Some rules are made for our own health. But,just be flexible. Sometimes certain thing can't be done just like it should be. The important thing is that health is one of our priority and let it come naturally and gradually in our daily activities.
let's share our knowledge,opinion and experiences. May we become better people for ourselves and for people around us.
Condemn Israel!!!!!
Showing posts with label buah pikiran. Show all posts

Friday, April 29, 2016
Improving body image
Outer beauty comes from inner beauty. Inner beauty means purity of heart. Easy to say,but worth enough to gain it.
Be happy
Being happy is the greatest desire of my life. Seeing and making my beloved ones happy is the greatest happiness ever. How about you? What makes you happy? By the way,in your own context,what is happiness?
Saturday, May 25, 2013
Penyakit:Sebuah teguran
Setiap insan tentu pernah merasai sakit.Ada yang sekedar sakit kepala, batuk, atau demam...ada pula yang menghidap sakit kronik seperti kencing manis atau sakit jantung. Ada orang yang senang sakit, ada pula orang yang tak mudah kena penyakit. Saya pula jenis orang yang jarang sakit, tapi sekali kena penyakit, boleh drop bin lembek hingga sebulan lamanya( hehehe....... ), habis rosak semua jadual harian saya.
Tapi pada saya, ketika sakit itulah Tuhan bagi peluang untuk muhasabah diri. Terlalu banyak kekurangan,kesilapan dan kecuaian yang sudah berlaku ketika saya sihat. Ketika sakit,barulah saya boleh nampak apa-apa yang selama ini terlepas pandang. Ketika sakit,barulah saya memahami nikmatnya kesihatan. Saya yakin, anda semua sependapat dengan saya.
Tapi ada seperkara yang sangat menyentuh hati. Ketika sakit, my husband memberi nasihat : " Kalau sakit tak baik mengeluh, nanti Tuhan marah." Subhanallah......sebagai insan yang lemah, sememangnya manusia mempunyai sifat suka berkeluh kesah.Semoga Allah jadikan kita hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dan bermuhasabah diri. Ada banyak perkara di dunia ini yang sukar diterima akal dan nafsu insani, tapi tidak mustahil bagi Allah Rabbul Izzati. Wallahu'alam.

Menjadi Ibu : Sebuah Amanah
Setiap orang mesti mempunyai pengalaman tersendiri dengan ibu masing-masing. Disayang, dibelai, dimanja......dimarahi atau dicubit......ada pahit manisnya tersendiri. Menjadi kenangan, ingatan, pengalaman yang boleh dikongsi dengan anak cucu kelak.
Sebagai seorang ibu, saya banyak belajar daripada ibu dan arwah ibunda mertua saya, kedua-duanya saya panggil dengan sebutan "MAMA",tiada beza. Belajar bagaimana menjadi seorang isteri dan ibu yang baik, belajar memasak dan segala sesuatu mengenai "Kehidupan" ini.
Kedua puteri kami yang comel mulai membesar. Soalan demi soalan sering ditanyakan. Adakalanya melucukan, adakalanya buat pening kepala. Yang paling menyentuh hati apabila soalan yang ditanyakan ternyata sama dengan soalan yang pernah saya tanyakan pada mama. Adakalanya juga mereka bercerita tentang masalah yang dihadapi dengan pelajaran dan rakan-rakan sekolah. Tersenyum lebar saya dibuatnya, masalah yang hampir serupa seolah "menjawab soalan dengan melihat kunci jawaban".
Ketika berasa marah dengan kerenah dan kenakalan mereka pula, saya banyak bercermin dengan apa yang berlaku pada diri sendiri plus nasihat dari kedua-dua Mama. Merekalah sumber rujukan saya.
Menjadi seorang ibu, ada senang dan susahnya. Perlu sentiasa belajar dan memperbaiki diri. Bukanlah nak digelar ibu mithali, tapi berusaha menjadi dan memberi yang terbaik untuk anak-anak sendiri.Memperkaya pengalaman pribadi supaya boleh menjadi contoh dan bekal hidup yang baik untuk anak cucu kelak.
Berbahagialah anda semua yang sudah bergelar ibu. Di bahu anda tergalas tanggung jawab membesarkan dan mendidik anak-anak dengan kasih sayang yang sempurna. Anak-anak adalah amanah. Tapi menjadi ibu juga satu amanah. Di dalamnya banyak keberkahan. Semoga Allah sentiasa merahmati dan membimbing kita dalam menggalas amanah ini. Amin........

Friday, September 28, 2012
Cerita :Di sebalik UPSR
Sebut sahaja peperiksaan, siap yang paling excited? Serba
tak kena, tak senabg duduk/ Mestilah ibu bapa. Manakan tidak, bimbangkan
prestasi anak, samada meningkat atau sebaliknya. Si anak pula, buat bodoh,
bukan keranaa tak nak ambil berat bab tu, tapi
fed up tengok reaksi ibu bapa yang agak melampau. Ini tak boleh, itu tak
boleh. Time bukan peeriksaan, tak da pula ambil tahu macam ni, asyik sibuk
dengan kerja masing-masing.
Yang paling merimaskan kalau si anak dah mula pandai demand,
macam selebriti pulak dah. Minta ibu bapa janji ini dan itu sebagai ganjaran.
Yang paling memeningkan,kalau si anak yang dianggap masih terlalu kecil,
justreru tengah dilamun cinta atau mungkin sdg patah hati. Bukan setakat
pening, panik lah ibu bapa dibuatnya. “Awat lah nak fall in love/broken heart
time ni? Tak boleh tunggu nanti sekolah menengah kah? Hang tu kecik lagi……!!!!!
Hehehe……rasa nak menangis ada, rasa nak tertawa pun ada.
Kesian kat ibu bapa yang tak tahu macam mana nak handle kes
sedmikian,tapi juga kesian kat si anak yang asyik ditekan kerana dianggap
bersalah. Na’udzubillah hi min dzalik…….
Malam sebelum peperiksaan, si anak mula letih dan bosan
mengulang kaji. Tengok nasiblah,aku dah belajar”cara berpikir yang paling
senang. Sedangkan ibu bapa mula sholat hajat, berdoa panjang untuk kejayaan si
anak.
Selepas peperiksaan pulak, si anak boleh
menjerit…”merdeka”…..kira bebaslah tu dari
sekolah rendah,tak
sabar-sabar nak masuk sekolah menengah,tengok buku pun dah rasa menyampah. Ibu
bapa pula macam cacing kepanasan tak sabar nak tengok result. Kalau teruk, alamat kena belasah lah
si anak. Itu step 1. Step 2 pulak,macam-macam aturan,denda dan hukuman dah
stand by.i Step 3, mula pening lalat
cari sekolah yang bersesuaian .
Apapun sebetulnya, kejayaan tidak datang bergolek. Perlu
usaha,doa dan kerjasama semua pihak (Ibu bapa,murid dan sekolah)
Wednesday, August 22, 2012
Ramadhan:Sudah merdekakah kita?
"Time ramadhan takda syaithan tau....". Meski disampaikan dengan nada gurauan ayat itu ada kebenarannya. Semua ulama sepakat bahwa pada Bulan ramadhan semua syaithan diikat, dirantai.Jadi kalau kita nak tahu bagaimana "rupa sebenar' seseorang itu, bulan ramadhan adalah masa yang paling sesuai
"Kalau bukan bulan puasa....tak laratlah saya nak puasa sorang-sorang". Ayat ini pun munasabah. Ketika bulan Ramadhan, semua orang beribadah bersama-sama. Bersahur,berbuka puasa, sholat, membaca Al qur'an dan lain-lain ibadah dilakukan dengan hati yang lapang, kerana dilakukan bersama-sama.Tapi di luar bulan Ramadhan, ibadah sedemikian sungguh berat untuk dilaksanakan,terlalu banyak godaaan, dugaan dan cabarannya.
Pada bulan Ramadhan semua nafsu boleh dikekang. Tak larat nak marah, tak larat bergaduh bahkan silap-silap tak larat ibadah dek kerana puasa, perut lapar.Tapi apa yang berlaku di luar Ramadhan, mungkin kerana "terlebih energi",semua benda boleh buat.Harap-harap ianya benda yang baik dan elok belaka. Amin......
Sikit hari lagi nak menyambut hari Merdeka. Hm, masa tu pun elok juga kalau nak tengok perangai sebenar seseorang. Bagi yang jenis munasabah, hari istimewa itu akan disambut dengan penuh maruah,serba sederhana dan berpada-pada. Tapi bagi jenis yang nak tampil "istimewa" pula,bukan setakat menjerit-jerit tak tentu hala dan lepak sampai pagi , tapi juga buat onar, mengganggu ketenteraman awam.
Jika demikian, dimanakah nilai puasa yang sudah dilakukan? Takkanlah setitis iman pun tak boleh meresap dalam Qalbu sanubari? Apakah sememangnya inilah kita,bak cameleon,boleh berubah-ubah mengikut peradaran masa. Hari baik bulan baik, boleh jadi orang baik. Hari lain pula boleh buat suka-suka.
Mari kita sama-sama muhasabah diri, menilai kembali samada Ramadhan kali ini sudah benar-benar memerdekakan kita dari semua jenis penghambaan ataukah ianya hanya sekedar rutin ibadah tahunan yang hanya akan berakhir apabila kita "dipanggil" ke Rahmatullah. Wallahu'alam.
NB: Teriring doa buat arwah ibunda mertua tercinta, Che Amnah bt Mohd. Daud
(24 Nov 1938 - 6 Jun 2012)

Friday, July 13, 2012
"Raya" sebelum Raya
Dah lama tak keluar menyembang dek kerana sibuk dengan rutin suri rumah, sekali keluar.....banyak sungguh cerita didengari. Ada yang dah mula sibuk kemas rumah, supaya nanti dekat raya tak lah banyak sangat benda yang nak dikemaskan. Ada yang dah mula shopping ini dan itu. Beli baju siap-siap, khasnya untuk budak-budak kerana harga yang ditawarkan belum lagi melambung tinggi. Ada yang mula tempah baju raya,warna sedondon untuk seisi keluarga, tak kisah samada kain yang dibeli style lama kah baru..... janji nanti raya pakai baju baru. Ada pula yang dah beli dulang dan balang kueh raya, tak kisah meski kena pi jauh sampai Padang Besar....harga murah, kualiti elok...katanya. Bagi yang berjiwa bisnes pula...dah mula offer macam-macam kueh raya.....rasa..jangan tak rasa....nanti puasa kena tunggu buka puasa pulak....rasa sekarang, nanti bulan puasa terus tempah...esok nak raya....gerenti semua kueh siap untuk dihidang.....hehehe...pandai sungguh....peniaga seorang ni.....
Sepertinya macam ini lah rutin yang berlaku setiap tahun. Kekadang rasa malu juga dengan rakan-rakan di negara Teluk. Mereka bersihkan rumah dengan niat supaya selesa nanti masa beribadah di bulan Ramadhan. Kita pula......yang kita fikirkan cuma Hari Raya sahaja.
Benarlah kata orang tua-tua dahulu. Mana lebih penting: Kopi di dalam cawan atau cawan itu sendiri?
Orang yang lebih ambil kisah mengenai cawan, tentu akan lebih tertarik samada cawan itu elok kah tak elok, besar kah kecil, bercorak kah warna kosong? tapi bagi yang lebih kisahkan kopi dalam cawan, dia akan ambil tahu samada kopi tu pekat kah tidak, pahit kah manis, baunya wangi kah tidak, terlalu panas kah sejuk?
Kita berada di posisi yang mana satu, sila tentukan sendiri. Tepuk dada, tanya Iman. Semoga Allah sentiasa membimbing kita di Jalan-Nya. Amin......Selamat menyambut Bulan Ramadhan.....Semoga amal ibadah kita diridhai Allah Ta'ala.....Amin....

Wednesday, May 16, 2012
Selamat Hari Guru 2012
Setiap tahun Hari Guru nyata disambut dengan meriah. Berbagai acara dan sukaneka khas untuk golongan pendidik ini diadakan. Akan tetapi jikalau kita mau sedikit merenung kembali,ada berjuta makna di sebalik kata GURU. Bagi sesetengah orang menjadi guru mungkin hanyalah satu "pelarian", tawaran terakhir, kerana tak mampu mencapai pekerjaan lain yang lebih "berkelas" semisal penjawat awam di pejabat-pejabat kerajaan atau bahkan satu-satunya peluang yang mesti diterima dek kerana bimbang menjadi penganggur.Tapi bagi yang berdedikasi pula, menjadi guru adalah satu cita-cita yang tertanam dalam hati sanubari semenjak kecil lagi atau setelah memahami betapa pentingnya peranan guru untuk membimbing anak-anak bangsa.
Masyarakat mungkin sering salah menilai pribadi seorang guru. Guru juga adalah manusia biasa, yang boleh buat silap dan salah juga, yang mungkin sekali sekala ada lalai dan lupa. Guru bukanlah manusia yang sempurna, sebelum mendidik anak-anak orang lain yang bergelar murid, dia haruslah mendidik anak-anaknya sendiri dulu. Bersikap adil dan disiplin dengan semua anak sendiri dan anak-anak didiknya. Menjaga tepi kain muridnya sama seperti kasih sayang dan kepeduliannya pada anak-anaknya sendiri. Guru juga punya banyak kelemahan,setiap hari "bertarung" dalam hati, antara keikhlasan untuk memberikan ilmu dengan tuntutan "periuk nasi" di rumah.
Menjadi guru bukanlah perkara mudah. Saya sendiri turut merasai pengalaman ini. Tapi pengalaman yang paling manis adalah apabila setelah semua kepayahan,anak-anak didik berjaya menunjukkan prestasi terbaiknya. Hilang rasa penat lelah. Sama seperti bahagianya seorang ibu yang gembira melihat anak-anak yang telah dilahirkannya telah pun mencapai kejayaan.
Para guru sebenarnya tidak mengharapkan lebih dari yang patut. Harapan terbesar semoga anak-anak didik tidak melupakan ilmu yang telah diberi dan menggunakan bekalan ilmu itu di jalan kebaikan. Alangkah pedihnya hati seorang guru, jika ternyata ilmu perakaunan yang telah diajarkannya,ternyata justeru digunakan oleh bekas anak didiknya untuk melakukan jenayah kewangan dan semisalnya. Alangkah hancurnya hati seorang guru,jika ilmu agama yang dicurah justeru diguna untuk permainan politik semata-mata, dan ada banyak lagi perkara sedemikian.
Tapi alangkah bangga dan bertuahnya seorang guru, jika ilmu fizik yang telah diberikannya pada sang murid akhirnya membawa sang murid menjadi seorang angkasawan. Alangkah bahagianya seorang guru jika ilmu yang diukir dengan susah payah, membawa sang murid menjadi seorang pakar ekonomi yang berjaya mengangkat ekonomi negara di peringkat antarabangsa.
Ustad,ustadzah,pensyarah,cikgu...atau apapun gelaran itu.....menjadi pendidik ada cabarannya sendiri. Semoga sambutan Hari Guru dari tahun ke tahun akan menjadi semakin bermakna dengan lakaran kejayaan anak-anak bangsa. Amin........

Tuesday, November 22, 2011
"Open- Minded " kah kita?
Open-minded,berpikiran terbuka dalam makna yang lebih luas bererti mahu dan mampu melihat sesuatu dari sudut yang berlainan. Jika anda adalah seorang peniaga, maka adakalanya anda juga perlu mempatkan diri anda sebagai pembeli. Sebagai peniaga, anda mahukan keuntungan yang banyak, tapi sebagai pembeli tentu anda mahukan barang atau produk yang berkualiti dengan harga terjangkau. Sekali tertipu, serik nak beli lagi. Dengan cara ini sebagai peniaga anda boleh mencari jalan keluar atau alternatif yang boleh menguntungkan kedua belah pihak. Sebagai peniaga, anda boleh mendapatkan keuntungan dan pelanggan setia. Pelanggan anda pula merasa seronok membeli barang/produk dari anda dan tak kan lari kepada peniaga lain.
Open-minded juga bererti melihat sesuatu secara objektif,bukan subjektif. Sebagai contoh, mungkin kita sudah menghabiskan banyak masa dan wang ringgit untuk menghantar anak kita ke tempat belajar terbaik. Tapi prestasi si anak tak juga meningkat. Dalam hal ini jangan salahkan anak semata-mata. Lihatlah juga faktor persekitaran. Mungkin si anak merasa terlalu "dipaksa" untuk berjaya sehingga dia merasakan bahwa belajar bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Atau mungkin faktor teman-teman yang lebih cenderung mengajaknya bermain dan melepak. Atau mungkin juga faktor ibu bapa yang tak punya banyak masa berkualiti bersama anak sehingga si anak merasa "alone and lonely". Faktor-faktor inilah yang perlu diambil kira lalu dipikirkan penyelesaiannya dan bukan semata-mata menjatuhkan hukuman pada si anak.
Open-minded sudah semestinya juga bererti berpikir dan bertindak secara kritis, bukan sinis:berfikir dan bertindak secara positif,bukan secara negatif.Ambil contoh, jika anda seorang penjawat awam atau kaki tangan kerajaan....adakalanya anda juga perlukan pandangan dan bantuan dari pihak oposisi/pembangkang.Ssamada anda suka atau tidak dengan apa yang mereka sampaikan, adalah sangat bijak dan tabik buat anda jika anda mampu "mengolah" semuanya sehingga menghasilkan solusi terbaik untuk rakyat. Apatah lagi rakyat sudah pun memilih anda sebagai wakilnya dalam kerajaan bererti rakyat mengharapkan sepenuh perhatian dan bantuan dari anda untuk menyelesaikan masalah sedia ada.Tak kiralah dari mana datangnya "idea",rakyat tak lah kisah sangat, janji....rakyat sejahtera dan benar-benar diutamakan.
Tak lah susah sangat nak open-minded. Ianya perlukan pembiasaan dan pembelajaran dari masa ke semasa. Saling mengingatkan untuk open-minded dengan orang-orang terdekat boleh menjadi "pembuka". Jika anda seorang yang aktif dengan laman sosial semisal facebook atau twitter, itu pun boleh dijadikan sarana untuk saling mengingatkan agar selalu berpikiran terbuka/open-minded.Disamping itu, jadikan juga membaca sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan untuk menambah rencah minda, membuka visi dan misi kita pada dunia luar. Harapan saya, membaca blog ini pun boleh menjadi pemangkin minda anda. Wallahu'alam.

Iran dan Sekatan
Berita terbaru: UN akan menambah sekatan atas Iran kononnya tak bekerjasama dalam bab penghapusan tenaga nuklear dan "sedang" membuat senjata nuklear sendiri. Hm...iya lah tu...1001 alasan boleh dibuat,kalau nak menceroboh kedaulatan satu-satu negara yang tak mahu tunduk dengan pakatan UN atau dalam bahasa lebih jelasnya adalah USA, apapun boleh jadi "halal" dilakukan. Lawful...lah istilah mat saleh nya.
Sekatan...hm, apa nak hairan. Apa negara-negara Barat ingat Iran akan "mati' macam Iraq atau hancur macam Afganistan? Saya yakin tidak. Sejarah sudah pun membuktikan bagaimana kebangkitan rakyat dalam Revolusi Iran telah menghantar Iran ke gerbang kejayaan hingga ke saat ini. Apa nak hairan dengan sekatan? Kata seorang sahabat di sana "It's nothing".We can survive with our own strength. Besides, we still and always have Allah,Rasulullah SAW and ahlul bait a.s. with us. There's nothing to be afraid of. For generations we have suffered from such things but nothing can defeat us.Not even them...(USA).
Tengok, itu cuma luahan seorang, apatah lagi kalu jutaan rakyatnya yang meluahkan. Lagi naik pening USA dan sekutunya. Yakinlah ianya bukan setakat kata-kata atau cabaran semata-mata-mata tetapi sudah pun terbukti dan selamanya akan terbukti. Tahukah anda apa yang menjadi kunci kekuatan dan keteguhan mereka? Ianya adalah iman di dada dan ketaatan kepada Allah, Rasul SAW dan keluarganya yang tak berbelah bagi.
Sekiranya anda mengaku anda juga adalah muslim sejati, maka "at least' buktikan betapa anda tidak menyokong apapun tindakan "jahat' UN,USA atau apapun namanya ke atas negara-negara Islam. Apakah kerana keislaman kita, lantas negara Barat berhak memijak-mijak kita? Tentu tidak kan? Jangan sampai negara kita pula yang "kena bancuh" barat pula selepas ini kerana kita terlalu seronok dengan kesusahan negara lain dek kerana perbezaan mazhab meski hakikatnya kita satu agama, satu Ad Din, yaitu...Islam. Jadi pikir-pikirkanlah...samada negara kita mampu "setabah" dan sekuat" Iran dalam menghadapi badai "dunia barat" khasnya dunia yang bencikan Islam dan Muslim. Wallahu'alam.

Sunday, November 6, 2011
Bertauliah???
Saya rasa agak keliru dengan berita,terutama sekali dari TV3 dalam beberapa hari ini. Samada telinga saya yang bermasalah atau memang ada pihak buat hal bab sembelih haiwan qurban.
Kena ada permit/lesen, kena bertauliyah...kalau tak daging qurban akan dirampas??
Seumur hidup ini, tak pernah pula saya dengar ada masjid atau surau yang didirikan secara haram sehingga kawasan sekitarnya tak layak dijadikan tempat penyembelihan haiwan qurban. Tak pernah pula saya dengar, hatta di zaman khulafaur rasyidin sekalipun, ada kes rampasan daging qurban. Bab si penyembelih pula, meski tak salah kalau beliau mestilah orang yang bertauliyah secara perundangan hukum negara, tapi apa yang sudah pun berlaku bahkan sejak zaman Islam ditegakkan di dunia ini, sudah pun ada panduan hukum hakam Islam yang jelas mengenai cara dan siapa yang layak menyembelih haiwan qurban. Perlu lagikah kita membuat peraturan baru berkenaan dengannya? Tak cukup lagikah hukum hakam Islam sedia ada? Siapa kita yang nak memandai-mandai membuat hukum Tuhan versi baharu?
Siapa pun boleh cakap besar "ala, takat sembelih lembu, kambing...saya pun boleh...." Tapi percayalah siapa pun orangnya, muslim manapun pada akhirnya hanya mahukan orang-orang "terpercaya" dari sudut Islam untuk melakukan perkara penting sedemikian. Jadi masih perlukah kita letakkan syarat sedemikian ketat bagi orang yang akan menyembelih haiwan qurban? Apalagi saya difahamkan perkara ini diwar-warkan last minute.Takkanlah esok nak sembelih, hari ni si penjagal baru nak kelam kabut buat lesen? Sedangkan nak buat lesen memandu pun perlukan masa.
Kalau tak bertauliyah, daging sembelihan akan dirampas? Aik, biar betul??? Agaknya memang pendengaran saya bermasalah. Siapa nak rampas? Banyak mana nak rampas? kalau dah rampas, nak baling kemana? habis tu, yang berhajat buat qurban hari tu, hanya boleh ternganga???? Mazhab mana yang bagi hukum macam ni?
Kadang-kadang, pemimpin "kelas atas" tak pernah "kacau" pun benda-benda macam ni, mungkin sebab mereka berpendapat, biarlah orang yang "reti agama" yang menguruskannya. Yang jadi masalah...kalau orang yang kita anggap "paling reti bab agama" yang justeru buat pening rakyat. Macam ni kah ulil amri yang layak kita jadikan ikutan????? Wallahu'alam.......

Friday, August 19, 2011
Aktivis Politik Sejati
Benarkah yang dikatakan aktivitis politik sejati adalah orang-orang yang berjaya mendapat tempat dalam dunia politik, menyandang gelaran dan jawatan tertentu dalam dunia politik?
Pada pendapat saya,aktivis politik sejati adalah orang-orang yang mempunyai idealism dan prinsipnya sendiri dalam dunia politik, tak kiralah samada mereka mendapat gelaran atau jawatan tertentu dalam dunia politik ataupun tidak, namun tetap setia pada idealism dan prinsip yang dipegang lalu memberikan sumbangan idea dan semangatnya dengan caranya sendiri. Mungkin melalui tulisan, forum atau dialog atau mungkin dengan sekadar bersembang santai dengan masyarakat sekitar sambil mewarnai pola berfikir mereka dengan idealism dan prinsip politik yang diyakini benar.
Bukan setakat itu, aktivis politik sejati adalah orang-orang yang kepeduliannya pada beban dan kesusahan masyarakat bukan setakat retorika atau kepura-puraan namun sedia turun padang untuk mendengar sendiri luahan hati dan pikiran akar umbi lalu memberikan sumabangan riil kepada mereka yang memerlukan.
Aktivis politik sejati adalah orang-orang yang sanggup berdepan dengan segala kesukaran dan sekatan,tak kiralah samada mereka akan dianugerahi dengan gelaran dan jawatan atau pun tidak,kerana dalam hati mereka selalu tertanam nilai-nilai keikhlasan dan niat untuk berbudi dan menolong masyarakat yang memerlukan.
Aktivis politik sejati tak semestinya akan bergelar politisi tetapi politisi sepatutnya menjadi aktivis politik sejati jika ingin membuktikan bahawa nilai-nilai kebenaran dan kepeduliannya pada masyarakat bukan setakat omong kosong.Wallahu'alam.

Saturday, July 9, 2011
Bila "Taboo" menjadi "Tak hairan'
Meski agak "terlambat", setelah membaca sebuah artikel agama bertajuk "Melahirkan Film Ma'ruf" di Utusan Malaysia Online, saya sempatkan juga melihat U tube. Taip sahaja,Gambit Saifullah, terus keluar berbagai cadangan video, terutama yang "terhangat' dan menjadi bualan ramai orang dengan segala pro dan kontranya,"Marilah Menari".
Bagi golongan yang sudah berkeluarga (pernah berkeluarga) atau dalam bahasa yang sedikit "tajam"....sudah mengetahui apa erti seks sebenar, tayangan sedemikian memanglah tak lucah mana. Tapi sebagai orang yang beriman, sebetulnya bukanlah kadar lucah tak lucah yang patut menjadi perhatian. Tetapi, samada tayangan sedemikian menepati budaya Timur kita, samada selaras dengan hukum hakam agama Islam atau tidak,dan samada kita mahukan generasi muda kita "rosak binasa" macam para pelakon film tu kah tidak?
Yang paling melucukan, ada pula komen yang "memarahi" para ustadz,kononnya tak payah masuk campur bab video ni, nak suruh para ustadz kaji je ilmu agama, bab video tu tak da kena mengena dengan agama. Masya Allah, hebat sungguh...kalau para ustadz, alim ulama' pun sudah diperlakukan sedemikian "hina"nya, apa nak jadi dengan dunia ini? Siapa lagi yang nak "meluruskan" orang-orang yang dah "terpesong' dari jalan agama? Apakah yang dimaksudkan dengan agama itu hanya sebatas bab sholat, zakat, puasa haji sahaja? Sedangkan bab muamalah dan lain-lain tiada kena mengena dengan ilmu agama?
Setiap manusia, insan memerlukan hiburan.....itu adalah fitrah,naluri semula jadi. Tapi yang patut dijadikan timbangan sekarang adalah....samada hiburan yang hendak kita nikmati menepati tuntunan syariat Islam atau tidak. Sebagai Muslim, kita tentu tak mahu dalam keseronokan berhibur tanpa disedari kita telah membangkitkan kemurkaan Allah Ta'ala.
Apa nak jadi dengan generasi muda kita yang tengok video sedemikia? Tak boleh dinafikan tentu ianya akan menjadi bukan setakat bualan tapi melahirkan dorongan untuk "mengikuti"nya. Kalau sudah begitu, kemana lagi hala tuju generasi muda kita....tenggelam dalam nafsu dan kehidupan berfoya-foya?
Berkecimpung dalam dunia seni dan hiburan tidaklah salah. Tetapi hendaklah keterlibatan dalam dunia itu disertai dengan rasa tanggung jawab terhadap ummat. Anda...wahai para pengarah, para pelakon, bertanggung jawab untuk menjadi "pendidik positif" bukan penghancur moral dan akhlaq generasi muda.Janganlah sedap mulut berkomen "kalau orang putih yang buat, orang kita tak bising, tapi kalau orang kita buat, semua dianggap salah". Tengok dulu di bumi mana anda berpijak? Tidakkah anda bangga menjadi orang Timur yang kaya dengan peradaban dan adat budaya yang luhur? Sudikah anda terikut-ikut "rosak" macam orang putih? Tak bolehkah anda menentukan "kiblat" seni sendiri ketika berkarya dengan menjadi iman sebagai pegangan dan adat ketimuran sebagai panduan?
Tak salah kalau nak menghasilkan karya seni yang "tampil beza".... tapi kenalah beringat samada sesuatu yang akan dihasilkan itu akan membawa kehancuran ummat atau tidak, mempunyai sisi positif dan membangun kah tidak? Apa sebetulnya mesej positif yang hendak disampaikan? Mungkin sedap mulut para pengarah dan pelakon film-film sebegini akan berkata "ada "demand', kami buat".....Alahai, hanya wang dan kepuasan materi sahaja kah yang jadi kayu pengukur?
Tinggi Bambu tak berdahan
Jangan digapai sebarang tangan
Bila Taboo jadi "tak hairan"
Jangan pertikai adzab Tuhan
Wallahu'alam........

Monday, June 20, 2011
Fenomena
Seringkali kita mendengar "Artis A menjadi fenomena" atau Drama B menjadi fenomena". Entah betul kah tidak penggunaan kata "fenomena" di atas, fenomena pun fenomena lah. Yang saya maksudkan, adakalanya seseorang artis atau drama/film tertentu mungkin menjadi trend atau ikutan publik kerana "nilai lebih' tertentu.
Ambil contoh seorang artis yang memulai karirnya dari "sifar" sehingga membuat ramai orang ingin mencontohi kejayaannya. Atau sebuah film atau drama TV yang kisahnya sungguh haru biru sehingga mencapai rating tontonan tertinggi pada ketika itu.
Pada saya, menjadi anak seni, penggiat seni atau seniman atau ambil istilah modernnya artis/selebriti, bukanlah perkara mudah. Yang masyarakat inginkan bukan setakat lagu/lakonan/karya seninya yang menjadi buah bibir atau ikutan, tapi juga bagaimana sang artis itu sendiri ketika berada di luar dunia seni,dalam hidup kesehariannnya.
Bagi anda para artis, mungkin terkesan seolah publik menuntut terlalu banyak dari anda, tapi ingatlah bahwa apa yang publik/masyarakat mahukan dari anda adalah seseorang yang boleh menjadi contoh yang baik bagi masyarakat.
Siapa yang tak pernah tengok drama "Nur Kasih"? Dah ditayang ulang pun, masih ramai yang mengikuti jalan ceritanya. Tapi alangkah kecewanya saya (dan saya yakin ramai juga orang lain yang turut kecewa) kerana ada pelakon utamanya yang tampil sungguh berbeza ketika di luar scene. Dalam penggambaran drama, kita nampak dia sebagai figur yang begitu sopan menutup aurat, namun dalam majalah,tv .....mendedahkan aurat. Beginikah figur yang hendak masyarakat contohi? Double personality,kalau ditanya kat artis macam ni...selalunya jawaban tipikal yang masyarakat dapat...."Saya hanya mengikut skrip". Bukan seorang dua tiga artis macam ni, sebelum ni pun artis yang begitu comel berlagak macam budak remaja dalam drama yang disponsori sebuah jenama pembalut wanita pun,macam tu juga.
Bukan masyarakat inginkan artis menjadi sosok individu yang sempurna, tapi kalau boleh, mesej baik dalam sebuah karya seni hendaklah sebati dengan artis itu sendiri.
Tapi bagaimana pula dengan tren film/drama "hantu" sekarang? Hm, dari dulu sampai sekarang saya tak berapa suka dengan genre film sebegini, entah apa mesej yang ingin disampaikan. Setakat nak khabak benda-benda yang mana satu ditegah agama dan merupakan perbuatan syirik, pada saya, lebih elok tanya terus kat ustad,ustadzah yang bertauliyah.Apapun, kalau masih ada yang nak tonton juga genre drama/film seram sebegini, terpulanglah, itu pilihan anda.
Yang pasti dan hendaknya menjadi satu kemestian adalah bahawa dunia seni merupakan platform yang baik untuk menyampaikan mesej yang baik dan berfaedah kepada masyarakat. Lebih baik lagi, kalau mesej yang disampaikan mampu menjadi pemangkin nilai sosial dan keagamaan yang lebih tinggi. Ambil contoh, Upin dan Ipin, meski hanya sebuah kartun tapi nilai-nilai positif di dalamnya mampu membuat anak-anak kita berfikir dan sedar mengenai norma-norma kemasyarakatan.
Apakah sedemikan teruknya dunia hiburan/seni kita sehingga ketandusan idea untuk menyampaikan nilai-nilai yang mungkin mampu menjadi agen pencetus perubahan positif? Ataukah kita lebih suka menjadi negara yang stereotaip, asyik mengikut arus dari negara lain. Kita punya identiti sendiri jadi sudah semestinya kita bukan setakat bangga dengan identiti kita sebagai sebuah negara maju dari dunia timur tapi juga turut serta menyebarkan norma dan nilai positif yang kita punya untuk mencapai taraf masyarakat bertamadun yang lebih baik lagi.Wallahu'alam.

Friday, June 17, 2011
Sederhana
Rasulullah SAW mengajarkan pentingnya kesederhanaan dalam hidup, baik dalam perbuatan, lisan mahupun ibadah.Amat disayangkan ramai diantara kita yang menganggap keserhanaan itu sebagai "lekeh" sehingga berpakaian serba tak kemas,kebersihan rumah tak terjaga,serba berantakan. Ada pula yang menganggap kesederhaan itu sudah tidak lagi up to date dengan perkembangan zaman sehingga gaya hidup hedonism yang mengagungkan kebendaan sebagai acuan kejayaan.
Dalam hal ibadah pula, sedar tak sedar ada yang menganggap kesederhanaan itu bererti "malas" sehingga menganggap orang lain yang tidak beribadah "sebanyak" dia adalah rendah martabatnya. Orang tua-tua kata 'sedangkan membenci dan mencinta pun perlu bersederhana.....jangan terlalu membenci sehingga tak nampak kebaikannya, dan jangan pula terlalu mencinta sehingga tak nampak keburukannya. Dalam hal ibadah pula, atau secara amnya dalam bab agama, tak salah kalau kita 'mencintai" mazhab yang kita anuti.
Bukankah di dunia ini ada 5 mazhab yang diperakui(Hambali,Hanafi,Syafi'i,Maliki,Ja'fari)?Tak kisahlah mazhab apa yang anda anuti, janganlah lantas menganggap orang di luar mazhab adalah "kafir" kecuali apabila terlihat jelas penolakan "totalnya" terhadap Allah dan Rasul.Jangan pula kerna terlalu bersemangat dalam beribadah, lantas menganggap orang lain yang tidak atau kurang ibadahnya (secara zhahir) adalah beriman rendah sehingga bersikap mencemuuh orang sedemikian walhal yang boleh menilai iman seseorang itu hanyalah Allah Ta'ala. Jangan pula kerana kebencian kita kepada mazhab lain, lantas bertindak anarkis, memerangkap orang atau kumpulan yang tak sama mazhab sehingga mereka digelar "jahat dan sesat", kecuali apabila telah nyata kesesatannya yang menyebabkannya terkeluar dari Islam seperti Kes Ayah Pin.
Siapa pun kita tak layak mengadili hatta menghakimi orang lain sesuka hati, tapi kita juga hendaklah ingat bahwa beribadah, beragama biarlah bersederhana kerana Allah menyukai ibadah yang sedikit tetapi rutin dikerjakan daripada ibadah yang banyak tetapi jarang atau sekali-sekala dikerjakan.
Kita juga hendaklah ingat bahwa setiap muslim mempunyai kebebasan beribadah tetapi jangan pula kita lupakan bahawa menjaga UKHUWWAH ISLAMIYYAH adalah lebih penting. Kerana tanpa perpaduan sebagai sebuah ummah yang kuat, kita mudah ditumbangkan oleh nilai-nilai negatif dan anasir jahat di luar sana.Siapalah kita tanpa saudara seiman? Ada banyak jalan menuju syurga, tapi yakinlah kita tak mungkin mencapai syurga berseorangan Fikir-fikirkanlah.Wallahu'alam.

Saturday, June 4, 2011
Maghfirah-Nya
Setiap insan takkan pernah sunyi dari noda bernama dosa. Hanya Rasulullah SAW dan ahlul baitnya yang ma'shum.Saban hari,saban bulan, saban tahun....dosa, silap dan salah kita bercambah dan membesar bahkan tanpa sempat kita sedari. Belum pun hilang noda terdahulu dibasuh dengan air mata penyesalan, sudah pun tergores noda baru dalam lipatan hati kita.
Ada sahaja kekurangan dan kelemahan kita sebagai hamba-Nya. Sehingga ada ketikanya kita merasa dosa diri tak mungkin terampun di dunia ini apatah lagi di akhirat nanti. Bagi yang berjiwa cekal, situasi ini justeru akan makin memperkuat semangatnya untuk bertaubat dan memperbaiki diri. Tapi bagi yang berjiwa lemah,semakin hanyutlah ia dengan arus kehidupan yang tak bertepi, menyangkakan bahwa Allah tak mungkin mahukan dia lagi sebagai hamba-Nya.
Kita semua mungkin pernah berada dalam dua situasi sedemikian. Namun bertuahlah kita yang sempat bangkit lalu tertatih-tatih mengharapkan ridha dan maghfirah-Nya.Sesungguhnya Allah tak pernah menzalimi hamba-hamba-nya meski jutaan kali si hamba berlari dan berpaling dari-Nya. Sesungguhnya insan lah yang menzalimi dirinya sendiri, mungkin kerana lupa dan lalai, mungkin juga kerana ego dan tamak. Apapun,Allah selalu mengasihi para hamba-Nya.
Tengoklah di sekeliling kita, mungkin kita pernah menjumpai orang yang baik,tak suka kacau orang lain,suka menolong tapi kehidupannya begitu miskin, papa kedana, meski dah hampir patah tulang empat kerat di badan. Namun jika si empunya diri mahu melihat ke dalam diri sendiri, mungkin kelemahannya ialah kurangnya "ikatan kasih" dengan Allah Ta'ala.....sholat sekali sekala, ikut dan.....berpakaian ala kadar, segan nak tutup aurat kerana nak ikut fesyen terbaru.....
Bukan kita nak mengata orang, tapi biarlah apa yang berlaku pada orang lain, menjadi cermin bagi diri sendiri. Mungkin tanpa kita sedari, kita pun tak jauh beza.Yang saya ingin sampaikan adalah bahwa setiap diri kita masih punya ruang dan peluang untuk bermuhasabah, memohon ampunan-Nya lalu memperbaiki diri sendiri serta mempererat hubungan dengan Allah Ta'ala.....selagi hayat masih dikandung badan. Jangan pernah menyerah.....berusahalah untuk selalu meraih ridha-Nya.
Bulan Rejab adalah bulan Maghfirah, bulan Istighfar. Semoga Allah lanjutkan usia kita dalam ridha dan maghfirah-Nya.....Amin.....

Tuesday, May 3, 2011
Obama Tanpa Osama
"Osama bin laden mati"...... Rasa macam tak percaya pula. Sama tak percayanya dengan kejadian yang menimpa Saddam Hussain yang mati ditali gantung. Kalau lah benar berita itu,sungguh ianya satu akhir hidup yang tragik. Berbeza dengan USA dan rakyatnya yang menyambut gembira berita itu, meski dikabarkan Obama and the gank sebetulnya masih terkial-kial penuh debaran samada orang yang terbunuh itu benar Osama ataupun bukan. Tambahan pula dengan adanya foto yang dikatakan hasil super impose dan pernah heboh pada tahun 2009.
Pada saya, sosok Osama bin laden adalah sosok insan yang terpesong dari laluan Islam sebenar. Mungkin pada awalnya adalah benar, beliau dan talibannya hanya ingin "berjihad" menentang kuasa USA dan sekutunya. Tapi entah dimana silafnya, sedikit demi sedikit jalan yang mereka lalui mula menyimpang dari tujuan sebenar. Mereka kemudiannya sanggup menghalalkan segala cara untuk menentang kuasa barat dan menegakkan khilafah Islam versi Taliban tentunya. Bukanlah sesuatu yang aneh jika dalam berita disebutkan Taliban memotong telinga atau mebutakan mata petani atau orang awam yang disyaki mata-mata musuh,tanpa menyoal siasat dengan betul. Bagi mereka, hukuman segera perlu ditegakkan agar semua orang tetap tunduk dan setia pada Taliban yang "kononnya' adalah khilafah Islam sebenar di dunia ini. Natijahnya Islam bukan hanya dibenci oleh pihak Barat dan sekutunya, tapi membuat tekanan kepada umat Islam semakin bertambah. Islam menjadi makian dan juga buruan,sangat digeruni dan dianggap agama pengganas. Bak kata pepatah,"Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".Tak salah jika ingin menegakkan hukum Islam dan Khilafah Islamiyyah, tapi biarlah mengikut panduan yang diajarkan Rasulullah SAW. Islam sebagai agama samawi tak pernah mengajarkan berbuat keji dan kejam pada anak-anak, wanita,orang tua dan orang-orang yang tak bersenjata. Lalu dimana dalil aqli dan naqli-nya yang membenarkan bom berani mati di pasar-pasar atau tempat awam lainnya? Natijahnya, ramai umat Islam sendiri menjadi tertanya-tanya samada mereka berada di laluan benar atau tidak dan bahkan ada juga misionaris-misonaris "nakal" yang menggunakan isu ini untuk memurtadkan generasi muda Islam kita. Na'udzubillah.......
Islam adalah agama pembawa rahmat kepada semesta alam. Kerana itulah Rasulullah SAW diperintahkan untuk menyebarkan Islam dengan penuh rahmah dan hikmah, bukan melalui jalan kekerasan. Umat Islam pula ibarat sekumpulan lebah, hanya bertindak jika disakiti. Lalu dimanakah dalil aqli dan naqli-nya yang membenarkan penculikan dan pembunuhan terhadap orang-orang muslim dan non muslim yang dikatakan berkewarganegaraan barat?
Hakikatnya Osama tetaplah Osama, samada beliau dianggap syahid atau tidak,bukan lagi perkara penting. Biarlah Allah ta'ala yang menentukan.Yang pasti, kita harapkan tidak timbul lagi Islam garis keras atau fundamentalis atau pengganas atau apa pun label negatifnya dibawa selepas ini. Semoga "ketiadaan' beliau akan membuka lebih banyak mata bahwa dakwah bil hikmah akan lebih berkesan dan bahwa kekerasan dan keganasan bukanlah laluan yang betul untuk menegakkan Islam.
Jika anda ingin tahu lebih banyak apa itu jihad, apa itu syahid dan bagaimana hukum hakam perang dan khilafah Islamiyyah sebenar, mengapa tidak mempelajarinya dari Hamas dan Hezbollah? Bukankah mereka adalah gerakan dakwah dan jihad paling sempurna di era ini untuk dicontohi? Kerana bukan semata-mata dendam kesumat dan amarah yang menjadi "pembakar" tapi juga keinginan besar untuk meraih kecintaan dari Allah,Rasul dan Ahlul baitnya.
Selepas "ketiadaan" Osama, Obama dan USA ibarat macan tanpa taring. Manakan tidak, meski jutaan kali dikhabarkan mengenai hebatnya strategi dan taktik ketenteraan yang digunakan untuk membunuh osama selepas cubaan demi cubaan selama 10 tahun,ramai lagi yang tertanya-tanya....benarkah Osama itu wujud, mungkinkah beliau hanyalah karakter fiktif ala Tom dan Jerry yang sengaja diada-adakan USA sendiri untuk "masuk bakul, angkat sendiri"?....Mengapa mayat Osama mesti dibuang ke laut? Mana sensitiviti pihak Barat yang kononnya sangat memahami dunia Islam dan mau bersahabat dengan dunia Islam (sebagaimana yang dikatakan oleh Hillary Clinton dalam lawatannya ke malaysia tahun lepas)?.....Tidak sedarkah mereka tindakan sedemikian justeru akan makin memarakkan lagi api kebencian pada Barat dan sekutunya (Jadi Barat patut menyalahkan diri sendiri jika selepas ini bangkit pula Ayman atau siapaun orangnya yang akan meneruskan Islam garis keras;sendiri cari pasal namanya)
Bolehkah USA "hidup" tanpa figur seperti Osama? Tak kiralah siapa yang menjadi presidennya, USA tetap memerlukan "someone to blame",seseorang yang boleh menjadi kambing hitam. Seseorang yang boleh mengangkat nama besar USA sebagai polis dunia yang handal. Mungkin selepas ini tokoh-tokoh dari Iran pula yang menjadi target kerana kedegilannya tunduk kepada kuasa barat...atau mungkin juga tokoh-tokoh dari Korea Utara yang menjadi buruan kerana USA pantang kalah dan dikalahkan bab nuklear dan legasi ketenteraannya...atau mungkin juga Malaysia dan Indonesia kerana mempunyai "terlalu ramai" umat Islam? Wallahu'alam.

Mengada-ada
Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna. Dilengkapi dengan jasad,ruh dan akal, menjadikan manusia memiliki maqam yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan golongan malaikat,jin ataupun haiwan. Hatta seumpama tiada agama di dunia ini sekali pun, manusia masih boleh "survive' dan "exist" dengan segala kelebihan yang dimiliki. Namun agama diturunkan sebagai satu panduan yang sempurna agar manusia tak tersilap langkah dalam kehidupan ini dan sekiranya tersilap langkah pun, tahu macam mana nak berpatah balik ke jalan yang diredhai-Nya.
Akan tetapi, adalah sangat disayangkan bahawa seringkali akal manusia digunakan untuk mencabar hukum Tuhan. Ambil contoh kaum Yahudi, dari dulu hingga sekarang, dari zaman berzaman asyik pertikai ini dan itu bab hukum Allah. Bahkan kaum Nasrani naik pening sendiri kerana ada banyak perjanjian dan kitab injil yang perlu diikuti.
"Mengapa takut bersumpah laknat?"...........alahai ini pula satu solan yang menandakan betapa rendahnya imu agama seseorang.
Kalau anda seorang muslim, cubalah teliti balik sejarah Rasulullah SAW, samada pernah membuat atau menjadi saksi sumpah laknat atau tidak. Jika ya, apa latar belakangnya?
Apakah dengan bersumpah laknat, "dan-dan" alias serta merta laknat Allah pada orang/kumpulan tertentu akan berlaku? Bukanlah kita nak pertikai kuasa Allah, dengan sekali Kun Fayakun, tiada yang mustahil bagi Allah, tapi, sekali lagi sebagai muslim dan insan yang tak pernah sunyi dari dosa, apakah sehebat itukah kita, sehingga boleh membuat Allah dengan serta merta menurunkan laknat-Nya pada pihak yang bersalah?
Pernahkah Rasulullah mengajari dan memberi contoh kepada kita untuk serta merta menghukum seseorang kerana ia bersalah,tanpa memberi peluang kedua kepada orang yang berkenaan? Lihat kembali sejarah ketika Rasulullah hendak meluaskan dakwahnya ke Thaif, bagaimana gigi dan muka suci beliau berdarah kerana terkena balingan batu dari penduduk kampung, sehingga Jibril AS pun "menawarkan" untuk menurunkan adzab kepada mereka, tapi sungguh rasulullah menegahnya kerana rasa kasih dan sayangnya dengan harapan mereka masih mau bertaubat. Tidakkah kita ingin mencontohi kemuliaan dan ketulusan hati Rasulullah SAW?
Sesuatu perkara, jika terkena kat orang, mungkin kita masih boleh buat tak peduli. Bagaiamana kalau terkena depan hidung sendiri? Bersederhanalah dalam bertindak. Apapun perkara yang berlaku, biasakanlah tabayyun/check and recheck. Lalu sekiranya benar berita yang datang, carilah bukti dan saksi yang kukuh. Lalu adililah dengan cara dan tuntunan kitabullah dan Rasulullah SAW.
Beringat-ingatlah,jangan mengada-adakan hukum Allah. Kalau tidak, mungkin kelak Allah pula yang akan murka kepada kita seperti murka-Nya kepada Yahudi dan Nasrani. Na'udzubillahhi min dzalik.

Wednesday, April 27, 2011
Seribu nama,Satu benda
Beberapa bulan lepas,ketika hendak bertolak balik dari Langkawi,my beloved husband bercadang untuk membeli coklat sebagai buah tangan. Tapi kemudiannya tak jadi, kerana setelah di teliti betul-betul, dalam setiap jenama coklat yang ada ketika itu ternyata ada kandungan whey powder. Hm, apalagi kalau bukan istilah nan "manis" untuk bahan yang bersumber dari si haiwan berhidung besar itu (pig).
Semalam pula dalam sidang parlimen, YB Senator Jamil Khir ada menyebut tentang kandungan porcine dalam produk makanan. Hm, lagi nama yang berbeza untuk jenis bahan yang sama.
Pada saya, bahan-bahan sedemikan sudah lama berada dalam produk makanan tertentu.Yang menjadi masalah sekarang adalah, apakah sebagai pembeli, pengguna, kita mampu bersikap lebih teliti dan proaktif sebelum membeli produk makanan/minuman. Kalau sempat tengok tarikh luput pun, dah kira elok, sebab adakalanya penjual sendiri terlepas pandang dengan perkara sedemikian.
Itu baru bab makanan/minuman, belum lagi bab barangan yang terbuat dari kulit atau tulangnya semisal berus,beg dan kasut.
Memastikan barang/produk yang kita gunakan/konsumsi benar-benar halal,memanglah bukan perkara yang mudah. Tapi sikap peduli dan mahu ambil tahu,mahu ambil berat dengan perkara-perkara sedemikian, hendaklah kita galakkan.Jangan sampai kita menjadi orang yang boleh melihat tapi sengaja membutakan mata atau boleh bercakap tapi sengaja membisukan lidah. Kalau tak takut Allah pun, beringatlah bahwa apa-apa yang tidak halal yang masuk dalam tubuh badan anak cucu kita akan menjadi darah daging dan akan mempengaruhi iman dan akhlaq mereka.Wallahu'alam.

Subscribe to:
Posts (Atom)