Condemn Israel!!!!!

Wednesday, September 17, 2008

Awas, bahaya mungkin mengintai!

Nak dijadikan cerita, Isnin lepas, tepat pukul 04.10 saya bangkit sahur. Lepas membasuh muka dan warm-up hidangan sahur, tepat pukul 04.15, terdengar bunyi telehone rumah berdering. Lama.......... dan memang bising. Bimbanglah pula si baby terjaga tak pasal-pasal. Satu perkara yang bermain dalam fikiran saya ketika itu, itu mesti my husband, sahur wake up call, seperti biasa. Tapi, kenapa guna telephone rumah.........ah, mungkin batterie handphonenya habis.

Entah mungkin kerana masih ada baki mengantuk, saya "perasan" itu memang my husband voice, dan dia suruh saya buka pintu. Saya pun bergegas mengambil kunci rumah, switch on lampu teres dan..........tengok-tengok dari sebalik langsir, ei, awat tak muncul-muncul juga. Nanti terlambat lah pula saya nak makan sahur ni. Itu perkara yang berlegar-legar dalam fikiran saya ketika itu.

Setelah menunggu 5 minutes, saya pun memutuskan nak pi toilet sekejap. Belum pun sempat melangkahkan kaki masuk toilet, telephone pun berbunyi lagi. Kali ini clear telinga saya boleh dengar "dia" suruh buka pintu. Tapi, sekali lagi yang ditunggu pun tak kunjung sampai. Geram menunggu terlalu lama saya pun meneruskan "kerja" saya, lalu makan sahur. Belum pun habis hidangan sahur, telephone berbunyi lagi, lama.......... dan akibatnya my baby terjaga, nasib baik tak menangis. Saya biar telephone itu berhenti sendiri,saya fikir kalau nanti husband dah depan pintu, saya bukalah nanti pintu tu.

Sambil menikmati sahur, tiba-tiba terfikirlah pula saya beberapa perkara yang membuat saya musykil yang "dia" adalah my husband. Saya pun kirim sms bertanya pada husband, mungkin memang dia yang call tadi. Ternyata..........tidak. Alahai, takutnya saya. Teringatlah pula saya dengan macam-macam kes samun dan bunuh ketika sahur, yang kerap berlaku kebelakangan ini. Husband pun bergegas datang dan "memeriksa" sekeliling rumah.

Apapun, hari itu laporan polis pun dibuat. Bilik Gerakan Polis pun sudah dihubungi. Bimbanglah akan keselamatan kami sekeluarga. Mungkin Tuhan masih sayangkan kami, sehingga perkara buruk tidak berlaku. Nasib baik ketika itu, fikiran waras masih melekat di kepala saya sehingga saya tidak terburu-buru membuka pinta. kalau tak, tak tahulah apa yang mungkin berlaku. Naudzubillah.

Sekarang kami lebih waspada. Macasm-macam cara "mempersenjatai" diri di guna, mulai dari senjata betul dan juga senjata ghaib yaitu memperbanyak doa. Bukanlah niat kita nak bunuh orang, tapi kalau dah pada saat yang terlalu kritikal, mungkin real weapon itu boleh membantu. Bab doa pula, mungkin tuhan nak beri peringatan, terlalu banyak lupa dan lalai kami sebagai hamba Allah dan itu adalah satu teguran.

Apapun, bagi anda di luar sana, berhati-hatilah. Kita tak tahu perkara buruk apa yang mungkin berlaku pada diri kita. Tapi setidaknya lakukan yang terbaik untuk melindungi diri dan keluarga. Walllahualam.

No comments: