Condemn Israel!!!!!

Thursday, February 12, 2009

Sanggul vs Tudung

Kalau anda perasan, kebelakangan ini pemakaian sanggul kembali dipopularkan. Kononnya untuk jadi "lebih melayu". Kalau bersanggul menggunakan rambut sendiri (yang masih tumbuh di kepala tentunya), ianya tidak menjadi kesalahan, selagi bersanggul itu dalam lingkungan mahram kita. Ertinya kalau di luar rumah kena pakai tudung juga. Tapi kalau bersanggul dengan tujuan untuk keluar rumah seperti menghadiri majelis-majelis keraian dan sebagainya, tambahan pula sanggul yang dipakai adalah lebih kurang sama dengan wig/rambut palsu, saya yakin ianya salah. Kerana setahu saya memakai rambut palsu dan sejenisnya sudah termasuk menyalahi hukum islam, apatah lagi tak bertudung, lagilah ianya merupakan kesalahan kerana mendedahkan aurat.

Sebagai umat Islam, eloklah diingat pepatah orang Minang: Adat bersendikan syara', syara' bersendikan kitabullah. Ertinya, dalam batasan tertentu, tidaklah salah kalau nak mengikut adat selagi adat itu tak menyebabkan kita melanggar hukum hakam Islam sedia ada. Wallahu'alam.

No comments: