Kalau anda mau memberikan lebih perhatian, terutama mengenai berita di Iraq, tentu anda akan menyedari ada yang tidak kena di sana. Rasanya tiap hari ada saja kes letupan bom di kawasan sunni Iraq dan juga di kawasan syiah Iraq. Yang paling menyedihkan ianya kerap mengorbankan anak-anak dan kaum wanita. Saya tak pasti apa punca pergaduhan kedua puak ini. Adakah kerana motif balas dendam yang berpanjangan atau sememangnya ada motif "penghapusan" puak tertentu. Tapi saya yakin, pergaduhan sesama umat Islam inilah yang menjadi punca kelemahan umat Islam bila berdepan dengan musuh-musuh Islam seperti Zionis Israel dan US (walaupun kononnya Obama janji nak memberi lebih ruang untuk berdialog secara damai dengan dunia Islam).
Kalau dalam satu negara pun umat Islam tak boleh hidup dengan rukun damai, apatah lagi antara negara-negara Islam lainnya. Saya yakin, sudah tiba masanya umat Islam mengetepikan segala perbezaan antara mazhab-mazhab yang dianut, selagi ianya tidak terkeluar dari hukum syahadat. Ertinya, selagi seseorang itu masih memegang syahadat sebagai imannya, maka tidak halal darahnya untuk ditumpahkan. Janganlah kerana mengaku mazhab sendiri yang paling betul lalu menjatuhkan label "kafir" kepada muslim lain lalu menghukumnya dengan tindakan anarki.
Toleransi, itulah nilai hidup yang sepatutnya kita kembangkan sesama umat Islam. Jangan kita mampu bertoleransi dengan umat agama lain, sampai pecah kepala kita mereka pijak, tapi tak mau berdamai dengan saudara se agama Islam. wallahu'alam.
let's share our knowledge,opinion and experiences. May we become better people for ourselves and for people around us.
Condemn Israel!!!!!
Thursday, February 12, 2009
Sanggul vs Tudung
Kalau anda perasan, kebelakangan ini pemakaian sanggul kembali dipopularkan. Kononnya untuk jadi "lebih melayu". Kalau bersanggul menggunakan rambut sendiri (yang masih tumbuh di kepala tentunya), ianya tidak menjadi kesalahan, selagi bersanggul itu dalam lingkungan mahram kita. Ertinya kalau di luar rumah kena pakai tudung juga. Tapi kalau bersanggul dengan tujuan untuk keluar rumah seperti menghadiri majelis-majelis keraian dan sebagainya, tambahan pula sanggul yang dipakai adalah lebih kurang sama dengan wig/rambut palsu, saya yakin ianya salah. Kerana setahu saya memakai rambut palsu dan sejenisnya sudah termasuk menyalahi hukum islam, apatah lagi tak bertudung, lagilah ianya merupakan kesalahan kerana mendedahkan aurat.
Sebagai umat Islam, eloklah diingat pepatah orang Minang: Adat bersendikan syara', syara' bersendikan kitabullah. Ertinya, dalam batasan tertentu, tidaklah salah kalau nak mengikut adat selagi adat itu tak menyebabkan kita melanggar hukum hakam Islam sedia ada. Wallahu'alam.

If I were in his shoes..........
Tergamam, mungkin itu gambaran yang paling tepat ketika mengetahui "peralihan kuasa" di perak. Saya bukan nak menyebelahi siapa-siapa, cuma kalaulah saya yang jadi orang yang terpaksa "berundur", tak tahulah saya nak letak muka kat mana. Malu dan frustrated tentunya. Tapi kalau saya yang jadi orang yang "mengambil alih kuasa", pun.....pening juga. Jadi macam makan buah simalakama, dimakan mak mati, tak dimakan bapa pula yang mati.
Agaknya inilah yang dinamakan cabaran menjadi orang politik. Time "di atas" mesti tahu macam mana nak bawa diri, jangan sampai terpijak orang lain. Tapi, time "di bawah" pun mesti tahu macam mana nak cari solusi, berdepan dengan hakikat di depan mata.
Pada saya, menjadi orang politik, bukan perkara mudah. Perlu skill, kharisma dan juga "muka tembok". Maaflah kalau saya guna ungkapan yang agak kasar, sebab saya yakin dalam dunia politik, tak ada istilah malu-malu, apalagi takut-takut atau teragak-agak, sebab ianya melibatkan kepentingan ramai orang di luar sana. Apapun, kita doakan yang terbaik buat rakyat Perak, tak kiralah siapa yang memegang kuasa. Cuma satu harapan saya, semoga senario politik dalam negara ini, tak menjadi senario politik kotor yang menghalalkan segala cara. Wallahu'alam.

Sunday, February 1, 2009
Malu Alah
Menghabiskan hujung minggu dengan my parent in law kali ini agak berbeza. Kami mendapat jemputan khas dari seorang jiran Katanya ada nak promo produk sikit. Mungkin kerana segan silu sebab jiran ni datang terus ke rumah menyampaikan jemputan, akhirnya kami pergi juga ke rumah beliau. Sedikit tentang beliau dan keluarganya, kalau lah manusia di dunia ini boleh dikelompokkan ke dalam species-species tertentu, agaknya mereka inilah species yang agak jarang dijumpai. Maaf, bukan nak menghina. Sebaliknya nak memuji. Depa ni bukan setakat reti agama, tapi juga berbudi bahasa, very friendly and helpful, tak suka kacau orang dan hanya reti cakap yang baik-baik sahaja mengenai orang lain. Subhanallah.
Singkat cerita, ternyata yang mendapat jemputan ramai. Semua yang datang disambut dengan penuh ramah mesra. Sambil mendengar syarahan mengenai produk "head to toe", plus tayangan slides, semua yang hadir dijamu dengan hidangan yang berbagai. Ternyata dalam "kekhusyukan" itu, ramai yang mula berfikir, sekejap lagi nak beli produk apa ya? Yang berpenyakit mula mengira berapa "cost" perlu dikeluarkan hari itu untuk membeli produk berkenaan. Yang tak berpenyakit pula, asyik fikir benda apa nak beli sebab.....tak ada penyakit. Semuanya kerana satu sebab, malu alah.
Malu alah dalam perspektif masing-masing tentunya. Mungkin malu alah kerana sang tuan rumah datang terus ke rumah menyampaikan jemputan atau sebab malu orang lain beli tapi diri tak beli atau malu kerana layanan mesra sang tuan rumah atau mungkin juga malu kerana terlalu banyak penyakit atau malu nanti orang kata diri tak ada duit.
Malu alah yang berbagai. Pada saya dalam batasan tertentu ianya dikira sah-sah saja. Sebab ianya terpulang kepada perspektif masing-masing individu terhadap satu-satu perkara. Bersikap malu mungkin akan menjadikan seseorang itu lebih toleran terhadap orang lain. Bersikap malu juga mungkin menjadikan seseorang lebih matang dalam bertindak sebab tak kira malu macam mana pun kalau produk yang ditawarkan tak bersesuaian dengan empunya badan, tentu tak patut dibeli apabila dipakai. Macam mana nak "reject" tanpa "malu alah" pun dah dikira satu skill yang perlu dilalui. Terpulang kepada seberapa banyak pengalaman "terkena" telah ditimba.
Adakah selepas ini, kalau ada lagi jemputan serupa, diri akan lebih suka melarikan diri.......itu terpulang pada masing-masing individu sebab mungkin kita pun akan malu alah juga pada akhirnya. Malu nak berdepan dengan orang yang pernah memberi jemputan. So pikir-pikir kan sendiri. You know what is the best for yourself.

Subscribe to:
Comments (Atom)