"Awat baru sekarang, Pakcik? Selama ini tak sedar kah?............Itu "komen minda" saya ketika TV3 menayangkan Donald Trump yang dikatakan mempertikaikan latar belakang Obama yang menurutnya beliau dulunya adalah seorang pelajar yang teruk, tapi mengapa pula boleh menjadi graduan sebuah universiti terkemuka dunia.
Sepatutnya pertikailah si obama ketika dia belum lagi berada di puncak kekuasaan. Apakah selama ini semua orang tak nampak "teruk-nya" atau adakah semua orang sengaja menutup mata demi mencapai matlamat tertentu?
Tapi kalau dipandang dari sudut positifnya, paling tidak pun kita boleh kata....hanya orang berkaliber seperti Donald Trump lah yang patut,layak dan berani "berterus terang"sedemikian. Orang sehebat beliau takkan merasai impak negatifnya meski diamuk oleh kemarahan Obama misalnya. Manakan tidak, Donald Trump memiliki hampir segalanya dalam dunia bisnis, yang tentu sahaja itu bererti kejatuhan Trump Dinasty adalah kejatuhan USA juga.
Kedua, meski agak terlambat, pada akhirnya ada juga yang mahu melihat dan berkata jujur mengenai seseorang yang berprofail tinggi seperti Obama. Saya yakin, selepas ini akan lebih ramai suara-suara yang mempertikaikan pemimpin besar USA itu. kalau bukan bab latar belakang pun, bab cara pemerintahannya yang tetap mempertahankan kebijakan "double standard' ala USA pun dah kira cukup baik.
Apapun, kita harapkan yang terbaik untuk dunia kita ini. Semoga kasih sayang Allah sentiasa menaungi hamba-hamba-Nya yang lemah ini.Wallahu'alam.
1 comment:
takpelah diorang tu
yang penting kita pun belajar juga k
Post a Comment