Tentu anda pernah dengar istilah “gadis Melayu terakhir”. Rasanya agak susah nak percaya kalau ianya masih wujud. Itu pendapat saya. Mengapa? Kerana sekarang ini kita seakan sudah tidak mengenal dan tidak pasti lagi bagaimana sebenarnya identity melayu itu. Apakah seseorang itu dianggap Melayu jika beragama Islam ? Apakah seseorang itu dianggap Melayu kerana hari-hari pakai baju kedah dan kain batik? Apakah seseorang itu dianggap Melayu apabila hanya reti bertutur dalam bahasa Melayu dan tidak mahu berbahasa asing? Apakah dianggap Melayu seseorang yang masih percayakan praktik perbomohan ?
Teringat lagi saya dengan sebuah Program TV3 bertajuk Ketupat Rendang Kanggguru. Dalam program itu dan ada beberapa program serupa yang saya tak berapa ingat tajuknya, dipaparkan kegigihan Melayu di tanah rantau dalam mengekalkan identity kemelayuannya. Yang paling manis adalah apabila mereka menghantar anak-anak mereka belajar bahasa Melayu. Tentu terbalik situasinya dengan di negara ini kan?
Pada pendapat saya paling sedikit ada 3 faktor utama yang membuat melayu di luar Negara berusaha mengekalkan identity melayunya:
1.Adanya ikatan kekeluargaan yang masih terlalu kuat dengan keluarga dan rakan handai di Malaysia. Ikatan itu akan masih dirasakan lebih kuat apabila para “orang-orang tua” seperti Tok, Nenek, masih hidup lagi.
2.Adanya perasaan “asing” di Negara orang lain kerana itu bersatu dengan melayu lain dianggap lebih banyak memberi faedah kerana dengan demikian ada rasa kebersamaan dan tidak merasa sebagai komuniti minority di Negara orang.
3.Adanya keinginan supaya anak cucu keturunan mereka kelak mengetahui asal-usul sebenar mereka dan tak kiralah mereka akan kembali ke Malaysia satu hari nanti atau pun tidak, mereka akan merasa bangga dan tidak merasa asing untuk bercampur gaul dengan kaum Melayu di Malaysia atau di serata dunia.
Bagaimana pula melayu dalam Negara ini? Sudahkah anda temukan setidaknya satu sebab mengapa anda bangga menjadi Melayu dan mengapa anak ingin kekal sebagai Melayu?
Kalau anda dr Sheikh Muszaphar mungkin anda akan mendabik dada dan bangga mengaku sebagai Melayu kerana menjadi Melayu pertama yang pergi ke angkasa lepas. (Walaupun saya tahu dan anda semua tahu yang beliau takkan menjadi angkuh kerananya)
Kalau anda Tunku Abdul Rahman mungkin anda akan bangga mengaku sebagai Melayu kerana menjadi Perdana Menteri Pertama Malaysia dan Melayu terhormat bukan sahaja di Malaysia tapi juga antarbangsa.(Walaupun kita semua tahu beliau terlalu zuhud dan mulia untuk menjadi sombong kerananya)
Bagaimana pula dengan kita sekarang? Patutkah kita bangga menjadi pelajar Melayu kerana kalau jadi pelajar Melayu boleh sepak terajang cikgu sekolah? Patutkah kita bangga menjadi artis Melayu kerana kalau artis melayu yang tayang dada dan paha mesti film laku terjual?
Semua soalan itu pada akhirnya hanya anda sendiri yang boleh menjawab. Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment