Pernahkah anda membaca sebuah buku bertajuk "Dialog Dengan Jin Muslim"? Saya tak berapa ingat siapa penulisnya, tapi saya sudah berkali-kali membaca buku berkenaan sejak pertama kali diterbitkan di Indonesia pada sekitar tahun 90-an. Sebagaimana tajuknya, isinya tentang dialog dengan jin muslim tentunya. Buku itu pernah begitu popular apatah lagi pada masa itu ramai yang "terkena" buatan orang dan ramai juga yang beria-ia nak menuntut ilmu "hitam" dengan tujuan tertentu.
Kali ini saya nak membahas sedikit tentang 2 buah drama bersiri di televisyen: Pushing Daisies dan Ghost Whisperer. Kalaulah saya boleh berjumpa dengan si producer, teringin saya nak soal dia, apa tujuan pembikinan kedua drama ini. Apa sebenarnya message yang ingin mereka sampaikan kepada penonton. Adakah setakat hiburan atau ada unsur lain yang mereka selitkan.Dalam Ghost Whisperer, watak utamanya mempunyai kebolehan untuk melihat dan berdialog dengan ruh orang yang sudah mati, menjadi mediator antara si hantu dan manusia. Alahai, hebat sungguh. Makin hebat, hantu-hantu itu ada kalanya digambarkan berpakaian serba mewah dan seksi, boleh naik kapal pesiar bahkan menikmati hidup alam gaib yang tak berapa beza dengan alam nyata manusia yang masih hidup. Tak kira siang atau malam, mereka boleh keluar dan bersukaria dan main kacau orang sesuka hati, tak kira masa.
Teringat saya dengan pembikinan Puntianak Harum Sundal Malam 2. Ketika itu ramai yang mengkritik, pasal apa si puntianak cantik keluar pada waktu siang, di saat matahari terang benderang, kurang seramlah ia. Hm, Film negara sendiri kita boleh kutuk macam-macam, tapi adakah di antara kita yang kutuk film dan drama buatan mat saleh? Semua pakat enjoy dan tengok je, no comment at all.
Bukan semua orang dianugerahi dengan kemampuan yang bersifat supernatural. kalau ada pun, bukan semuanya asli dan bukan semuanya bertujuan baik. Yang patut kita sedari adalah bahwa kehidupan sesudah mati itu memanglah wujud, tapi taklah "semewah" gambaran dalam Ghost whisperer. Kita juga patut memahami bahwa mati bukanlah akhir dari segalanya. Mati bukanlah satu penyelesaian, sehingga satu ketika dulu ramai anak muda yang terlalu berputus asa lalu nekad memilih bunuh diri sebagai jalan.
Pushing Daisies pula, meski ada terselit unsur humour di dalamnya, makin membuat penonton celaru. Watak utamanya seorang laki-laki, pembuat pai yang mampu menghidupkan dan mematikan kembali seseorang hanya dengan sentuhan jari telunjuk. Hebat betul, kan? Kalaulah saya mempunyai kemampuan serupa itu, perkara pertama yang ingin saya buat adalah menghidupkan kembali semua rakyat palestine,beserta para pejuangnya plus syahidin Hizbullah. Sebagai ganti, ambil nyawa zionis Israel. Senang kan? Tak payah berperang, tak da lagi penderitaan.
Nyawa bukanlah sesuatu yang dapat ditukar ganti sesuka hati ibarat spare part kereta. Sekali ia hilang, maka hilanglah ia selamanya. Mempercayai sesorang itu boleh mati dan hidup kembali sesuka hati dek kerana sesuatu seumpama jari telunjuk,dibimbangi boleh membawa kita ke jalan kekufuran. Kalaulah ada perkara semudah itu, tentu ramai yang nak menggunakannya. Akhirnya makin kacau bilaulah dunia. Silap hari bulan, lebih ramai orang jahat yang hidup daripada orang baik. Na'udzubillah.
Ada kalanya ketika kita menonton sesuatu rancangan di tv, kita perlu bersikap lebih kritis, ertinya tidak menelan mentah-mentah apa yang mereka hidangkan untuk tatapan mata kita. Daripada tengok drama yang tak ketahuan hujung pangkalnya lebih baik cari aktiviti lain yang lebih bermanfaat atau paling tidak pun tidur..... Itu lebih baik daripada mengahabiskan masa dengan sia-sia. Sedar atau tidak, adakalanya apa yang dsuguhkan dalam sesebuah drama atau film, ibarat menjual mimpi,penonton dibuai dengan sesuatu yang indah tapi hakikatnya perkara serupa itu tak kan pernah berlaku. Producer dapat wang bertan-tan denga hasil karyanya, penonton pula...cuma dapat....message kosong. So pikir-pikirkanlah. Walllahu'alam.
1 comment:
Banyak hal yang kita salah pengertian mengenai jin.
Kalau dalam drama tv berkisar cerita hantu jin dsbnya sebenarnya akan memesongkan pengertian alam ghaib.Itu hanya cerita dongeng saja.
Begitu juga ayat yang mengatakan "sejahat-jahat manusia itulah sebaik-baik jin" pun salah kerana alquran sendiri menceritakan mengenai keimanan jin contohnya jin afrait yang beriman pada nabi allas sulaiman.
Adapun jin jahat disebakan mereka ini dihasut oleh iblis dan digunakan untuk mengganggu manusia. Maka kita sentiasa memohon pada allah dilindungi dari jin dan syaaiton yang direjam. Syaiton adalah samada manusia atau jin yang mengikut telunjuk iblis.
Jin dan syaiton dan iblis tidak mampu untuk menghasut dan melemahkan manusia yang beriman(mukmin. Sejarah yang mengatakan rasul pernah di santau oleh Labid yang menggunakan jin dan syaiton adalah dusta sama sekali.
Post a Comment