Dalam beberapa hari ini sebenarnya saya banyak berfikir mengenai tajuk di atas. Mungkin kerana "dipengaruhi" oleh beberapa buku Islam yang saya baca baru-baru ini, mungkin juga kerana tadzkirah dalam usroh baru-baru ini dan mungkin juga kerana saya jemu dengan my own daily activities.
Seringkali selepas membaca dan mengetahui kejayaan orang lain di luar sana, tak kiralah dalam bidang pendidikan dan sebagainya, saya jadi bertanya pada sendiri. Kalau saya diberi peluang seperti itu, mampukah saya menjayakannya? Kalau saya dianugerahi anak sehebat itu, mampukah saya menjaganya? Alangkah bertuahnya si fulan bin fulan, kenapa bukan saya yang seperti itu? dan berbagai lagi soalan bermain dalam minda.
Tapi kan, kekadang ada juga "lintasan minda", apa saja kehebatan dan kegemilangan yang orang lain buat sebetulnya memerlukan pengorbanan. Ada yang kita tahu dan ada juga yang sampai bila-bila pun takkan kita tahu kerana Allah "menyimpannya" dari pandangan kita. Kalau kita berada di tempat orang itu, tak semestinya kita mampu buat sama hebat seperti orang itu, walaupun itu tak bererti kita sudah pasti lebih hebat dari orang itu.
Rasanya tak ada seorang pun di dunia ini yang tak ingin berjaya, tak ingin apapun yang dinamakan dengan "kesenangan dan kebahagiaan duniawi" dalam konteks Islam tentunya. Tak ada orang yang teringin hidup susah, papa kedana. Tak ada orang yang ingin bersembunyi dan disembunyikan dari pandangan dunia ke atasnya.
Tapi saya fikir ada kalanya hidup memanglah tidak seindah yang diharapkan, tidaklah sebaik yang diimpikan. Terlalu mengharap sesuatu juga mungkin akan membuat diri sendiri kecewa, apalagi jika tiada niat ikhlas lillahi ta'ala sejak dari permulaan, mungkin boleh jadi stres, depressed dan gila akhirnya.
Apa yang ku mahu sekarang adalah ....... yang sedang-sedang saja. (Jadi macam judul lagu dangdut Iwan pulak dah hehehe..........) Maksudnya, apapun yang menjadi tujuan/goal kita dalam hidup ini, biarlah ianya sesuatu yang berpada-pada, ukur kemampuan diri sendiri. Tidak melepaskan apapun peluang yang ada di depan mata, tapi pada masa yang sama memberi fokus pada peluang mana satu yang ingin kita jadikan priority. Sebab terlalu banyak "benda" yang kita nak buat akan menyebabkan diri sendiri letih dan akhirnya hikang tumpuan. Kalau dah begtu, habislah semua usaha yang sudah susah payah kita mulakan.
Rasanya......saya dah tahu apa yang saya mahu. Apa itu, anda tak perlu tak tahu. Jika anda sahabat saya, mohon doakan. Insya Allah saya pun akan doakan kejayaan Anda. Amin.
1 comment:
wow!!tersentuh hati rad kala membacanya.rad tk pernah tau apa yang rk mau selama ni sbb rd tk pernah ambik tau.anyhow, rd sentiasa berdoa semoga kalian diberikan kemudahan dalam mengerjakan segalanya.rk doakan rd jgk yer..plzzzz..
Post a Comment