Ketika masih di sekolah rendah, th 80-an, saya kerap "mengikuti" perbahasan krisis Iran-Iraq ala arwah Tok Wan dan rakan-rakannya. Sebut saja Iran......nampak senyuman sinis itu.Sebut saja Iraq.......nampak sokongan padu. Hm......no comment, masa tu saya terlalu "kecil" untuk memahami makna ekspresi itu.
Ketika masih di sekolah menengah tingkatan 1-3, dalam majelis ta'lim tiap Jumat,ada satu soalan yang kerap diulang-ulang......."Negara manakah yang digelar negara Pengganas?".......Hm, jawabnya........ Iran. Entah apa sebabnya tiada siapa yang berani bertanya, mungkin masa tu minda dan semangat kami masih terlalu "kerdil".
Ketika masih di tingkatan 4-6,.......soalan yang sama kerap diulang, tapi dengan sedikit kelainan......"Negara manakah yang digelar Negara Pengganas........oleh Amerika Syarikat?"......Oh, ternyata.... Negara Uncle Sam, yang "mencipta" gelaran itu. Masa tu, minda dan semangat kami mula tercabar. WHY atau Mengapa? adalah antara soalan responsif yang kerap kami tanyakan pada guru agama bahkan para ustad/ustadzah. Sayangnya,jawabannya tak berapa memuaskan. "Tergantung" alias hanging tanpa tujuan, seolah takut merungkai makna dan hakikat sebenar. Hm.....kami mula mencari-cari jawabnya sendiri...dengan instinc dan semangat kami sebagai orang muda yang "baru mula mengenal dunia".
Ketika di alam university....ibarat memasuki samudera nan luas, begitu banyak pendedahan, begitu banyak pengalaman yang kami terokai. Sedikit demi sedikit semuanya mewarnai jiwa kami, memuaskan dahaga minda kami. Tahulah kami...oh, ternyata begitu besar kebencian Amerika Syarikat dan sekutunya pada Islam. Barat adalah musuh Islam.....itu yang terpatri dalam jiwa kami.
Ketika berlaku serangan 9/11, di New York.......Hidup Al Qaeda, Hidup Osama bin Laden, mampus Amerika.....itu antara laungan yang kerap kami dengar. Begitu ramai orang yang memakai t-shirt atau apapun aksesoris dengan gambar Osama bin Laden. Dia dipuja bak Wira.
Tapi apa yang berlaku selepas itu......Islam semakin dibenci, Muslim bukan setakat dimaki tapi juga "dimusnahkan"......sedarlah kami, oh, ternyata ada sisi gelap dalam jiwa kami.....mengapa kami "merestui" keganasan ala Osama ini? Inikah yang dinamakan Islam Rahmatan lil 'alamin? Astagfirullah......mengapa kita terpesong sejauh ini? Menghalalkan segala cara untuk menegakkan Izzah Islam?
Ketika invasi Amerika Syarikat berlaku atas Iraq.....hati kami seakan berbelah bagi.......kesiannya rakyat Iraq, belum pun kebah luka akibat krisis Teluk, sudahpun terluka lagi, bahkan lebih teruk lagi kali ini.....tapi, inilah harga yang harus dibayar oleh kezaliman Saddam Hussain....tapi, mengapa harus Amerika Syarikat yang mesti turun tangan? Tak adakah negara Islam yang boleh "menyedarkannya" tanpa harus menumpahkan darah dan air mata rakyat Iraq?.......Soalan demi soalan bermain dalam minda kami sambil mata ini hanya mampu menangisi nasib sesama muslim di Iraq.
Ketika Zionis Israel menjajah Palestine, Ketika Mesir dan Israel "sepakat" membina tembok pemisah, ketika ramai lagi negara Islam yang di "invasi" oleh Amerika Syarikat dan sekutunya.......masih butakah mata ini untuk melihat siapa pengganas sebenar?
Masih butakah juga hati ini untuk mengakui ada kalanya kita lebih memilih "jalan keganasan" ala Taliban atau Ala Osama atau ala Al Qaeda sebagai solusi?
Tidakkah jika kita memilih "keganasan" sebagai solusi bererti kita pun adalah pengganas...meski hanya seurat benang? Jawabnya......mari pikir-pikirkan sendiri......
2 comments:
Solawat dan terus banyakan solawat pada Rasul dan ahlul baitnya.
Selagi kita tidak mendapat kebenaran, maka keganasan akan berlarutan. Banyak hadis akhir zaman yang menceritakan akan berlaku perperangan sesama umat Islam dan keganasan dan kezaliman yang luar biasa. Sesungguhnya Nabi Isa as dan Imam Mehdi as merupakan insan yang akan membawa kebenaran dan memenangkan umat Islam.
Post a Comment