Saya sangat menyukai buku-buku yang berunsur sains futuristik. Mungkin atas sebab itulah saya pun sangat menyukai sebuah drama bersiri The X File, pada satu ketika dulu, meski ceritanya tak lah sehebat mana ketika diangkat ke layar perak. Sekarang sudah pun ada drama bersiri yang hampir serupa, ditayangkan di NTV7....Fringe. Bezanya ialah, dalam The X File semua kes berakhir dengan penuh misteri, tak terungkai. Tapi dalam Fringe, meski tak diketahui apa dan mengapa, setidaknya ada penyelesaian dalam setiap kes yang berlaku.
Sains pada saya adalah sesuatu yang menakjubkan.Apatah dalam Al Quran sendiri, ada begitu banyak sains, baik yang sudah pun terungkai maupun yang masih menjadi tanda tanya. Sains pertama yang saya kenal dari dalam Al Quran adalah mengenai proses terjadinya hujan. Sungguh menakjubkan dan sejak saat itulah minat saya pada bidang sains begitu mendalam, meski tak berkesempatan memperoleh pendidikan dalam bidang itu.
Satu ketika dahulu, ketika signature atau tanda tangan dianggap milik mat saleh sahaja, finger print atau cap jari sering diguna pakai untuk menandatangani dokumen penting. Walhal pada masa itu belum wujud alat pengimbas finger print, sehingga kerap berlaku penipuan seperti perpindahan hak milik atas sesuatu barang dek kerana finger print yang serupa tapi tak sama. Tapi sekarang, finger print bukan setakat penanda identiti seseorang, tapi juga boleh membantu untuk merungkai sesuatu jenayah.
Masa berlalu dengan pantas. Sedikit demi sedikit sains mencapai kemuncaknya. Tengok sahaja Jepun. Dulu my father pernah berkata "negara yang paling maju dalam teknologi kelak adalah Jepun, kerana kesungguhan mereka dalam bidang sains." Dan ternyata kata-kata beliau benar. Sebut sahaja Jepun, sedar atau tidak sedar, perkara pertama yang terlintas dalam minda adalah "robot" atau paling tidak pun "doraemon" si robot canggih dari masa depan.
Guru Geography saya pun pernah berkata" siapa nak tempah lot kat bulan? Bumi ni penuh dah....". Masa tu semua siswa termasuklah saya, tertawa besar di buatnya. Tapi ternyata apa yang beliau katakan boleh dikatakan hampir mendekati kebenaran. Melancong ke bulan, sudah bukan perkara mustahil meski tentunya hanya orang-orang yang benar-benar ber "wang" yang mampu mencapainya.Tiada yang mustahil dalam bidang sains, semuanya terpulang kepada masa dan kesungguhan kita menerokainya.
Akan tetapi di sebalik itu, mungkin ada juga sedikit kebimbangan sama ada sains sedia ada hanya akan memberi faedah kepada masyarakat secara amnya atau mungkin kah ianya digunakan oleh tangan-tangan jahil dan jahat untuk berbuat kerusakan di muka bumi ini. Seperti terciptanya bom atom yang telah pun menjadi sejarah hitam yang menghancurleburkan Hiroshima dan Nagasaki. Mungkinkah sains juga digunakan untuk mencipta sesuatu yang melawan kudrat dan Iradat Ilahi seperti klon pada haiwan dan tumbuhan, bahkan kabarnya ada pula manusia yang diklon kan untuk tujuan yang sebetulnya dibimbangi justru akan menimbulkan lebih banyak kerusakan di muka bumi ini.
Apapun, sebagai umat Islam, kita harus berpegang bahwa ada had dalam setiap perkara. Tuhan ciptakan sains adalah agar manusia mahu berpikir untuk kehidupan yang lebih baik, dalam batasan Iman tentunya, bukan untuk menciptakan huru hara atau bahkan sengaja memusnahkan segolongan manusia lain demi kepentingan pihak-pihak tertentu seperti yang dilakukan oleh Zionis Israel yang tergamak menggunakan bom kimia untuk menghancurbinasakan rakyat Palestine yang jumlahnya tidak seberapa itu, yang kebanyakannya adalah anak-anak kecil, wanita dan orang tua. Wallahu'alam.
1 comment:
Umat Islam seharusnya mengusai semua ilmu sains dan teknologi terkini. Lihat sahaja negara Iran yang walau pun dalam serba kekurangan, mereka mampu mengusai teknolgi yang canggih
Post a Comment