Condemn Israel!!!!!

Friday, November 27, 2009

Penting atau Baik?

Jika anda dihadapkan pada 2 pilhan:menjadi orang penting (important person) atau menjadi orang baik (good person).....mana satu pilihan anda?

Pada saya, kedua-duanya adalah satu kemestian dan berkait rapat satu dengan yang lain. Menjadi orang yang baik bererti menjadi seseorang yang mengikut aturan dan norma-norma sedia ada baik norma keagamaan, kemasyarakatan atau lain-lain aturan dalam kehidupan. Meski tak semua boleh diikuti mengingat betapa terhadnya kemampuan kita sebagai manusia, setidaknya seseorang itu boleh dikatakan baik/good apabila ia mampu menjalankan sebahagian besar norma-norma berkenaan.

Menjadi orang penting pula bererti ada satu standard dan skala khas yang menjadi tolok ukurnya. Ia juga terpulang kepada point of view orang yang berada dihadapannya. Menjadi penting bagi seorang pelajar mungkin apabila ia mampu menjadi johan dalam setiap acara sukan, tapi bagi pelajar lain pula menjadi orang penting bererti mampu mencapai prestasi akademik terbaik di sekolahnya.

Menjadi orang yang baik sudah semestinya adalah penting kerana di dunia ini hanya orang-orang baik sahaja yang akan diterima dalam komuniti masyarakat. Tapi menjadi orang penting meski ianya baik, tapi tak selalu juga dikatakan baik. Seorang yang penting dalam sesebuah parti politik tidak semestinya dianggap baik oleh rakan-rakan sesama parti politik, apatah lagi jika nak dibandingkan pula dengan lawan-lawan politik di luar sana. Mungkin sebagai individu ia dianggap baik tapi sebagai seorang politisi apa yang berlaku mungkin sebaliknya.

Hakikatnya di dunia ini semua orang ingin menjadi orang yang baik dan orang yang penting. Acuannya mungkin berbeza-beza, terpulang kepada matlamat yang dikehendaki. Yang paling penting sebenarnya ialah keinginan untuk menjadi baik atau penting itulah yang akan menjana produktivity dan nilai keberkesanan dari tiap-tiap aktivity yang seseorang itu lakukan . Wallahu'alam.

No comments: