Condemn Israel!!!!!

Wednesday, January 27, 2010

Mengaibkan Orang Lain:Seronok Kah?

Tanah makam masih merah, air mata belum kering, esak tangis belum pun berhenti tapi.....hanya dalam tempoh sehari semalam, sudah pun ada yang begitu lancang mengaibkan Allahuyarham Baginda Sultan Johor ke-4. Masya Allah, nampaknya akal dan hati nurani sudah bukan lagi menjadi tolok ukur perbuatan seseorang. Ramai yang mengetahui perkara ini, namun ramai pula yang sebetulnya tertanya-tanya: apa ke benda ni?.....berkat tindakan pantas pihak berkuasa demi menjaga maruah kerabat diraja dan nama baik Malaysia tentunya. Alhamdulillah.

Yang saya fahami, dalam Islam hanya ada 2 sebab aib seseorang itu perlu dibuka: pertama, apabila kita hendak menghindarkan seseorang itu dari tertimpa masalah yang lebih besar. Umpamanya, rakan kita A berkenalan dengan B, seorang ceti haram, sedangkan A tidak mengetahuinya. Untuk menghindarkan A dari kemungkinan "terjebak" oleh B, maka adalah patut kita bagi tahu A perkara sebenar agar A boleh menghindarkan diri dari B. Kedua, apabila kita berada dalam proses mahkamah, itu pun tentu sahaja mesti disertai dengan fakta dan bukti yang kukuh.

Kalau kita mengaibkan seseorang yang masih hidup, hakikatnya 99 peratus, orang berkenaan masih ada peluang untuk membela diri, benar atau salah...itu sendiri punya pasal. Tapi kalau kita mengaibkan orang yang sudah mati, apa yang kita harapkan? Adakah kita berharap orang itu akan bangkit dari kubur lalu menyatakan semua kebenaran? Tentu mustahil kan? Kalau anda tempatkan diri dalam posisi sebagai ahli keluarga si mati, apa yang anda rasakan? Tentu sahaja malu, marah dan berbagai perasaan lain bercampur dalam hati.

Besar macam mana pun kebencian kita pada seseorang,tak kiralah pada yang masih hidup atau pun yang sudah meninggal dunia, gunakanlah sedikit timbangan akal budi. Janganlah rasa seronok meluahkan kebencian dan kemarahan dengan membuka aib seseorang. Seandainya perkara sedemikian berlaku pada diri sendiri, tentu anda pun akan merasakan "pahit" nya juga.Fikir dulu sebelum bertindak, jangan sampai kemarahan dan kebencian kita menjadi penghalang kita untuk berbuat ehsan. Tidak akan mulia, orang yang suka menghinakan orang lain dan tidak akan hina, orang yang suka memuliakan orang lain. Wallahu'alam.

No comments: