Pejam celik, pejam celik.....tak terasa masa berlalu bagitu pantas. Ibarat sepohon pokok kecil yang kita tanam di sebidang tanah, kini ianya mula berbunga. Mengimbas apa yang berlaku di belakang kita, ada kalanya menerbitkan rasa gundah, seronok, kehilangan dan lain-lain rasa yang mungkin, bukan kita seorang rasakan tetapi juga orang-orang terdekat kita yang sama waktu dan nasib dengan kita.
Banyak perkara yang dirancang mungkin telah tercapai, mungkin juga menemui kegagalan atau mungkin malah langsung terabai, bukan semata-mata dek kerana kegagalan teknikal kita sebagai insan, tetapi juga kerana ianya ada kuasa Tuhan disebaliknya. Sesuatu yang takkan pernah boleh kita nafikan atau pun kita cabar kuasa-Nya.
Seandainya kita mampu menyoal diri sendiri dengan lebih jujur, mungkin ada rasa kesal yang tak berkesudahan, ada kebahagian yang tak terungkap dengan kalam, ada juga tanda tanya besar mengenai apa yang telah berlaku. Apapun, mari kita jadikan ia sebuah batu anjakan untuk kita menjadi lebih baik di masa hadapan.
Segulung harapan di masa hadapan boleh kita bentang sekarang, dengan sejuta impian di dalamnya. Tetapi seperkara yang perlu diingat sentiasa ialah....manusia merancang, Tuhan yang menentukan. Wallahu'alam.
let's share our knowledge,opinion and experiences. May we become better people for ourselves and for people around us.
Condemn Israel!!!!!
Thursday, December 10, 2009
Sunday, December 6, 2009
Boikot: Masihkah ia bermusim?
Saya kerap menerima email yang mengajak untuk memboikot negara tertentu atau produk-produk tertentu terutamanya apabila berlaku satu-satu kes yang berhubung kait dengan pencemaran kesucian Islam, Rasulullah dan muslim secara amnya.
Sudah lali...mungkin itu ungkapan yang tepat apabila saya menerima email sedemikian. Bukan lali kerana jemu dengan email-email terbabit, tetapi mungkin itulah keadaan psikologi umat muslim kita. Sebut saja produk ini dan itu...perkara pertama yang mungkin orang buat adalah menunjukkan mimik muka menyampah atau mungkin juga buat tak tahu atau tak peduli dengan apa yang berlaku.
Saya Bersyukur kerana dari sekian banyak muslim di dunia ini, saya adalah antara orang yang tak berapa minat dengan produk-produk luar negara. Alasannya mungkin kerana harganya terlalu mahal, mungkin juga kerana tak mau dipandang elite atau mungkin juga kerana memang tak pernah menjumpai produk berkenaan di pasaran tempat saya tinggal. Tapi bagaimana pula dengan orang-orang di luar sana, terutama yang tinggal di kawasan bandar dan metropolitan, mereka lebih terdedah dengan produk-produk sedemikian, bahkan kalau lah mereka mahu sedikit jujur mungkin malah ada yang tak mampu hidup tanpa produk-produk luar negara, khasnya buatan non muslim, yang menindas Islam, dek kerana mahu dipandang high class dalam carta status sosialnya.
Saya sungguh memahami ada segelintir produk yang tidak mampu atau dalam bahasa yang lebih halus, belum mampu dihasilkan sendiri oleh negara kita, utamanya oleh umat Islam sendiri dek kerana modal yang terlalu besar, teknologi yang tertinggal jauh atau mungkin juga kerana permintaanya tidak terlalu menggalakkan. Tapi itu bukanlah alasan untuk suka-suka mengguna produk non muslim, apatah lagi jika dengan jelasnya kita boleh nampak betapa angkuhnya mereka terhadap Islam dan umat Islam.
Rasanya sudah masanya kita tanamkan dalam hati dan minda bahwa gerakan boikoit produk atau barangan non muslim, khasnya para pembenci islam, bukanlah satu perkara bermusim, yang sekejap ada dan sekejap tiada. Jadikan ianya satu platform untuk menyedarkan mereka itu bahwa Islam dan Muslim tidaklah selemah yang mereka sangkakan.Mari kita mencintai produk negara sendiri dan berpegang pada prinsip produk yang halalan toyyiban. Wallahu'alam.

Thursday, December 3, 2009
Islamic Story 7: The Burnt Finger
Once, there was a man. A few years ago, he traveled to a far flung village on foot to recover a loan he had given to a friend but who was delaying the payment.
In route, he saw a blind beggar who would start pleading for alms whenever he heard footsteps close by. This man felt pity but had nothing on him and so told the beggar that he was off to recover a loan and if he returned successful, he would give him one silver rupee (a great sum in those days).
As luck would have it, his friend not only gave him a bagful of 100 coins, he also acted the wonderful host and fed him well. Therefore, on the way back, he stopped by the beggar and gave him the promised one silver rupee. The beggar thanked him but requested that if he just be allowed to handle a hundred rupees since he had never experienced how so much money felt in the hand (there were no paper notes currency at those times).
The man obliged and the beggar played with it for a while. But when the man asked for the bag, since he was getting late, the beggar started wailing that a blind man was being deprived of his money. A crowd got around them and despite the man's explanation, sided with the beggar and shoed this man away. A plan occurred to him... He made a detour and came back and hid in a patch of sugarcanes and waited to see the beggar's next move.
As evening approached, the beggar groped his way to a concealed tree trunk, dug a little earth that revealed an earthenware vessel and having dropped the bag in it, covered it again with the displaced earth. He then left for his thatched hut in the close vicinity. At nightfall, the man went to the spot, dug out the vessel and made for home.
There he counted the total money, which came to Rupees 180, an extra 80 Rupees. He decided to keep the extra illegal money. But a problem arose... He started getting dreadful dreams, the beggar figuring in each and demanding his money. When he could no longer stand it, he took off one day for the place where he had met the beggar. There, he was told that the beggar had become mad shouting 'My money, my money,' and had died.
So this man did the next best thing that occurred to him. He again waited for the night, opened the grave and sprinkled the shrouded body with Rupees 80 and marched back home after restoring the grave. Days went uneventfully by, till bad luck struck our man again. His animals began to die, his crop did not bear fruit and he was literally starving. He thought why not tide over the bad time by using those 80 rupees and return them when better days arrive.
He justified it to himself that the dead beggar could do without them since he was in no hurry to shop around with his money. Thus he made another trip and re-opened the grave and found the silver coins sparkle in the moonlight. But as he picked the first coin, it felt to him as if he had caught a burning red-hot coal in the finger and the thumb and ever since that day, his finger and thumb got burnt very badly...
Having read this I remembered a story my teacher had told me when I was in Madrassah: In ancient Sindh there was a legendry figure called Devta Faqir.
One day Devta's mother asked him to bring fire from the neighbours or anybody in the village to cook food (there were no matches then). He went all over but as luck would have it, he couldn't find a single live ember. So he told his mother that he shall go and bring it from the hell. When he went there, the gate-keeper of hell chided him and said, 'Who told you we have fire here? We have none... Everybody coming here brings his own.'
Having read this, I am thinking. How much fire do we all collect for ourselves during our lifetimes? The eighty coins on the stiff. The single coin that gave the man an incurable burn. The millions,the billions, the politicians, the generals, the bureaucrats and the businessmen rob off the people! How much fire will that be...?

Sunday, November 29, 2009
The Kingdom of Heaven: Realitinya tetap menyayat hati
Sempena Aidil Adha, elok juga TV2 menayangkan film di atas. Adalah juga hiburan, meski sebetulnya jauh di lubuk hati yang paling dalam, saya tak berapa suka film sebegini diangkat ke permukaan apalagi oleh orang-orang non muslim. salah satu alasannya adalah, kerana kerapkali film sebegini justru memesongkan pandangan dunia terhadap muslim dan Islam. Alur sinematography yang cukup menarik, tak terputus-putus, mungkin merupakan satu daya tarikan tersendiri tapi minta maaflah, saya tak bermaksud membahas film ini dari sisi sinemanya tapi lebih kepada nilai-nilai yang cuba diketengahkan oleh si pengarah film.
Meski gambaran tentang Islam dan muslim cuba diketengahkan sejelas mungkin, hakikatnya saya sendiri rasa celaru menilai mana satu fakta sebenar. Terlalu banyak bunga-bunga cinta, rempah ratus ritual keagaaman dan bumbu-bumbu peperangan justru seakan menjual mimpi kepada penonton. Salahuddin pula digambarkan sebagai seorang yang tak berhati perut dengan ungkapan "Salahuddin has no mercy". Walhal, kalau kita mau sedikit arif dalam membaca sejarah sebenar, hakikatnya beliau adalah seorang yang paling mulia di zamannya.
Apapun, meski pada akhir cerita digambarkan bahwa kemenangan lebih berpihak pada muslim dan Islam, hakikat sebenar di alam nyata ini justru sebaliknya. Islam yang digambarkan sebagai something cruel and arrogant, justru asyik di lenyek di Palastine. Nilai jasad dan ruh seorang muslim tak ubah nilai seekor lalat atau bahkan nyamuk yang begitu senang diganyang dan dilenyapkan. Entah sudah berapa ramai muslim, yang kebanyakannya adalah wanita, orang tua dan anak-anak yang menjadi mangsa. Dirampas kebahagiannya, diragut kebebasannya bahkan dicuri nyawanya dengan begitu kejam.
Adakah pengarah film sejati, tak kiralah muslim atau non muslim yang bersedia mengangkat kisah sebenar kehidupan rakyat Palestine di bumi Jerussalem? Mungkin saya mesti menunggu seribu tahun lagi untuk mengetahuinya. Wallahu'alam.

Friday, November 27, 2009
Penting atau Baik?
Jika anda dihadapkan pada 2 pilhan:menjadi orang penting (important person) atau menjadi orang baik (good person).....mana satu pilihan anda?
Pada saya, kedua-duanya adalah satu kemestian dan berkait rapat satu dengan yang lain. Menjadi orang yang baik bererti menjadi seseorang yang mengikut aturan dan norma-norma sedia ada baik norma keagamaan, kemasyarakatan atau lain-lain aturan dalam kehidupan. Meski tak semua boleh diikuti mengingat betapa terhadnya kemampuan kita sebagai manusia, setidaknya seseorang itu boleh dikatakan baik/good apabila ia mampu menjalankan sebahagian besar norma-norma berkenaan.
Menjadi orang penting pula bererti ada satu standard dan skala khas yang menjadi tolok ukurnya. Ia juga terpulang kepada point of view orang yang berada dihadapannya. Menjadi penting bagi seorang pelajar mungkin apabila ia mampu menjadi johan dalam setiap acara sukan, tapi bagi pelajar lain pula menjadi orang penting bererti mampu mencapai prestasi akademik terbaik di sekolahnya.
Menjadi orang yang baik sudah semestinya adalah penting kerana di dunia ini hanya orang-orang baik sahaja yang akan diterima dalam komuniti masyarakat. Tapi menjadi orang penting meski ianya baik, tapi tak selalu juga dikatakan baik. Seorang yang penting dalam sesebuah parti politik tidak semestinya dianggap baik oleh rakan-rakan sesama parti politik, apatah lagi jika nak dibandingkan pula dengan lawan-lawan politik di luar sana. Mungkin sebagai individu ia dianggap baik tapi sebagai seorang politisi apa yang berlaku mungkin sebaliknya.
Hakikatnya di dunia ini semua orang ingin menjadi orang yang baik dan orang yang penting. Acuannya mungkin berbeza-beza, terpulang kepada matlamat yang dikehendaki. Yang paling penting sebenarnya ialah keinginan untuk menjadi baik atau penting itulah yang akan menjana produktivity dan nilai keberkesanan dari tiap-tiap aktivity yang seseorang itu lakukan . Wallahu'alam.

Thursday, November 26, 2009
Aidil Adha: Sebuah Imbasan
Orang kata hidup ini adalah perjuangan....setiap perjuangan memerlukan pengorbanan. Entah betul, entah tidak pendapat itu, hakikatnya setiap manusia akan melalui fasa itu, suka atau tidak, bersedia ataupun tidak, pengorbanan adalah sesuatu yang hakiki, ibarat sebuah titi menuju sesuatu destinasi.
Besar atau kecil sesebuah pengorbanan hanya boleh diukur oleh orang yang melaluinya atau pernah melaluinya. Dalam pengorbanan itu mungkin ada linangan airmata, titisan peluh bahkan darah. Nilai sebuah pengorbanan pula hanya boleh dinilai oleh orang-orang yang arif menilai menurut timbangan ilmu dan pengalaman hidup masing-masing.
Aidil adha pula kalau nak kita nilai secara mendalam, bukan setakat bahagian dari ritual keagamaan kita. Ia ibarat reminder, ingatan Tuhan kepada hamba-Nya.Sejauh mana manusia sanggup berbuat demi destinasi yang hendak dicapai, akan menjadi tolok ukur nilai pengorbanan itu sendiri. Dalam scope yang kecil, kita banyak berkorban "diri sendiri". Makan hati akibat difitnah dan dipersendakan antara pengorbanan kecil yang kebanyakan kita sudah pun lalui.Tindak balas kita terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita merupakan cerminan keberkesanan erti pengorbanan itu sendiri. Seorang yang arif juga akan menilai bahwa pengorbanan juga ibarat penebus dosa.Siapalah kita, manusia yang dhaif ini....jika tidak berbuat dosa. Kita bukan nabi dan rasul serta ahlul baitnya yang maksum. Dalam keseharian kita tak luput dari dosa. Mungkin dosa yang boleh nampak secara zhahirnya, mungkin juga dosa-dosa yang hanya Allah sahaja yang tahu.
Apapun pengorbanan adalah sesuatu yang tak dapat dinilai dengan kebendaan. Meski adapun hakikatnya nilai sesebuah pengorbanan itu sendiri tak kan pernah setara dengan reward yang diberi. Nilainya hanya boleh diukur oleh Tuhan sendiri,Sang Maha Adil. Wallahu 'alam.

Wednesday, November 25, 2009
Puisi: NUN
Rasa itu begitu kuat
Ikatannya begitu teguh
Jalinannya begitu erat
Harap ianya takkan pernah terlerai
Meski diulit kesusahan
Meski dibenam kepayahan
Meski didera kesakitan
Meski dihentam makian
Nun di sana cintaku
Sejatinya akan kembali
Sucinya akan abadi
Ikhlasnya akan meronai
Penghujungnya sang pemilik cinta sejati
Ialah Allah Rabbul Izzati
Ikatannya begitu teguh
Jalinannya begitu erat
Harap ianya takkan pernah terlerai
Meski diulit kesusahan
Meski dibenam kepayahan
Meski didera kesakitan
Meski dihentam makian
Nun di sana cintaku
Sejatinya akan kembali
Sucinya akan abadi
Ikhlasnya akan meronai
Penghujungnya sang pemilik cinta sejati
Ialah Allah Rabbul Izzati
Subscribe to:
Posts (Atom)