Condemn Israel!!!!!

Tuesday, October 5, 2010

Tren Jenayah Kejam

Saban tahun, saban bulan, saban hari ….dunia seolah tak pernah sunyi dari berita jenayah.Bukan setakat kes curi dan rompak, malah jenayah siber pun makin berleluasa. Singkat kata singkat cerita, makin canggih peredaran masa dan zaman, makin dahsyat pula jenayahnya. Mengapa ini boleh berlaku?
Kalau boleh kita buka sedikit minda dan hati kita, ada beberapa perkara yang mungkin boleh menjadi bahan renungan.

Pertama. Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi semasa membuatkan ibu bapa semakin sibuk dalam dunia kerjaya. Disedari atau tidak, anak-anak mula terabaikan. Mungkin tidak secara materil atau keperluan hariannya, tapi hati dan minda mereka dahagakan kasih sayang, belai manja dari kedua ibu bapa. Sesetengah budak mungkin dianggap cukup bertuah kerana yang menjaga adalah dari lingkungan keluarga sendiri (datuk/nenek, pakcik/makcik) yang memiliki pertalian darah/kekeluargaan rapat dengan ibu bapa mereka. Tapi bagaimana pula yang dari awal pagi, lepas subuh sudah pun kena hantar kat pusat asuhan anak-anak atau mungkin jiran tetangga yang mengambil upahan sebagai pengasuh budak? Bukanlah kita nak pertikai kebolehpercayaan mereka untuk menjaga anak-anak kita, tapi bukan semua boleh dipercaya. Bayangkan jika dalam sebuah pusat asuhan anak-anak dah pun ada 8-10 orang budak tapi pada satu-satu masa, penjaga/ pengasuh tak cukup .Perkara buruk, mungkin sahaja berlaku. Bayangkan pula jika makcik jiran yang kepadanya kita percayakan untuk mengasuh anak-anak kita, tanpa kita sedari telah pun menjangkiti anak-anak kita dengan perangai suka bergosip, suka mengumpat orang lain dan lain-lain perangai buruk. Budak kecil cukup senang untuk meniru apa sahaja yang mereka dengar, mereka lihat apalagi jika perkara sedemikian berlaku saban hari. Bukanlah satu kesalahan jika ibu bapa hendak menumpukan pada kerjaya, tapi hendaklah pandai membagi masa dan perhatian. Sekali sekala ambillah peluang untuk mendengar keluh kesah, rungutan dan rajukan anak-anak kita, tak kiralah berapa pun usia mereka. Jalinan komunikasi yang baik selalunya akan memberikan bukan setakat ikatan emosi dan moral yang baik pula antara ibu bapa dan anak-anak, tetapi juga menjadi perisai untk melindungi anak-anak kita dari perkara- perkara buruk di luar sana.

Kedua. Sesetengah orang sukakan film atau cerita tv yang berunsur kejam dan menakutkan. Seronok, boleh merangsang adrenalin,kononnya. Disedari atau tidak, minda yang selalu diisi dengan “sampah” pada akhirnya melahirkan perangai/perbuatan “sampah” juga. Kita perlukan hiburan yang bukan setakat sedap ditengok atau didengar tapi juga mendidik. Sayangnya dunia hiburan kita masih ketandusan dengan idea-idea sedemikian. Jadi tak heranlah kalau ada penjenayah yang membuat aksi yang dia tiru dari sesebuah cerita dalam tv. Tak heranlah pula jika banyak kes di luar negara dimana kes tembakan rambang di institusi pendidikan kerap berlaku. Remaja mana yang tak rasa suspen, kalau tengok dalam tv yang menggambarkan seolah menembak atau membunuh adalah sesuatu yang menyeronokkan? Harap-harap kes sedemikian tidak berlaku di tanah air ini. Na’udzubillah.

Apapun bentuknya, jenayah kejam bukanlah sesuatu yang patut menjadi tren. Hatta, jenayah itu sendiri bukanlah sesuatu yang kita ingini. Semua pihak perlu bergandeng bahu untuk meminimakan kes-kes jenayah. Kesedaran dan tanggung jawab moral sebagai bagian dari masyarakat perlu dibina dalam diri tiap individu. Masalah jenayah tidak akan selesai begitu sahaja dengan meletakkan tanggung jawab sepenuhnya kepada sesetengah pihak. Perlu azzam yang kuat,kerja sama yang erat dan kebersamaan yang kukuh dari setiap anggota masyarakat. Wallahu’alam.

No comments: