Condemn Israel!!!!!

Saturday, October 16, 2010

Catatan Perjalanan 2010

Minggu lepas ,perjalanan kami kembali ke tanah kelahiran saya di Indonesia dimulakan dari perlis-Alor Star-KL-Jakarta-Palembang. Perjalanan yang cukup melelahkan kerana secara keseluruhan harus 6 kali menaiki pesawat terbang (pulang dan pergi). Nasib baik, anak-anak kami dah cukup besar, taklah meragam sangat, kecuali ketika beberapa kali penerbangan kena tangguh kerana ada yang kena serangan sakit jantung lah, cuaca tak menentu lah dan masalah akomodasi airlines berkenaan.

Kalau lah boleh memberi sedikit penilaian, rasanya tak salah jika dikatakan airlines dari rantau Asia dikenal sebagai airlines yang ramah mesra sehingga penumpang pun merasa sangat "dimanjakan", berbeza dengan airlines dari luar rantau Asia yang ...(maaf-maaf)....mungkin ini semata-mata berdasarkan pengalaman pribadi beberapa orang sahaja.....dikenal agak arogan dan sedikit racist.

Meski begitu,antara negara yang satu dengan negara yang lain, tetap sahaja akan timbul perbezaan yang cukup ketara, mungkin kerana perbezaan adat resam atau juga mentality dan budaya kerja yang diterapkan di masing-masing airlines. Singkat kata, seeing is believing..... hehehe........

Berdasarkan pendapat dan pandangan dari media massa tempatan dan beberapa orang yang sempat saya temui, dalam tempoh 10 tahun terakhir, Indonesia telah pun mencapai tahap kemajuan yang cukup memberangsangkan.

Dalam bidang ekonomi, ada peningkatan yang cukup ketara pada sektor pendapatan perkapita penduduk.Indonesia kembali dilihat sebagai negara yang mempunyai prospek cerah untuk menanamkan modal dan sektor perniagaan, baik oleh investor tempatan mahupun luar negara.

Dalam bidang sosial, meski kelibat peminta sedekah,anak-anak jalanan dan sejenisnya, masih ramai, saya difahamkan Pemerintah RI sudah pun berusaha menekan gejala sosial sedia ada. Perlu masa dan kerja keras dari semua pihak untuk mewujudkan Indonesia yang "bersih". Paling tidak pun jurang ekonomi dan sosial antara the have dan the have not perlu dipersempit dan memakmurkan seluruh rakyat haruslah menjadi priority utama pemerintahan SBY.

Meski begitu,sebagaimana negara-negara lain, Indonesia tetap tak sunyi dari masalah. Konflik antara agama misalnya, masih tetap ibarat api dalam sekam. Satu isu sensitif yang perlu ditangani sedari dini dengan penuh kehati-hatian.

Parti-parti politik yang mewakili aspirasi rakyat tempatan pula dikatakan seakan "lupa diri" sehingga sering lupa (meski tidak semua) dengan janji-janji manis yang pernah ditebar sepanjang pilihan raya umum (PEMILU). Ketidakpuasan rakyat tempatan tentang perkara ini dan itu sepatutnya tidak dipandang mudah kerana siapalah wakil rakyat jika tidak dipilih dan diberi mandat oleh rakyat.

Seiring dengan peningkatan pendapatan perkapita, harga barang pun naik. Kenaikan yang cukup ketara, apalagi jika melibatkan barang-barang keperluan harian yang sepatutnya masuk dalam kategori barang kawalan seperti beras dan minyak masak.Saya yakin pemerintah RI perlu menetapkan satu standard dan kinerja yang lebih efektif dan efisien untuk mengawal harga barang agar tidak melambung terlalu tinggi terutama pada musim-musim perayaan.

Pemerintah RI masih giat melakukan pembangunan di merata tempat. Sekolah, pejabat dan kawasan perumahan menjadi keutamaan. Sarana dan prasarana lainnya seperti lebuh raya, hospital, stesen bus dan kereta api adalah antara yang turut menjadi fokus pembaikpulihan. Meski tidak dinafikan ada rungutan dan rasa ketidakselesaan rakyat dek kerana pembangunan yang tertangguh atau terlalu lambat.

Sektor pelancongan tempatan pula mengalami peningkatan yang sangat memberangsangkan. Nampaknya usaha pemerintah RI untuk mewujudkan Indonesia yang damai dan selamat patut dikalungi tahniah. Berbagai paket pelancongan dengan harga bervariasi boleh anda dapati di sana.

Singkat cerita, ada banyak lagi agenda kerja pemerintah RI yang perlu segera dilaksanakan. Perlu azzam yang kuat dan kerja keras dari segenap lapisan rakyatnya untuk mencapai Indonesia yang makmur dan damai. Pembangunan modal insan perlu diberi tumpuan lebih kerana generasi muda adalah penerus misi dan visi perjuangan dan pembangunan negara. Saya difahamkan ramai pelajar dari Indonesia mengambil course/study di Malaysia dan demikian juga sebaliknya, ramai pula rakyat Malaysia yang memilih Indonesia sebagai tempat untuk melanjutkan pelajaran. Memelihara hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara serantau juga patut menjadi keutamaan kerana pembangunan tidak akan dapat dilakukan dengan baik jika negara dalam keadaan huru hara. Wallahu'alam.

No comments: