yang arif juga akan menilai bahwa pengorbanan juga ibarat penebus dosa.Siapalah kita, manusia yang dhaif ini....jika tidak berbuat dosa. Kita bukan nabi dan rasul serta ahlul baitnya yang maksum. Dalam keseharian kita tak luput dari dosa. Mungkin dosa yang boleh nampak secara zhahirnya, mungkin juga dosa-dosa yang hanya Allah sahaja yang tahu.

Apapun pengorbanan adalah sesuatu yang tak dapat dinilai dengan kebendaan. Meski adapun hakikatnya nilai sesebuah pengorbanan itu sendiri tak kan pernah setara dengan reward yang diberi. Nilainya hanya boleh diukur oleh Tuhan sendiri,Sang Maha Adil. Wallahu 'alam.

No comments: